Saturday, September 26, 2020

RUNDINGAN YA, KOMPROMI TIDAK

 Image may contain: 2 people, eyeglasses and beard

1. Pakatan Harapan menang dalam PRU yang lalu atas prinsip yang diperjuangkan sejak sekian lama. Parti komponen dan kepimpinann masing-masing yang kekal setia dalam PH teruji kerana mempertahankan prinsip perjuangan.
2. Tidak dapat dinafikan, jalan panjang dan berliku DSAI diterima umum sebagai satu perjalanan politik yang sukar. Semua ini adalah kerana mempertahankan maruah dan prinsip. Tanpa Maruah dan Prinsip bukanlah DSAI namanya.
3. Prinsip yang dimaksudkan adalah tentang Prinsip Ketelusan, Integriti dan Keadilan yang membentuk kerajaan yang bertanggungjawab. Hasrat ini telah menyatukan parti komponen PH mereka sebulat suara menolak Rasuah, Kebencian Kaum dan Agama serta mempertahankan Prinsip Demokrasi dan Kebebasan sebagai keutamaan.
4. Seruan prinsip ini menggamit sokongan rakyat sepanjang kewujudan BA, PR dan PH sehinggalah PH diberi kepercayaan untuk menjadi kerajaan atas faktor prinsip yang dijanjikannya kepada pengundi.
5. BN dari Umno dan komponennya ditolak kerana tidak cukup kuat seruan prinsip di atas apatah lagi dengan kes-kes rasuah dan skandal yang dilaluinya menjadi pertikaian rakyat kepada ketahanan integriti pemimpin Umno. Sangat jelas UMNO hilang aura prinsip ini dan taring untuk mempertahankannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...