Wednesday, May 1, 2019

PRU-14: Walau pun tanpa niat, pemimpin PAS bunuh rakan baru


AHMAD LUTFI OTHMAN

Seorang teman baik saya melahirkan rasa hairan dan takjub melihat kerjasama PAS-UMNO nampak berjalan dengan begitu akrab dan lancar sekali.

“Seolah-olah bagai pasangan kekasih yang lama terpisah dan kini bertemu kembali. Cinta mudah bertaut semula,” katanya sambil menambah hubungan PAS-UMNO pastinya tidak bermula hanya selepas PRU-14 yang menyaksikan kerajaan BN diterajui UMNO tumbang.

Malah, menurut pemerhatian saya pula, detik awal hubungan PAS-UMNO terjalin sepuluh tahun lalu, sejurus keputusan PRU-12 in 2008 diumumkan.

Namun inisiatif untuk membentuk kerajaan perpaduan Melayu-Islam di Selangor dan Perak tidak kesampaian. Meski pun percubaan pertama oleh segelintir pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu gagal, namun ia tidak terhenti begitu sahaja. Tunas sudah berputik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...