MALAYSIA DATELINE
Rakyat diseru agar bangkit dan menolak rasuah dan kezaliman. dengan menolak Umno-BN dan memberikan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) menerajui dan mengangkat semula martabat Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataannya hari ini Ketua Umum PH itu berkata, BN meninggalkan isu paling utama yang mencengkam rakyat dala dua manifesto mereka iaitu Manifesto BN dan Manifesto Belia BN.
“Rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang terutama kerana perlaksanaan GST yang lemah dan menekan rakyat. Pengangguran meningkat, perumahaan rakyat terabai; kesenjangan dikalangan golongan kecil kaya-raya dan rakyat terbanyak terus melebar.
“Munasabahkah pemimpin BN berjanji lagi? Manifesto BN dengan sendirinya mempamerkan kegagalan mereka sendiri.
“Jika dirumuskan permasalahan yang diutarakan, kelemahan ketara adalah pengurusan kerajaan; kelemahan pemimpin dan kegagalan institusi pemerintahan di bawah pengendalian mereka,” ujarnya.