Wednesday, July 11, 2018

Heboh pasal isu UEC, benarkah sistem pendidikan negara akan tergadai?

Heboh pasal isu UEC

✔ Bagaiman mana SJKC? Kena tutup jugak? Bkn ia juga dual-system pendidikan di Malaysia?

✔ BN sendiri pada bulan April 2018 masukkan dlm tawaran manifesto BN tentang Sijil UEC

✔ Kerajaan PH Melaka, Sgor dan Penang dah iktiraf UEC

✔ Maksudnya pelajar melayu ambil SPM dan pelajar cina juga ambil SPM

✔ Pelajar cina ambil SPM, dan masa sama boleh pilihan ambil UEC

✔ Dimana kesan UEC kepada pelajar melayu jika pelajar melayu dan cina keduanya sama-sama ambil SPM?

Penjelasan ZAM sebab apa dia suruh tutup sekolah tahfiz..!

MENGAPA SAYA MAHU SEKOLAH TAHFIZ DITUTUP

Pertama sekali saya mengalu-ngalukan kenyataan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang menjawab pertanyaan umum apakah langkah kerajaan untuk mengawal sekolah-sekolah Tahfiz berikutan dengan tragedi dahsyat kebakaran yang membunuh lebih 20 orang pelajar tahfiz di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Kajian dan siasatan telah dijalankan oleh beberapa pihak termasuk Kementerian Pelajaran tetapi sepi kerana kerajaan BN pimpinan Najib tidak berani menyentuh senstiviti agama dan tidak pernah diumumkan secara terperinci apakah langkah seterusnya yang akan diambil. Kajian itu terus terbenam bersama terbenamnya kerajaan BN . Jabatan-jabatan agama yang terlibat juga mendiamkan diri seolah-olah mahu melepaskan diri dari tanggungjawab ini.

Provokasi saya telah menghasilkan jawapan yang ditunggu oleh masyarakat Islam di negara ini yang semakin ramai memandang serong dan negatif terhadap sekolah-sekolah tahfiz persendirian. Masih tidak ada kawalan berkesan terhadap pertumbuhannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...