Wednesday, July 14, 2021

SANUSI MEMANG BEBAL.. DAPATKANLAH DULU NASIHAT UNDANG-UNDANG KERAJAAN NEGERI ATAU PARTI SEBELUM SURUH ORANG..

 


SANUSI MEMANG BEBAL


Pada 13 Julai 2021 portal harakahdaily memuatnaik suatu berita dengan tajuk “Sanusi Jawab Desakan ADUN PAN”. Laporan tersebut berkaitan respon Sanusi kepada desakan ADUN Kota Siputih, Dr Salmee agar Sanusi memanggil segera persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di media sosial milik Dr. Salmee.


Sanusi dilaporkan menjawab “YB Kota Siputeh… Kita masih tertakluk di bawah Ordinan Darurat 2021 sehingga 1 Ogos 2021,” di samping meminta ADUN Kota Siputeh tersebut merujuk undang-undang di bawah Proklamasi Darurat 2021 supaya memahami kesannya kepada DUN.


Sanusi juga di samping memberikan jawapan ringkas tersebut turut memuat naik poster petikan pertanyaan sering diajukan (FAQ) mengenai Proklamasi Darurat 2021 berkaitan Sidang Parlimen dan DUN.

TUTUP KILANG : SIAPA YANG BERKUASA ANTARA PERSEKUTUAN DAN NEGERI?





 

HAJI HADI, ZAMAN PH 2 KES SEHARI DIA TAK SABAR, ZAMAN PN 10 RIBU SEHARI DIA KATA HARAM TAK SABAR..


 HAJI HADI, ZAMAN PH 2 KES SEHARI DIA TAK SABAR, ZAMAN PN 10 RIBU SEHARI DIA KATA HARAM TAK SABAR..

Baca berita harakah tadi..Haji Hadi kata HARAM hukumnya tidak sabar dengan Ujian.. Tapi zaman PH, Kes baru 2 kes sehari..dalam tempoh 2 Bulan baru 22 Kes, Sorang pun tak mati.. Dia ajak rakyat Jatuh kan Kerajaan , Sampai tak boleh masuk kot pintu, ceroboh tebuk atap.. Masa tu awat tak sabar ?

Tak lekang dari mulut Haji Hadi dok hukum HARAM, WAJIB.. dah perasan Nabi pulak dah, dah macam Allah turunkan wahyu kat dia nak Kata Haram ni..Wajib tu.. Sampaikan dah terbukti Gagal, Cuma tutup dengan kenyataan hanya Kerajaan Allah yang sempurna.... tu tak payah habaq pun takpe.. semu org tau..

masa PH dulu, Kenapa tak kata takda kerajaan yang sempurna..ada jer tak Kena..Masa Tebuk Atap..Khianat..Takda pulak fikir Halal Haram.. Tapi masa tu Dia main Hukum Orang ni Beriman dan Kapir pulak..Susah macam ni..Kot mana pun depa ada Dalil.. 

APABILA ANWAR DIANGKAT JADI KETUA MENTERI P.PINANG..!!


 Seorang sahabat aku kirimkan satu idea dalam messenger. Katanya, kalaulah secara tiba-tiba seorang Adun di Pulau Pinang kosongkan kerusi DS Anwar bertanding, kemudian setelah menang, kerusi KM dikosongkan untuk diberikan kepada DS Anwar.

Agaknya apa komen Pas dan UMNO?

Takkan nak marah? Orang Melayu jadi KM ni. Bukan selama ini itu yang mereka mahukan? 

Selama ini mereka ebarkan cerita yang kononnya DAP menekan orang Melayu di Pulau Pinang. Jadi bila seorang Melayu yang mengemudi negeri pulau itu, takkan masih nak jadi isu? Betul?

Tapi kalau tak jadi isu, maka bukanlah mereka Pas dan UMNO. Sebab kedua parti ini memang terkenal terbiasa menghasut kebencian kaum dan pelampau agama. Sudah pasti mereka tak akan tenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...