Tuesday, December 8, 2020

"Strong, Formidable and Convincing"

 

Selalu sangat pembenci DS Anwar mainkan ayat ini. Konon nak menyindir DS Anwar. Ayat ini juga yang buat Caituk tuduh DS Anwar menipu termasuklah menipu YDP Agong.

Ayat ini diucapkan oleh DS Anwar dalam satu sidang media untuk mengumumkan bahawa beliau telah mempunyai cukup 'numbers' untuk mengambil alih kerajaan.
Ketika itu Sabah di ambang PRK dan beliau sendiri baru balik dari Sabah. YDP Agong sedang berada di IJN kerana sakit perut sehingga DS Anwar tidak dapat bertemu baginda.
Namun beberapa minggu kemudian YDP Agong memberi perkenan untuk DS Anwar datang menghadap. Selepas pertemuan itu, tidak banyak yang DS Anwar update tentang ambil alih kerajaan..
Update beliau hanya cerita susun kabinet buku, bersihkan semak, tentang anak cucu beliau dan hal-hal peribadi. Tak banyak hal politik pun sehinggalah perbahasan belanjawan bermula.
Dan kerana ini pembenci beliau, termasuk yang dalam PH sendiri, banyak menyindir beliau. Setiap hari ada saja posting biadap mempersendakan DS Anwar. Tapi apa tindakan beliau?

Apakah yang cuba dielak oleh SYAFIQ sebelom kemalangan berlaku..?

 

Sebelum menulis pandangan saya terlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada Syafiq sekeluarga diatas kehilangan ibu mertua dan anak kecil beliau dlm kemalangan tersebut. 

Dari perhatian netizen dok komen di media sosial dapat dirumuskan ada beberapa faktor kenapa kemalangan berlaku. 

Syafiq sendiri akui bahawa ada objek diatas jalan tersebut dan beliau cuba mengelak nya.. 

Jawapan Syafiq sendiri menyanggah kenyataan pihak berkuasa bahaaa beliau tertidur. 

Dari komen2 netizen pula mereka ada mengatakan micro sleep dan ada yg mengatakan bahawa laluan tersebut "keras".. Ada nampak kuda melintas.. Anjing serta benda yg tak tahu asal usul dari mana.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...