Sunday, May 31, 2020

KEDAH : DARI PERTANIAN IANYA MENUJU INDUSTRI TAPI KINI KEMBALI KE NEGERI PNebang BALAK

KEDAH : DARI NEGERI PERTANIAN > MENUJU INDUSTRI > KE NEGERI PNebang BALAK


1) Menurut DS Mukhriz Tun Mahathir apabila menjadi MB bagi Kerajaan PH Kedah, ketika mempengerusikan Mesyuarat Hasil Bumi Negeri, secara peribadi beliau berpendapat bahawa menebang balak TERUTAMAnya di Hutan Simpan (Dara) Ulu Muda tidak boleh dibenarkan kerana ia akan membahayakan Biodiversity, Flora & Fauna dan sumber tadahan air yg membekalkan kira-kira 96% air mentah untuk Kedah, 70% untuk Perlis dan lebih 80% bg Pulau Pinang. Ia juga membekalkan air bagi pengairan tanaman Padi di Kedah. Rujuk tulisan Asmirul Aris di https://malaysiadateline.com/hutan-simpan-ulu-muda-yang-menjadi-idaman-ramai/

2) Oleh itu PH Kedah menganggap sumber dari pembalakan harus dihentikan dulu. Perkara ini kemudiannya dibangkitkannya dalam Mesyuarat EXCO dan diputus utk ditangguhkan serta dikaji semula. Semua kelulusan pembalakan dihentikan.

3) Kerajaan PH Kedah telah berusaha utk mengubah ekonomi Negeri Kedah dari pertanian ke perindustrian dgn cuba "duplicate" kejayaan Taman Industri berteknologi Tinggi Kulim Hi-Tech yg skrg dianggap terbaik di Malaysia dan menghasilkan 26,000 peluang pekerjaan. Kulim Hi-Tech dibuka dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1996. Kulim merupakan Hometown bagi saya dan ramai keluarga dan rakan2 saya turut bekerja di Kulim Hi-Tech sejak pertengahan 90an.

Siapa Pemimpin PN Khianat Sesama Sendiri Punca PH Kembali Kuat?


 Aku tak nak ulas panjang kecoh 129 MP katanya sudah menyokong PH menjadi kerajaan. Tetapi sebagai muhasabah, PN harus salahkan diri sendiri.

PN dipenuhi pemimpin tamak haloba menyebabkan berlakunya tikam menikam sesama sendiri. Pertamanya, parti aku sendiri UMNO. Walau pun jumlah kerusi paling besar, perlu diingat tanpa MP Bersatu dan PKR yang melompat keluar PH, kita tidak dapat menjadi kerajaan.

Jadi, apabila membuat tuntutan melampau termasuklah memenuhi jawatan di GLC-GLC utama dan beberapa permintaan yang lain, pastinya mendatangkan rasa terancam Tan Sri Muhyiddin terhadap UMNO. Lebih berat lagi khabarnya ada desakan untuk melepaskan kes-kes melibatkan tokoh-tokoh UMNO yang didakwa di mahkamah. Ia sesuatu yang menekan rakan sekutu baru yang kita baru berpakat.

Keduanya, team Azmin Ali. Mangkuk seekor ini mempunyai keinginan tinggi untuk menjadi PM. Jika UMNO tidak berkeras membantah di awal Sheraton Move, maka hari ini beliau sudah menjadi TPM. Dengan jumlah 10 MP bersama beliau, tetapi bernafsu besar untuk menjadi ketua negara. Akibat tamak, habis jawatan Menteri yang penting diberikan kepada kelompok beliau. Malah di Parlimen, kedudukan Azmin di sebelah PM, memberi isyarat beliaulah TPM. 

Tindakan bodoh Azmin inilah antara penyebab dalaman UMNO semakin membara. Seperti api dalam sekam menanti masa untuk meletup.

Ayuhhh.. Jadikan PH kerajaan yang stabil, pakatan parti yang kuat..

Oleh : HARIS ALIMUDIN
May 31, 2020 7:28 am
MALAYSIA DATELINE


Sekiranya diizinkan Allah PH kembali berkuasa, ada banyak perkara dalam yang harus menjadi muhasabah untuk pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH). Kita mahu menjadi sebuah kerajaan yang stabil, dengan pakatan parti yang kuat.

1. AMANAH
Dilihat sebagai sebuah parti masih tiada kekuatan asas. Masa yang singkat di antara tarikh penubuhan parti dan kemenangan pada PRU14 menyebabkan AMANAH belum bersedia menjadi parti yang matang. Banyak kawasan dan cawangan masih di dalam proses penubuhan dan tiada kekuatan di peringkat bawahan.

Gagal menguasai segmen pengundi utama, iaitu Melayu Islam. AMANAH diharapkan menggantikan peranan Pas dalam PH, namun sehingga kini masih dilihat tidak mampu menyaingi pengaruh Pas khususnya di kawasan tradisional Melayu Islam. Amanah masih belum dikenali dan agenda parti masih jauh dari difahami pengundi.

Walaupun AMANAH cuba mengusir fahaman sempit perkauman dan agama, ia harus insaf bahawa perubahan tidak berlaku semalam, ia memerlukan waktu untuk diubah. Kekuasan penting untuk mempastikan agenda ini mampu dibawa. AMANAH harus bijak mengimbangi di antara kehendak pembaharuan dan terus kekal berkuasa.

Terbawa sentimen anti-Pas yang tidak membawa sebarang signifikan kepada pengundi majoriti. Kebanyakan pemimpin AMANAH adalah bekas pemilihan Pas di semua peringkat. Hakikat bahawa AMANAH terbina dari serpihan Pas harus diterima. Sentimen ini masih terbawa-bawa sehingga dilihat AMANAH terlalu fokus menyerang Pas dan menenggelamkan agenda lainnya. Rakyat kebanyakan yang tidak pernah peduli romantisme ini melihat ia dengan bosan dan muak.

INIKAH NILAI POLITIK KITA YANG BERTEMAKAN POLITIK MELAYU ISLAM..!!??

Jamzuri Ardani


Bersatu senyap-senyap mahu beli MP Umno dengan jawatan politik dalam kerajaan supaya Bersatu menjadi parti besar tunggal dalam kerajaan.

PAS pulak senyap-senyap jumpa Tun M nak gadai 18 kerusi MP untuk terus berada dalam kerajaan sekiranya berlaku perubahan kerajaan. Sanggup pulak tu comolot dengan DAP asalkan Amanah disingkir keluar.

Umno pulak sedang berusaha keras menggunakan kesempatan sementara masih ada kuasa dalam kerajaan untuk membebaskan para penyamun yang sedang didakwa di mahkamah.

Rakyat pula sedang leka dengan gula-gula dan janji politik yang seperti karipap angin, kembong tapi tak berisi.

Sandiwara politik busuk ini malangnya dilakonkan dengan latarbelakang tema 'Politik Islam dan Melayu'. 

Itulah modus operandi sebenar pengkhianat bangsa dan penunggang agama.

BERBEZANYA KETIKA ZAMAN PH DAN ZAMAN PN..!!!



Saya dapat perhatikan dan merasai sendiri wujudnya perbezaan ketara antara era pemerintahan kerajaan PH dan juga kerajaan PN. Perbezaan ini membawa saya kepada timbulnya persoalan dan kehairanan. Apakah perbezaan yang menghairankan saya tersebut?

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/10/18/495404.jpg
1. Ketika zaman PH, isu Buy Muslim First (BMF) dimainkan. Kononnya untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Namun ketika zaman PN, isu BMF lenyap. Pejuang-pejuang BMF di media sosial juga hilang entah kemana. Kalau dahulu kita siap melihat logo BMF di serata media sosial tetapi kini sudah lama tidak kelihatan. Adakah ekonomi umat Islam kini sudah kuat sehingga isu BMF ini tidak lagi dibangkitkan?

Saturday, May 30, 2020

Ridhuan Tee sakit hati bila dengar MCA dapat peruntukan sekolah cina RM58 juta!!!

Apakah jasa PN akan dikenang dengan bantuan tambahan RM58 juta?
Oleh : Ridhuan Tee


Membaca berita bantuan RM58 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) memang amat menyakitkan hati. Selepas ini, akan diikuti dengan bantuan kepada Universiti Tunku  Abdul Rahman (UTAR), Sekolah Persendirian Cina dan lain-lain.

Ketika di bawah PH, bantuan disalurkan melalui Alumni mereka. Kini di bawah PN, terus secara langsung kepada Lembaga pengurusan mereka. Hanya kerana mereka adalah orang MCA. Tidak hairan, ketika PRU14, lembaga ini pun tidak mengundi BN.

Jangan haraplah undi Cina ultra kiasu akan beralih kepada PN meskipun berapa banyak pun bantuan diberikan kepada Sekolah Persendirian Cina, TAR UC dan UTAR. Ini MCA baru ada dua kerusi parlimen, bayangkan selepas ini ada banyak kerusi? Malas nak fikir semua ini. Menang pula di kawasan majoriti Melayu.

Melayu menangkan MCA, MCA bantu sesama mereka. Jika tidak mana mungkin MCA dan Gerakan mempunyai bangunan konglomerat mereka sendiri, dan jutawan demi jutawan yang dilahirkan melalui syarikat yang ditubuhkan.

Jika nak bantu sangatpun, bantulah sekadar berpada-pada, tetapi bukan sehingga menenggelamkan bantuan kepada Sekolah Agama dan Sekolah Swasta yang jelas haknya dalam perlembagaan, berbanding dengan institusi yang terkeluar daripada senarai perlembagaan, tetapi masih terus dibantu.
Sekolah agama seperti melukut ditepi gantang. Sekolah Tahfiz usahlah cerita. Malah dihina lagi. Kita terus berdiam diri.

Akan bersatukah Bersatu atau bakal berterabur?

Norman Goh

ULASAN | Drama politik kembali lagi minggu ini. Daripada 'pemecatan' pemimpin Bersatu - termasuk pengerusinya yang mengasaskan parti berkenaan - sehingga angka 129 yang tular dan membawa semacam enigma kepada ramai.

Daya tarikannya tidak kurang meriah berbanding sinetron ditayang di kaca televisyen. Ia lengkap dengan unsur suspens dan komedi.

Dulu Bersatu kelilhatan kompak bersatu untuk menentang Najib Razak dan Umno. Kerana itu mereka bersama Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk pentadbiran baru.

Kini adakah Bersatu sudah berterabur kerana berebut kuasa? Persoalannya, siapakah yang akan mendapat kelebihan daripada pergolakan dalaman Bersatu?

Cetusan ini bukannya susah untuk ditafsirkan. Walaupun presiden Bersatu kini menyandang jawatan sebagai perdana menteri, beliau tentu sedar kerusi empuk tapi panas itu menjadi rebutan dalam Perikatan Nasional (PN).

Siapa dapat menafikan ia diidamkan oleh gagasan Muafakat Nasional dan - walaupun kini tidak lagi diuar-uarkan selepas ditegur Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong - Umno dan PAS jelas berminat untuk mewujudkan kerajaan berteraskan Melayu dan Islam.

Asalnya saya ingin melihat bagaimana pemilihan dalam Bersatu pada Jun ini menjadi titik tolak kepada perubahan dalam pendekatan parti berkenaan.

Kini dengan krisis semakin memuncak dan pengakhirannya masih kabur, persoalan yang wajar ditanyakan ialah: berhayat panjangkah kerajaan PN ini atau mereka sekadar menggapai dahan pokok yang reput?

Friday, May 29, 2020

Hanya si bacul suka ‘Pecat’........

[ #pengkhianatan nasional ]


1. Tanggal Sabtu 6 Jun 2015, pasti tarikh yg diingati ramai kalangan aktivist party Amanah, khasnya mereka yg pernah memegang jawatan dalam party Pas satu ketika dahulu.

2. Masa itu berlangsungnya muktamar tahunan di Kuala Selangor. Malam sebelum itu (Jumaat 5 Jun 2015), semua perwakilan yg hampir 2,000 itu dikejutkan mesej "Tok Guru tak mahu usul putus dgn DAP itu dibahaskan esok". Maksudnya, Tok Guru ‘mahu’ usul Dewan Ulamak Pas itu diterima (dipaksa terima) oleh muktamar tanpa dibenarkan sesiapa pun berbahas. Maka usul itu akan jadi "usul diterima tanpa bahas" yg natijahnya adalah muktamar mengambil pendirian putus kerjsama dgn DAP, dan PR akan terbubar.

3. Seluruh perwakilan terkejut. Apa dah jadi dgn Tok Guru Presidan Pas? Tak pernah terjadi dalam sejarah party seorang ketua berani berbuat 'veto’ sebegitu sekali dalam muktamar. Tak pernah sejak Pas ditubuhkan!

4. Maka pagi Sabtu 6 Jun 2015 itu, terjadilah apa yg dijangka terjadi. Bangkitlah berebut mikrofon 7 org perwakilan melanggar arahan Pengerusi Tetap dan Tok Guru, menegur dan mengkritik tindakan 'veto' Presiden party itu.

5. Termasuklah salah seorangnya peguam Pas sendiri, anak al-Marhum Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden Pas, bangkit menyatakan tidak ada mana-mana klausa dalam Perlembagaan Pas yg membenarkan Presiden berbuat 'veto' menentukan sesuatu usul diterima atau ditolak. Itu hak perwakilan yg tak boleh dirampas, hatta oleh Presiden.

Najib: Adakah kerja saya nilai sistem intipan untuk dibeli?

Malaysiakini
Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan keterlibatannya dalam laporan yang mendakwa syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.

Menurut dokumen mahkamah di Israel ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu mengawasi pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Saya bukan menteri dalam negeri masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri.

"Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?" Soal Najib pada suatu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ketika pembelian yang didakwa berlaku itu, Zahid Hamidi memegang jawatan menteri dalam negeri.

Laporan: Syarikat Israel bantu Najib intip pembangkang pada 2018


Dokumen-dokumen mahkamah di Israel mendedahkan syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.

Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

Laman berita teknologi Israel CTech melaporkan, kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.

Dokumen-dokumen berkaitan diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.

Sistem itu dikatakan dibangunkan oleh Senpai Technologies Ltd.

Perjanjian itu dilapor ditantangai pada April 2018, sebulan sebelum BN yang dipimpin Najib ketika itu kecundang kali pertama dalam sejarahnya.

Tukar kerajaan sekarang bila PH "cukup bilang" atau tunggu PRU15?

oleh Ahmad Lutfi Othman


1. Secara peribadi saya mengharapkan mandat rakyat seperti ditunjukkan dalam PRU14, Mei 2018, dapat dikembalikan sesegera mungkin. Kerajaan Perikatan Nasional yang rapuh ikatan ini, tanpa manifesto pula, wajar diganti dengan cepat, tanpa berlengah. Kekecewaan, khususnya di kalangan pengundi muda harus segera dirawati, jika tidak sistem pilihan raya kita akan mengalami defisit keyakinan. Ya, untuk apa berpanas beratur di pusat mengundi sekiranya kerajaan boleh bertukar hanya dengan rundingan sulit wakil rakyat tertentu yang curang.

2. Langkah pengkhianatan dan pembelotan ahli2 parlimen tertentu PKR dan Bersatu, diketuai Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, akhir Feb lalu, sehingga tumbangnya kerajaan PH adalah bercanggah dengan tatasusila demokrasi dan kerajaan pintu belakang yang ditubuhkan itu tidak mempunyai legitimasi, malahan belum teruji di Dewan Rakyat.

3. Meskipun pelbagai usaha atau "pakej rangsangan" dilakukan Muhyiddin untuk menarik lebih banyak sokongan, melalui pelantikan jawatan-jawatan strategik seperti duta2 khas bertaraf menteri dan pengerusi2 GLC dan agensi kerajaan (mungkin ada sogokan lain yang terpendam), namun masih gagal mengumpulkan sokongan yang mencukupi.

Antara Zaman BN, Zaman PH dan Zaman PN.. apa yang cilakanya??


Penuh timeline dengan #129 kononnya PH nak buat comeback? Ada yang suka, ada yang tak.
Sepanjang 22 bulan PH perintah, banyak juga PH dicemuh. Tapi betul ke PH seteruk yang dijaja?
So, ni rumusan yang aku buat👇

1) PH, DAP, dan Melayu
-Tak hormat bahasa melayu
Zaman PH: Menteri DAP gunakan bahasa cina. Hari-hari UMNO PAS jadikan isu macam Malaysia dah jadi Hong Kong.
Zaman PN: Menteri MCA dan MIC guna bahasa cina dan tamil. UMNO PAS diam je. https://t.co/JpJFkhmnUl

- Isu Adib
Zaman PH: Adib penjawat awam, bertugas ketika rusuhan, dibunuh perusuh.
Zaman PN: Polis penjawat awam, bertugas ketika PKP, dibunuh pemandu mabuk.
Kenapa kes polis dibunuh tak diratib hari-hari seperti kes Adib? Sbb Adib zaman PH, polis zaman PN? https://t.co/4niWGDewlM

Dan, kenapa UMNOPAS boleh selamba je terima abah kau tu siap bangga dia jadi PM kalau betul marah sangat dengan PH dalam kes Adib ni?

Tak tahu ke, dia lah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri masa kes Adib tu, bukan DAP

Adakah Menteri si AZMIN ini berada dalam kluster kayangan sebab tu boleh kesana kesini ziarah rakan sejati?


Aduhai untungnya bila jadi menteri.. boleh kesana kesini kesana kesini tapi bila rakyat nak langkah sempadan negeri pon tak dibenarkan dan tak ada maaf apa pun siap kena saman on the spot aja.

Semalam kita tahu menteri datang ke KEDAH untuk berjumpa MB KEDAH yang baru tak mengapalah itu urusan kerja tapi yg dia dok cerita dalam perjalanan pulang tu siap singgah kat Seberang Jaya ziarah teman sejati tu adakah urusan kerja..

itu sudah ibarat ziarah raya dah di raya ke 5 mana dah ada kebenaran ziarah kesana kesini. Jadi takan ada kluster KAYANGAN pula kot.. walaupun menteri kanan Ismail Sabri menafikan ada kluster tersebut...

Wednesday, May 27, 2020

SANUSI DAN BALAK : KENAPA KHAZANAH ALAM KEDAH MAHU DIKORBAN?


1. Saya terpanggil untuk memberi respon kepada laporan berita dalam Berita Harian dan Malaysiakini serta dua kenyataan media rasmi yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kedah mengenai pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda. Setelah diasak oleh rakyat, YAB Menteri Besar mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini untuk mempertahankan keputusan pentadbiran beliau.

2. Laporan di Berita Harian itu kini telah ditarik balik dan tiada lagi dalam laman web mereka. Manakala tentunya dua kenyataan media dari Pejabat Menteri Besar mendapat restu dari YAB Menteri Besar sendiri. Maka Rakyat boleh menganggap kenyataan rasmi itu seperti datangnya dari Menteri Besar sendiri.

3. Ingin saya menyatakan bahawa pengurusan hasil bumi negeri adalah satu tanggungjawab yang sangat penting di dalam pentadbiran sebuah Kerajaan Negeri. Tanggungjawab untuk menguruskan pendapatan hasil mahsul negeri digalas oleh Menteri Besar sendiri.

Tuesday, May 26, 2020

Buang Artis Lantik Orang Politik Untuk Ketuai Masalah Artis, Terbaik Kerajaan PN!


ZAKARIA BUKAN ORANG POLITIK? MAHU TIPU SIAPA?

Apabila bekas Ketua Cabang Keadilan Bera, Zakaria Abdul Hamid dilantik mengetuai FINAS, maka ramai yang bertanya mengapa buang seorang anak seni (Hans Isaac) dan diganti dengan orang politik untuk menguruskan hal ehwal perfileman, hiburan dan kesenian?

Apa kaitan kelayakan dan pengalaman Zakaria untuk menerajui FINAS?

Tiada tokoh lainkah yang boleh menerajui FINAS dari kalangan anak seni atau paling kurang ada kelayakan berhubung dengan kesenian, perfileman atau hiburan?

Saturday, May 23, 2020

ADAKAH UMNO sudah berlagak jadi abang besar dalam PN???

Umno bukan berlagak 'abang besar' cuma ada kerusi paling banyak
Haspaizi Zain


Memang tidak ada istilah "abang besar" dalam persefahaman yang membentuk Perikatan Nasional (PN), namun pada masa sama semua parti perlu mengakui bahawa Umno adalah penyumbang kerusi terbanyak dalam gabungan berkenaan, kata pemimpin Umno.

Anggota Majis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, misalnya berkata dari suatu sudut Umno merupakan parti besar dan mempunyai struktur yang lengkap sehingga ke akar umbi.

"Bukan soal berlagak seperti abang besar, tapi Umno adalah parti yang mempunyai struktur parti menyeluruh seluruh negara, termasuk akar umbi.

"Dengan cara ini Umno adalah parti yang paling dekat dan banyak berbakti kepada rakyat.

"Saya kira Mustafa (Ali) orang lama dalam politik dan dia memahami perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tajuddin yang juga anggota parlimen Pasir Salak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas setiausaha agung PAS, Mustafa Ali, yang berkata Umno perlu mengelak daripada mentaliti "abang besar" walaupun memiliki kerusi terbanyak dalam PN.

Mustafa berkata demikian di media sosial pada 19 Mei lalu.

Dahulu bukan main bersumpah seranah menolak UMNO BN. tapi kini kepada UMNO BN mereka pulangnya..!!


DISKUSI ISU-ISU SEMASA "BERSATU" BERSAMA 4 PIMPINAN TEAM MAHATHIR.


DISKUSI ISU-ISU SEMASA "BERSATU"


2019, Khazanah jual pegangan saham dalam TNB, meratib seluruh alam FB yang PH jual aset negara kini bila PN jual..

POSTING PULANG PAKU & SALES RAYA


Tahun 2019, Khazanah jual pegangan saham dalam TNB, meratib la seluruh alam FB yang PH jual aset negara. 

Seorang Pensyarah Kanan UKM punya marah siap senaraikan semua “aset negara” yang dijual. Umno Online pun pickup. 

SUMBER

Adakah kes menekan dan mengugut penjawat awam kini kembali bermaharajalela..??

Kes menekan dan mengugut penjawat awam kini kembali bermaharajalela.
  

Zaman Pakatan Harapan berkuasa, kerajaan mengamalkan dasar kebebasan bersuara tanpa dikenakan apa-apa tindakan kecuali tulisan berunsur fitnah dan mengancam nyawa.

Namun bila Penyamun Nasional (PNipu) mula terasa bahang penolakan rakyat, kenapa sampai tulisan di media sosial mengkritik kerajaan yang memang dibentuk tanpa mandat rakyat dikenakan tindakan?

Bukankah prinsip berani kerana benar menjadi pegangan setiap manusia?

Selamat datang ke zaman tiada lagi kebebasan bersuara walau menyalahgunakan mana-mana peraturan dan akta.

Dulu INDIA BOIKOT sebab PH kritik serangan keatas umat Islam Khasmir, Kini PN macam setuju apa dilakukan


Kerajaan Pakatan Nasional (PN) hari ini berbangga dengan komitmen baru eksport minyak kelapa sawit oleh India.

Selepas pertukaran kerajaan, Presiden MCA, Wee Ka Siong segera menggesa kerajaan India menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia selaras dengan pembentukan kerajaan baru di Malaysia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghantar mesej kepada kerajaan India. Keadaan telah berubah di negara kami. India perlu menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia” ujar Wee ketika itu sebagaimana dilaporkan media.

Gesaan Wee ini mendapat sambutan baik dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang baru, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Sejak hari pertama masuk pejabat, beliau menyatakan bahawa beliau komited untuk membina hubungan Malaysia dengan India, khususnya bagi eksport minyak sawit.

Hospital swasta caj penutup muka harga 'yahudi' dikompaun RM200,000

Hospital swasta caj pelitup muka mahal dikompaun RM200,000


PUTRAJAYA: Sebuah hospital swasta dikompaun RM200,000 kerana menjual pelitup muka tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kementerian itu dalam kenyataan, berkata kompaun itu dikeluarkan kepada hospital berkenaan pada Jumaat, berikutan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, pihak hospital akan dituduh di mahkamah.

KPDNHEP memulakan siasatan pada 13 Mei lalu dengan membuat pemeriksaan di hospital terbabit, selepas kejadian seorang pesakit dikenakan caj bagi pelitup muka melebihi harga maksimum yang ditetapkan, menjadi tular di laman sosial.

NASIHAT DAN PERKONGSIAN YANG SANGAT BERGUNA DARI AHLI KELUARGA PESAKIT COVID-19

#COVID-19 : INI NASIHAT DAN PERKONGSIAN YG SANGAT BERGUNA DARI AHLI KELUARGA PESAKIT COVID-19 SUPAYA SETIAP ORG BERUSAHA MENGELAK DARI JANGKITAN DAN PATUH DGN ARAHAN PIHAK BERKUASA.


 Sekadar nasihat.
Oleh : Farhana Rakow
20 May 2020·

Covid 19...dulu aku pernah menulis ttg pengalaman aku...bagaimana stigma masyarakat pada keluarga aku bila suami aku disahkan positif covid 19. Pengalaman buruk demi pengalaman buruk natijah dari jangkitan ini. Hari ini aku terpanggil untuk menulis sekali lagi. Kerana aku ingin anda semua diluar sana untuk sedar...untuk tahu bahawa jangkitan ini bukan sekadar dijangkiti tetapi berakibat yang sangat buruk. Aku ingin anda tahu walaupun kadar jangkitan kini menampakkan penurunan tp ianya bukan jadi alasan untuk kalian tidak berwaspada bersuka ria tenang dan mengambil mudah semua perkara.

Kebelakangan ini,aku melihat betapa ramai yg merungut bila kerajaan x bagi balik kampung tak bagi jumpa mak ayah, tak bagi sambut aidilfitri bersama keluarga.....malah ada yg sanggup menipu polis, mencari bermacam alasan hanya utk dilepaskan balik berhari raya. Wahai sahabat, pegang kata2 saya ini. Ada diantaranya yang upload status, dengan berkata menyindir SOP2 yang kerajaan tetapkan, dengan mengatakan kalau takut tak payahlah balik, kalau takut tak payahlah keluar dan sebagainya...Soalan saya adakah anda sedar, sikap selfish anda tu bukan sahaja berakibat fatal pada diri anda malah orang lain juga? lihatlah berapa banyak kejadian yang menimpa menjangkiti orang yang tak bersalah hanya kerana sikap selfish seorang individu? contohnya, cluster italy, kes wanita bersalin yang menyebabkan satu ward bersalin terpaksa di tutup, dan yang terbaru kes di kedah dan kelantan....(saya tak ingin sebutkan). Sahabat, bila sahaja keluargamu terpalit virus ini...percayalah bahawa kesannya sangat sangat buruk..bukan sahaja pada kesihatan kamu dan keluargamu, tetapi juga emosi, sosial malah pekerjaanmu.

Isu yang sama, jawapan berbeza.. Zaman PH kamu hantam, Zaman PN kamu pertahan!!


ISU PEMANDU MABUK.. 

Waktu kerajaan PH hentam Tak ingat dunia. 
Bila kene batang hidung sekarang dok konar leper. Macam2 dalil depa Ada. 

Itulah orang dok pesan lain kali bantah sesuati isu biaq ada fakta dan data lepas tu konsisten lah data dan fakta bukan berdasarkan kelompok yg kita sokong..

bila dah wala atas batang tubuh maka hujah akan jadi macam inilah... masa kena kat kaum yg kita tak suka habih kita sumpah seranah tapi tiba-tiba bila jadi kat kaum yg kita sokong macam-macam dalil kita bawa keluaq untuk pertahannyanya...

Friday, May 22, 2020

Kerusi parlimen sekarang antara PN & PH ianya sama banyak.. 111/111..!!!


Kedudukan di Dewan Rakyat kini 111 vs 111



Kedudukan di Dewan Rakyat kini sama banyak antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) apabila Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau memihak kepada PH.

Covid 19 - Gempar !! Muhyiddin jalani kuarantin 14 hari..!!


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Thursday, May 21, 2020

10 Exco Kedah Kerajaan PN angkat sumpah di Wisma Darul Aman

ALOR SETAR - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mereka adalah Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Bersatu-Guar Chempedak), Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Tokai), Azman Nasrudin (Bebas-Lunas), Datuk Suraya Yaacob (UMNO-Sungai Tiang) dan Datuk Siti Ashah Ghazali (Pas-Merbau Pulas).

Turut mengangkat sumpah, Halimaton Saadiah Saad (Bersatu-Bukit Kayu Hitam), Wan Romani Wan Salim (Pas-Bukit Pinang), Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Pas-Kupang), Mohd Firdaus Ahmad (Bersatu-Kuah) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Bebas-Sidam).

Barisan Exco Kedah berkenaan dilihat menggabungkan 60 peratus muka lama manakala selebihnya terdiri daripada muka baharu.

Beberapa muka lama yang sebelum ini pernah memiliki pengalaman menjadi Exco Kedah ketika pentadbiran terdahulu dilantik semula ke jawatan itu.

Anwar - Mengapa saya tidak hadir, jawapannya mudah, itu bukan sidang media Pakatan Harapan

 
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan tentang ketidakhadirannya dalam sidang media khas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas berakhirnya persidangan Parlimen pada 18 Mei lalu.

“Mengapa saya tidak hadir, jawapannya mudah, itu bukan sidang media Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi siaran langsung di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Anwar berkata, dalam mesyuarat sebelum itu, pemimpin PH daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Nasional (Amanah) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Parti Warisan Sabah (Warisan), bersetuju untuk menyediakan pendirian bersama dalam isu kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Oleh yang demikian, kita tidak akan mengadakan sidang khas Pakatan Harapan (bagi isu tersebut) tapi ini tidak menghalang kalau DAP, Bersatu, Amanah atau Keadilan (PKR) buat sidang masing-masing atau ahli-ahli Parlimen mengeluarkan pandangan.

"Jadi ini saya hendak jelaskan ia (sidang itu) bukan sidang PH tetapi kita demokratik dan kita boleh keluarkan (kenyataan). Selepas ini, kita akan jelaskan supaya semua program PH atau sidang PH akan diumumkan oleh Sekretariat PH.

Sunday, May 17, 2020

Sanusi MB baru: Giliran Umno tolong PAS, kata Annuar


Pemilihan Adun Jeneri daripada PAS, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar baru Kedah adalah hasil perbincangan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN), kata Annuar Musa.

Setiausaha Agung BN itu berkata, pemilihan Sanusi dibuat secara konsensus PN dan wajar memandangkan PAS memiliki paling banyak kerusi DUN di negeri itu.

"Pelantikan Sanusi itu memang dibincangkan dalam Muafakat Nasional dan PN. Beliau adalah pilihan konsensus daripada PN dan kerana kerusi PAS paling banyak di Kedah, maka wajarlah wakil PAS jadi menteri besar.

"PAS pun sudah banyak tolong Umno, sekarang giliran Umno tolong PAS. Baru orang panggil berpakat, takkan sebelah pihak saja," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kepada imam dan bilal parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.

Isu BERJAYA TIMES SQUARE - Angkara PN atau PH?

BUDIMAN MENGATA DULANG.


Beberapa hari lepas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa DBKL akan membuka ruang perniagaan kepada bumiputera berniaga di Kompleks Membeli Belah Berjaya Times Square yang dimilik oleh DBKL bernilai RM150 juta.


Pelbagai komen dan ulasan diberikan. Ramai yang terkejut bagaimana dan kenapa nilai sebanyak RM150 juta dibelanjakan dan dibayar kepada Berjaya tetapi tidak terus kepada peniaga.

Malam tadi sekitar jam 11.34 pm, Budiman Mohd Zohdi, mantan Ahli Parlimen Sungai Besar memuatnaik ulasan di laman facebook mengatakan bahawa lot-lot kedai tersebut sudah dimiliki oleh DBKL sebelum Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Menjawab Lukisan NAJIB berkenaan isu anak tirinya dilepaskan mahkamah kes 1MDB.!


#Viral_Broadcast
DANA DARI 1MDB DAN RIZA AZIZ : MENJAWAP PUTAR BELIT NAJIB YG PENYOKONGNYA PERCAYA MEMBUTA TULI.

Oleh : Sawal Ali

Disclaimer: ini bukan tulisan politik tetapi adalah tulisan untuk menilai bagaimana kita menerima dan mengkaji sesuatu penulisan itu dari sudut fakta.

1. Dah lama saya tak menulis pasal 1MDB. Hari ni ternampak tulisan Najib Razak mengenai kes Riza Aziz.

2. Terkejut saya baca kerana tulisannya penuh dengan putarbelit dan perkara yang tak betul. Dan bila saya scroll lagi, rupanya dah ada banyak tulisan dia mengenai 1MDB yang penuh dengan putarbelit.... Wow.

3. Oleh kerana saya ada masa sikit, kali ni saya nak komen ringkas sahaja mengenai tulisan Najib dalam screenshot yang saya sertakan dan beberapa tulisan dia lain yang berkaitan perkara yang sama.

4. Faktanya adalah duit yang masuk ke akaun syarikat Red Granite Capital (milik Riza Aziz) yang berasal dari 1MDB tidak ada kena mengena dengan sebarang pelaburan dari mana-mana syarikat atau pihak.

Tahniah Sanusi.. Harap Sanusi tidak jadi seperti Sanusi..

Harap Sanusi tidak jadi seperti Sanusi
SESUDAH SUBUH

Muhammad Sanusi Md Noor

PETANG ini dijangka akan berlangsung upacara angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru, yang juga merupakan MB yang ke-14. Dalam Wikipedia sudah dimasukkan nama MB Kedah yang ke-14 itu adalah Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Noor.

Apa yang berlaku di Kedah hari ini satu lagi sejarah penting yang sudah tentu akan tercatat dalam kitab politik negara dengan pelbagai rasa, suka, gembira sedih dan marah.

Sejak meletusnya krisis kepercayaan terhadap bekas MB Mukhriz Mahathir ekoran tumbangnya kerajaan PH di peringkat Persekutuan, nama Sanusi adalah antara yang dijaja dan disebut-sebut akan mengambil alih tempat itu.

Friday, May 15, 2020

Apakah untuk ini kita menubuhkan Bersatu.. Adakah sekadar mahu bagi UMNO berkuasa semula?


YANG UNTUNG DAN YANG RUGI PADA PRU15 NANTI

Sebahagian daripada kita dijanjikan bahawa Perikatan Nasional adalah baik untuk Bersatu demi menghadapi PRU15.

Yang pasti jika Bersatu benar-benar mahu kekal bersama UMNO dan PAS dalam PN sewaktu PRU15, Zahid Hamidi tidak akan dicabar oleh Bersatu, Najib Razak akan kekal di Pekan, Azeez akan kekal di Baling, Ku Nan akan kekal di Putrajaya.

Ini kerana Bersatu logiknya hanya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu. Kini dengan PN, Bersatu tidak akan bertanding di kesemua Kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO dan PAS.

Apakah relevannya lagi bahagian-bahagian Bersatu di kawasan-kawasan tersebut? Apakah nanti PRU15 mereka hanya akan menjadi jentera untuk memenangkan Zahid, Najib, Azeez, dan Ku Nan?

Kerajaan Tebuk Atap, Apa kata Tok Guru ?


Tahukah Kita Politik yang berlaku hari ini, Pernah diungkapkan dan disentuh Tok Guru Nik Aziz 10 tahun dulu..Kebetulan dalam Politik, Aku banyak berpegang kepada Manhaj dan Fikrah Tok Guru Nik Aziz..

Masih kita ingat tentang rampasan kuasa di Perak ? Kita masih ingat kata kata Tok Guru..ya.. Kata Tok Guru Nik Aziz,

" Pecah Amanah ini (Merujuk kepada rampasan kuasa), Akan Datang Ini, Akan Berlaku lagi Insya Allah..akan berlaku lagi,

Ya , Memang Benar..Apa yang dikata Tok Guru Berulang Kembali.. dan ianya Benar benar terjadi..

Aku bukan jenis Percaya akan kisah2 Tok Wali..atau Tok Guru yang menjual mimpi.. Tapi ada Keadaan, bila masa berlalu .. aku percaya terhadap kata kata Doa dan Munajat seorang Ulama yang aku lihat sendiri akan kebenaran akan kata katanya, ada dua tokoh hebat ini yang bagi aku mereka ini kelompok Ahli Ir'fan..

Kisah Muhyiddin Yassin Yang Menghairankan


Pertemuan pertama

Dalam pesanan teks yang dikirimkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada saya dalam empat tahun kebelakangan ini, dia akan selalu mengantarnya dengan “Bro”. Oleh sebab saya lebih muda daripada beberapa anak-anaknya, saya pula selalu memanggil beliau dengan panggilan hormat “Tan Sri.”

Pengamatan peribadi saya terhadap lelaki yang lemah lembut ini mengingatkan saya kepada kisah Dr Jekyll dan Mr Hyde. Kisah ini cukup aneh tetapi mungkin itu adalah fitrah manusia ketika seseorang itu menghadapi godaan kuasa.

Kali pertama kami bertemu adalah pada 11 April 2016. Saya dan Anthony Loke, mewakili DAP, berbual lama dengan beliau selama dua jam lebih.

Muhyiddin, yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 kerana mempersoalkan penglibatan Najib Razak dengan skandal 1MDB, ketika itu dipantau dan diekori oleh Cawangan Khas. Bagi mengelakkan diri daripada menarik perhatian, pegawainya telah menyewa sebuah bilik hotel di Petaling Jaya. Saya dan Anthony masuk terlebih dahulu diikuti oleh Muhyiddin 10 minit kemudian. Apabila perjumpaan berakhir, beliau pergi dahulu. Kami pergi 10 minit kemudian.

BERSATU yang berpecah dua.. mampukah bersatu semula..??




Dari pemerhatian aku berdasarkan posting dan komen yang aku baca di socmed, aku dapati, dan aku rasa semua pun tahu, Bersatu berpecah kepada 2 kumpulan besar.

Kumpulan pertama adalah yang condong kepada Muhyiddin Yassin. Mereka mahu teruskan bekerjasama dengan Umno. Tujuannya bukan rahsia, iaitu demi kuasa.

Kebanyakan yang dalam kelompok ini adalah mereka yang berkedudukan dalam parti. Ada juga machai-machai yang menyokong tapi kebanyakannya atas sentimen kaum.

Kumpulan kedua adalah mereka yang condong kepada PH. Kumpulan ini kebanyakannya dari kalangan akar umbi. Ada yang gelar mereka sebagai hard-core Bersatu.

Mereka masuk Bersatu kerana bencikan Umno. Jadi takkan mungkin mereka boleh menerima Umno kembali. Bukan semua berasal dari Umno. Ada yang asalnya golongan atas pagar.

Masalah 20 tahun Ebit Lieu selesaikan dalam 2 jam sahaja..!


Ustaz Ebit Lew termasuk DUN Mohd Amar rupanya.... mana dia tahu, patutlah Ustaz Nik Amar Mengamuk di FB

Ingatkan kenapa Ustaz Nik Amar Mengamuk, rupanya Ustaz Ebit singgah di Kg Tapang, dalam Dun beliau jadi Yang Berhormat, iaitu Dun Panchor, dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Kg Tapang, Kota Bharu dalam dalam Parlimen Pengkalan Chepa, Ahli Parlimen nya adalah YB Utz Marzuk, Timbalan Menteri Agama yang jaga bab puasa, zakat, haji, hal ehwal agama Islam di Malaysia

Dato Mohd Amar jadi YB Dun Panchor, Beliau adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Thursday, May 14, 2020

Sudah 3X Muhyiddin ubah sidang parlimen.. Awat takut sangat nie kata dapat sokongan majoriti?


MUHYIDDIN TERBUKTI PENAKUT, SUDAH TIGA KALI MENGELAK DAN MENGUBAH-UBAH SIDANG PARLIMEN

Hanya kira-kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata-mata kerana takut hilang jawatannya.

Pertama, sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, beliau telah menangguhkan tarikh asal Sidang Parlimen yang telah ditetapkan pada 9 Mac kepada 18 Mei.

Ketika itu, jika Sidang Parlimen tidak diubah tarikhnya, Muhyiddin lebih mungkin hanya merasa duduk sebagai Perdana Menteri untuk tempoh 9 hari saja.

Lantaran takut hilang jawatan dan tidak mahu tercatat sebagai Perdana Menteri 9 hari, Muhyiddin lalu menangguhkan tarikh Sidang Parlimen kepada 18 Mei.

Wednesday, May 13, 2020

APAKAH MASIH ADA MASA HADAPAN BUAT PARTI KERAMAT INI? - Dr Maszlee Malik

APAKAH MASIH ADA MASA HADAPAN BUAT PARTI KERAMAT INI? - Dr Maszlee Malik


Sedikit catatan perkongsian.

Saya masih ingat lagi bagaimana saya bergelut dengan diri sendiri ketika mahu membuat keputusan yang besar dalam hidup saya, iaitu menyertai politik dan menyertai parti Bersatu.

Saya menyoal banyak perkara. Adakah saya sesuai menjadi seorang ahli politik? Adakah saya sanggup melondehkan jubah akademia saya dan turun bergulat di bawah menghadapi pelbagai tikam belakang, tawar-menawar, caci-maki dalam kerancuan dunia politik yang lebih menjanjikan kekhilafan berbanding kebenaran?

Apa yang menyebabkan saya didorong untuk menyertai politik dan Bersatu adalah suasana politik tanah air yang dilanda kemelut yang kronik waktu itu.

Tatkala dunia mengenali Malaysia kerana salah guna kuasa dan penyelewengan perbendaharaan negara oleh sesetengah individu, negara bagaikan memanggil-manggil warganya yang sedar untuk bersama merubah keadaan tersebut.

VIDEO - JAWAPAN MUKHRIZ BERKENAAN K'JAAN PH KEDAH DIKATAKAN TUMBANG


SIDANG MEDIA MB KEDAH DI WISMA NEGERI


Siapakah MB KEDAH yang baru dari PN dan benarkah MUKHRIZ sudah tumbang?



Nampaknya Kerajaan PH Kedah masih belum TUMBANG 
kerana MUKHRIZ belum lagi meletak jawatan. saksikan video dibawah..

Hikmah disebalik kejatuhan kali kedua MUKHRIZ sebagai MB KEDAH...


Dari minggu lepas, antara berita paling hangat pasal usul undi tidak percaya Tun Mahathir kepada Muhyidin Yasin.. walaupun ramai dari penyokong PH teruja.. Sebenarnya aku tidak lah berminat dengan langkah tersebut.. Cumanya dari sudut strategi parti Politik bagi aku tidak ada sebarang masalah..

Dan semalam bila ada desas desus Kerajaan Mukhriz di Kedah akal tumpang..Sebenarnya itu satu petanda yang baik.. Memang sebelum ini aku dah sebut, Negeri Kedah hanya dibiarkan sebagai taruhan rundingan team Muhyidin dan Tun Mahathir.. Biarlah mereka bergaduh..

Bila jatuhnya Kerajaan Kedah.. bermulalah pertarungan sebenar... jelas ada pemisah antara kelompok Khainat dan bersama aspirasi Kerajaan PH hari ini.. sebenarnya PH mempunyai asas yang kuat..Bagi aku Kerajaan PN Tebuk Atap ini perlu dikekalkan sekurang kurangnya sehingga pembentangan belanjawan 2021...

Sebenarnya banyak hikmah sepanjang pemerintahan kerajaan PN tebuk atap.. aku cukup gembira apa yang selama ini sukar kita jawab keatas fitnah fitnah mereka..terutama menyentuh soal sentimen kaum dan Agama.. akhirnya Allah memberikan jawapan dari tindakan mereka sendiri.. itu sebabnya mereka perlu dikekalkan sehingga Pembentangan belanjawan 2021..

DEDAH - HINA JAWI, LAWAN HUKUM ISLAM & CACI PERJUANGAN ORANG MELAYU MUSLIM, KINI BERKUASA DALAM KERAJAAN PN



 1. MAH HANG SOON
Pernah mengisytihar Jawi merupakan beban kepada murid & kalah dlm PRU14 (Parlimen Tanjung Malim).

Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, antara Kementerian yg terpenting di Malaysia.

2. CHONG SIN WOON
Pernah menggesa supaya Hudud dimatikan serta merta & kalah dlm PRU14 (Parlimen Seremban).

Kini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang, pelabuhan yg paling sesak & bernilai di Malaysia.

3. TI LIAN KER
Pernah mengisytihar bahawa MCA akan sentiasa membantah Hudud & digigur dlm PRU14.
Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.

4. TAN TEIK CHENG
Pernah gesa Tun M jaga hati orang Cina melalui pengiktirafan UEC & kalah dlm PRU14 (DUN Machang Bubok).

Kini dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Penang, antara pelabuhan terkaya di Malaysia.

Adakah MAHATHIR akan bertindak keatas MUHYIDDIN selepas MUKHRIZ dijatuhkan?

SETELAH ANAKNYA ‘DIPANCUNG’, APA LANGKAH MAHATHIR SETERUSNYA TERHADAP MUHYIDDIN?
Shahbudin Husin


Mukhriz Mahathir kini sah sudah hilang sokongan majoriti untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

Selepas dua Adun PKR mengisytiharkan diri mereka menjadi Bebas dan menyokong PN yang menjadi kerajaan di peringkat Pusat, difahamkan ada empat lagi Adun Bersatu juga turut berbuat demikian.

Dengan yang demikian, dalam waktu terdekat ini sudah pasti Kedah akan memperolehi seorang Menteri Besar baru.

Berikutan Pas mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 15, adalah dijangkakan calon Menteri Besar adalah daripada parti tersebut.

Menjelang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad di Sidang Parlimen 18 Mei depan, terpecatnya Mukhriz ini menunjukkan Muhyiddin Yassin tidak berdiam diri dalam usaha untuk mempertahankan kedudukannya.

Bocor - Rakaman suara mesyuarat MPT BERSATU sebelum Muhyiddin sailang Tun M

Rakaman suara mirip Muhyiddin beredar di Internet


Rakaman suara yang dikatakan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan (PH) kini beredar di Internet.

Dalam rakaman itu, suara yang mirip dengan presiden parti Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberi kepercayaan kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan sama ada akan kekal atau meninggalkan PH.

Sumber-sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa rakaman yang dibocorkan di laman web pro-Mahathir itu asli. 


"Dan di kala itu mungkin kita boleh tunggulah bila Tun jumpa dengan ketua presiden parti, okay we wait for one week, for whatever it is, then we will be more sober. Hari ni a bit emosional.

(Oklah kita tunggu selama satu minggu, untuk apa sahaja, maka kita akan lebih tenang. Hari ni agak emosional).

"Dan kita fikirkan soal yang paling besar dalam sejarah kita iaitu out of PH moving to the coalition, but we still be the government. Government led by Bersatu, that is important," kata lelaki dalam rakaman berkenaan.

(...Keluar dari PH untuk berpindah gabungan, tapi kita masih kerajaan. Kerajaan yang dipimpin Bersatu, itu penting)

Monday, May 11, 2020

Benarkah sokongan kepada Umno, Pas kian merosot?

Kredit: Blog Tulahan
Sokongan kepada Umno, Pas kian merosot
Penulis akan membuat sedikit analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH , Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan PH. Sebelum PRU 14, banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada masa berkenaan .
Semasa pemerintahan PH, serangan terhadap PH menggunakan sentimen kaum dan agama sangat berjaya digunakan pembangkang pada masa itu. Mengapa berjaya? Kerana sememangnya , pembangkang terutama Umno dan Pas mewakili majoriti pengundi Melayu. Manakala PH memenangi PRU 14 berbekal undi Melayu sekitar 30 peratus sahaja
Justeru itu, adakah benar PH tidak mendapat sokongan orang Melayu semasa memerintah? Bukan hanya semasa memerintah , sebelum memerintah pun sokongan Melayu kepada PH adalah sekitar 30 peratus.

Tuesday, May 5, 2020

COVID-19: SPRM SIASAT KONTRAK RM 30 JUTA



Saya meneliti beberapa laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta secara tidak layak.”

Menurut sumber yang sama, syarikat itu juga mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun pihak SPRM tidak menyatakan Kementerian mana terlibat, susulan daripada pendedahan tersebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa KKM akan memberikan kerjasama terhadap siasatan oleh SPRM.

Kita menuntut agar SPRM dapat menjalankan siasatan dengan telus dan penuh integriti serta tidak melindungi mana-mana individu dan mereka yang berkepentingan.

Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan satu pengkhianatan yang amat besar terhadap rakyat Malaysia dalam keadaan negara berdepan dengan wabak bencana Covid-19.

PKPB DI KEDAH SEDIKIT BERBEZA - 'DINE IN' TIDAK DIBENARKAN, TAMAN AWAM DAN REKREASI MASIH DITUTUP

SELASA (5.5.2020)


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terjamin selain memastikan negeri ini terus kekal sebagai zon hijau dari penularan COVID-19.

Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, antara pindaan dilaksanakan adalah tidak memberi kebenaran kepada mana-mana kedai makan atau restoran untuk melaksanakan perkhidmatan 'dine in'.

"Tiada masalah untuk restoran atau kedai-kedai makan dibuka namun kita tidak membenarkan pelanggan menikmati hidangan di premis tersebut. Perkhidmatan dibenarkan cuma secara bungkus, penghantaran atau pandul lalu saja seperti sebelum ini. 

"Selebihnya para peniaga perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Persekutuan. Waktu Operasi pula masih tertakluk antara 8 pagi hingga 8 malam untuk restoran milik bukan Muslim dan 3 petang hingga 8 malam untuk pemilik restoran atau kedai makan muslim di sepanjang Ramadan," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) COVID-19 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...