Wednesday, May 1, 2019

PRU-14: Walau pun tanpa niat, pemimpin PAS bunuh rakan baru


AHMAD LUTFI OTHMAN

Seorang teman baik saya melahirkan rasa hairan dan takjub melihat kerjasama PAS-UMNO nampak berjalan dengan begitu akrab dan lancar sekali.

“Seolah-olah bagai pasangan kekasih yang lama terpisah dan kini bertemu kembali. Cinta mudah bertaut semula,” katanya sambil menambah hubungan PAS-UMNO pastinya tidak bermula hanya selepas PRU-14 yang menyaksikan kerajaan BN diterajui UMNO tumbang.

Malah, menurut pemerhatian saya pula, detik awal hubungan PAS-UMNO terjalin sepuluh tahun lalu, sejurus keputusan PRU-12 in 2008 diumumkan.

Namun inisiatif untuk membentuk kerajaan perpaduan Melayu-Islam di Selangor dan Perak tidak kesampaian. Meski pun percubaan pertama oleh segelintir pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu gagal, namun ia tidak terhenti begitu sahaja. Tunas sudah berputik.

Sunday, April 28, 2019

KBS/PSM tak anak tirikan artis tempatan.. Ini jalan penyelesaian nya..


Yang buat isu sangat pasal BTS ni, event tu sehari je. Masuk persiapan semua semua paling-paling pun seminggu je venue Bukit Jalil tu akan digunakan. Ada lagi 350hari untuk artis-artis lain terutamanya artis tempatan untuk gunakan venue tersebut.

Membawa BTS datang hanyalah 'salah satu' usaha dari KBS/(Perbadanan Stadium Malaysia) PSM untuk utilise penggunaan aset PSM bagi tahun 2020. Untuk makluman, selama ini PSM yang mempunyai banyak aset-aset di bawahnya gagal menjana keuntungan dan kerugian harus ditanggung oleh pihak kerajaan.

Friday, April 26, 2019

ADAKAH PAS PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ??

- Prof Nasoha Saabin

Faham agama tidak bererti faham kepada pendekatan politik dan kemaslahatannya. Yakin kepada Islam asasnya adalah menyokong kepada kerja-kerja makruf dan menentang pihak-pihak yang mungkar. Adakah bersama dan menyokong UmnoBN itu bertepatan dengan uslub dakwah Islam ??

Pengorbanan juga menjadi sia-sia jika kita bersekongkol dengan puak-puak yang zalim dan mungkar serta menyeleweng apabila diberikan kuasa. Jika benar kita melakukan sesuatu itu kerana Allah, maka Allah melarang kita cenderung kepada kezaliman, apatah lagi menyokong dan mengundi puak-puak ini. Inilah yang selalu disebut di dalam mukaddimah setiap ucapan di dalam ceramah Pas sebelum ini.

ISLAM TERANCAM ATAU PAS UMNO TERANCAM?




Soalan untuk YB Razman dan PAS;

▪IBADAH apa yang diharamkan kerajaan?
▪MASJID mana yang dah disita?
▪MAHKAMAH SYARIAH mana yang dah ditutup?
▪INSTITUSI AGAMA mana yang sudah dibatalkan pendaftarannya?
▪NGO ISLAM mana yang dah diharamkan?
▪PENDAKWAH mana yang dah ditarik tauliahnya?
▪PASTI dan SRITI mana yang dah dirobohkan?
▪SIARAN ISLAMIK apa yang dah digam diradio/tv?
▪BANK ISLAM mana yang dah ditamatkan operasinya?

Wednesday, April 24, 2019

Kat mana Najib curi wang?

Mai nak cerita pada yang tak faham.

Pada yang mengikuti perbicaraan Najib ni, mungkin ada yang tak faham, apa kes sebenarnya. Salahkah SRC International bagi duit pada Najib dan Najib membelanjakan duit tu.

SRC beri duit tak salah, Najib belanja wang tu pun tak salah. Menjadi kesalahannya ialah, wang SRC tu sebahagian dari pinjaman syarikat tu dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Persaraan) sebanyak RM4 Bilion.

SRC international ni salah satu anak syarikat 1MDB. Pinjaman dari SRC ni dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Makna kata, kalau SRC tak mampu bayar, Kerajaan kena bayar!

SRC ni bisnes apa? Habuk pun takdak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...