Friday, November 1, 2019

Salah ker PAS Sokong MCA ?


Bila aku menulis post pasal Allah memilih Tanjung Piai, Dikalangan Ulama PAS sudah mengeluarkan dalil dalil mereka atas alasan mengikat perjanjian dan Persafahaman, Tawwun dan Tahaaluf..Ramai sahabat PAS bertanya.. Salah kah kita menyokong MCA ?

Jawapannya tidak ada apa yang salah PAS bertahaaluf dengan MCA, Sama ketika dulu PAS bertahaaluf dengan DAP.. Siyasah dan Politik ini perkara Ijtihadi'.. Bukan Perkara I'etiqadi( Aqidah).. Malah sebelum ini PAS bertawwun dengan MIC, Dengan PBS( Parti Kristian), PAS ada pertimbangan dan mizan politik dia...itu hak PAS, kami takda masalah.. Sebabnya Sheikh Ramadhan Al bouti pernah sebutkan prinsip ini..

السياسة لا دين لها، أي السياسة التي لا ترتبط بمبدأ،..

Politik itu tidak Beragama, Dan tidak terkait pada soal Prinsip dasar (Aqidah)

Hatta kalau PAS mengadakan hubungan dan kerjasama dengan parti Golkar warisan Suharto di Indonesia, Parti Fatah di Palestine, Parti Komunis China di tanah besar China pun tidak menjadi masalah, Hatta UMNO dan MCA ada kerjasama rasmi dengan parti Komunis China.. perwakilan UMNO dan MCA pernah dihantar ke China bagi menjalinkan kerjasama ini.. Itu adalah urusan Politik..

Mengapa Allah Memilih Tanjung Piai?



Soal PH boleh mempertahankan Tanjung Piai persoalan kedua, tetapi yang buat aku terfikir mengapa Allah memilih Tanjung Piai? Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah Mohd Farid Rafik, umurnya masih muda, seorang Doktor Pakar Bius, dalam keadaan sihat, tetapi beliau ditaqdirkan meninggal dunia pada usia yang muda...

Dari 222 kerusi Parlimen, mengapa Tanjung Piai? Kebetulan di Tanjung Piai mempunyai komposisi dan aturan calon yang pelik... Inilah hikmah dan rahsia Allah menzahirkan wajah kelompok Khawarij dan Ashabiyah... Wajah mereka yang selama ini menunggang agama demi politik mereka...

Dah lama aku nak komen, tapi aku sengaja tunggu pengumuman rasmi calon Barisan Nasional... Akhirnya semalam diumumkan calon MCA... Wee Jeck Seng mewakili BN dan PAS di Tanjung Piai bagi menentang calon Bersatu...

HUKUM PAS BERMUSIM DAN SESEDAP RASA

PAS di zaman Presiden Tok Guru Ayah Chik banyak hukum hakam yang dikeluarkan menjadikan umat Islam di Malaysia berada dalam keadaan yang kecelaruan..

Kebanyakan dikeluarkan demi nak menghalalkan perbuatan yang menguntungkan mereka sahaja.

1. Sokong Tun M jadi PM tetapi PRK Tg Pial PAS kena sokong MCA bukan parti Tun.

2. Dakwaan Islam tertindas di bawah PH tetapi PAS kena sokong MCA.

3. Anjur perpaduan Ummah serta maruah melayu tetapi PAS kena sokong MCA.

Wednesday, October 30, 2019

Rahmatan lil kafirin?

Wan Ji Wan Hussin

Sepertimana yang kita tahu, Amanah membawa slogan Rahmatan lil Alamin. Ia bukan sekadar slogan, malah sememangnya Amanah cuba laksanakan dalam peringkat pentadbiran negara. Sudah berbagai kempen dilakukan. Tidak kurang juga melalui penerangan melalui TV al-Hijrah bawah kelolaan salah seorang pemimpin tertinggi mereka, Dr Mujahid Yusof yang juga menteri agama di bahagian Jabatan Perdana Menteri.

Sama ada berkesan atau tidak, itu bukan tajuk perbincangan dalam tulisan ini. Apa yang mahu dibangkitkan adalah, hasrat baik di sebalik slogan ini diremehkan oleh musuh parti mereka. Antara bentuk remehan itu, diungkapkan “Rahmatan Li al-Kafirin”.

Monday, October 28, 2019

Jangan bagi kuasa Kerajaan haramkan PARTI POLITIK, biar undang-undang yang tentukan, kata Anwar

Jangan ajar Putrajaya haram parti politik, PAS mungkin kena, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar PAS kerana menggesa Putrajaya mengharamkan DAP, susulan beberapa pimpinan parti itu dikaitkan dengan isu buku komik kontroversi diharamkam dan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Anwar berkata, kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam merupakan pemikiran dan pendekatan lama dalam berpolitik dan sekiranya diamalkan akan turut menimpa parti Islam itu sendiri.

“PAS masih buat pemikiran lama, suruh haramkan itu dan ini. Ini adalah politik lama. Sekarang ini kalau dia (PAS) mula ajar, kerajaan ada kuasa untuk haramkan PAS, itu bahaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...