Sunday, December 8, 2019

Antara kisah si geng Jebon, Barua, Kartel, Broker dan juga si Kitol..!!


Si Kitul, Barua dan Broker..

Aku sampai sekarang, tak faham kenapa Azmin ngan geng dia keluar dewan hanya kerana cerita sejarah "Si Kitul " dari ucapan dasar Anwar Ibrahim.. sapa ikuti Ucapan Ds Anwar ni memang dari zaman reformasi dulu, Ds Anwar sering mengungkap kan sejarah runtuhnya Kota Melaka ini.. dah Kongress pun kat Melaka..

Maknanya jiwa Azmin lebih kecil dan sensitif dari Azwan Ali.. Kalau ikutkan status dan Twitter Azmin Ali selama ini sindir dan perli Ds Anwar dan Wan Azizah lagi kurang ajar dari itu.. Peliknya hat ikut keluar orang bergelar Exco,Menteri.. apa punya standard orang IQ sebegini....

aku bukan orang PKR.. aku taknak sibuk hal dalaman PKR..Cuma aku nak cerita Sejarah PAS.. Sebab aku tak pernah hadir sekalipun Kongress Keadilan, Cuma selalu hadir muktamar PAS dulu...Kalau nak diikutkan Sejarah Mat Sabu dan rakan rakan dia dalam Amanah hari ini lagi teruk diperlakukan..

Antara ASB & PH..!!

ASB & PH.

Sedikit kefahaman aku tentang ASB. (Mungkin betul, mungkin salah)

Aku masih ingat, dalam satu program di HUSM awal tahun 2000, Ustaz Harun Din (Allahyarham) menyebut ASB adalah haram.

Hari ini, pemegang ASB berjumlah 9.7juta orang. Hari ini, ramai Ulama' berpendapat ASB adalah harus, bukan lagi haram.

Bermakna berlaku transisi ASB dari haram kepada harus selepas beberapa tempoh jangkamasa. Bermakna, telah berlaku perubahan ke atas ASB, hinggakan kini ianya harus, tidak lagi haram.

Boss ASB adalah PNB. Manakala pelaburan terbesar ASB adalah dalam Maybank, 24.1%. Selain Maybank, banyak lagi portfolio pelaburan2 ASB yg menjana pendapatan.

Pengundi Hantu DAP.. Jika benar tuduhan UMNO, memang celaka MELAYU dalam imigresen & pendaftaran negara!!


Tengok Laporan kini TV tadi, Begitu baghalnya perwakilan mamak UMNO Pulau Pinang mengaitka laporan Audit yang 95% Pelancong China dan India tidak mempunyai rekod keluar, dikaitkan dengan usaha DAP memenangi Pilihanraya... Tapi itulah Cara puak UMNO dan PAS membodohkan orang Melayu..

Sedangkan Laporan tidak ada rekod keluar pelancong Asing China dan India itu direkodkan dari tahun 2016 sehingga 2018... diwaktu Najib jadi PM, dan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu adalah Zahid hamidi, Presiden UMNO hari ini..

Lepas laporan Audit itu dibentang, Pemimpin PAS dan UMNO pun tak berani bising di Parlimen, masa kes beli IC dulu riuh satu negara, Kali ni senyap, Sebab Apa ? Sebab depa tahu semua benda tu berlaku dari zaman UMNO dan Najib memerintah.. takda kaitan dengan DAP.. Kalau ada kaitan kerajaan hari ini, PAS dan UMNO akan Round satu malaysia hasut rakyat dan bani Melayu dan Lebai..

APABILA 'SI KITOL' MAHU TENTUKAN UCAPAN PRESIDEN DAN PEMBAHAS


APABILA 'SI KITOL' MAHU TENTUKAN UCAPAN PRESIDEN DAN PEMBAHAS

Mahu jadi pemimpin mesti bersedia untuk mendengar pujian atau kritikan dari suara bawahan. Jika berhati tisu atau hanya mahu mendengar puji-pujian sahaja, kamu boleh lupakan cita-cita atau bermimpi untuk menjadi pemimpin. Kamu mungkin layak jadi "dewa" yang disembah oleh kartel kamu.

Di dalam ucapan dasar Presiden Keadilan sewaktu merasmikan Kongres Nasional Keadilan di MITC Melaka pagi tadi, beliau banyak bercerita tentang sejarah 'Si Kitol dan Mandeliar" sebagai nasihat kepada semua pimpinan dan ahli parti. Beliau turut bercakap soal ekonomi negara dan apa kehendak rakyat setelah PH menguasai kerajaan. Presiden turut mengingatkan pimpinan tentang sifat ego dan sombong serta lupa daratan yang boleh merosakkan pemimpin itu sendiri dan lebih teruk akan merosakkan imej parti. Soal disiplin juga turut disentuh oleh Presiden kerana ini asas kekuatan parti.

Friday, December 6, 2019

Hebatnya harga rumah generasi kedua baru Felda zaman BN dengan RM500K sebiji


DUIT LESAP, RUMAH TIADA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2018 YANG
DIKELUARKAN PADA ISNIN (2 DISEMBER 2019)
MENDEDAHKAN:

Felda hanya bina 1,498 buah rumah, padahal ia sepatutnya bina 20,000 buah di bawah Projek Rumah Generasi Baru Felda (PGBF).

Paling mengejutkan! 87% daripada peruntukan telah diguna tetapi Felda tidak bina rumah.

Dalam pada itu, dari 1,498 unit yang dibina, cuma 792 buah telah diserahkan. Ini bermakna, hanya 4% daripada 20,000 buah rumah itu telah diserahkan peneroka Felda. Satu tamparan ke muka orang Melayu yang telah mengundi Barisan Nasional (BN) selama berpuluh tahun.

Peneroka Felda Bangsa Melayu — Rumah Generasi Pertama

Ini menunjukkan bahawa RM757.86 juta telah dibelanjakan untuk membina 1,498 buah rumah itu. Jadi, kos sebuah rumah RM505,914 ! Rumah bernilai setengah juta ringgit tentulah sebuah rumah agam atau banglo mewah untuk keluarga peneroka di kawasan pedalaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...