Friday, December 27, 2019

Jawi - Kerajaan PH sudah beberapa kali berundur ikut pandangan rakyat, sekarang siapa pula yang nak berundur?

Jawi – siapa nak berundur?  S.Arutchelvan


Hari ini saya menghadiri satu forum bertajuk Forum Jawi – Saling memahami anjuran GBM – Gabungan Bertindak Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini complete adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim dari Kementerian Pendidikan. 

Saya berpendapat dalam satu forum yang dihadiri oleh semua kaum, maka semua pandangan semua ahli panel pelbagai kaum masuk akal dan rasional. Mereka berdialog dan meluahkan isi hati secara terbuka. Saya juga mula memahami sudut pandangan Dong Zong dan juga penjelasan yang begitu baik dan profesional oleh wakil Kementerian. 

Namun saya bayangkan, jika forum tersebut hanya dihadiri oleh satu kaum dan ahli panel dari kaum tersebut, maka kita dapat bayangkan tuntutan-tuntutan dan jeritan slogan yang akan disambut dengan emosi tinggi dan nada tinggi. Maka akan berebut-rebutlah orang untuk memenangi pingat emas untuk pandangan yang paling radikal.

PANAS!! Pendedahan pegawai menteri PH berkenaan elaun yang di 'claim' sejak memerintah..!


Sekarang viral mengenai gaji dan elaun Menteri. Byk jugak yang viralkan keratan akhbar ni untuk membelasah Pakatan Harapan dan menuntut elaun Menteri dipotong.

Saban bulan, saya turut menguruskan claim Menteri. Banyak juga benda yang dia langsung tak claim seperti bil elektrik dan air rumah beliau. Sejak mula masuk office tak pernah dituntut. Bil telefon juga sama. Dia kata dia mampu bayar tanpa duit kerajaan. Claim luar negara pun walaupun isteri beliau berkerja rasmi sama, tak pernah dituntutnya. Claim perabot rumah semua tak diambil. Rumah kerajaan pun tak digunanya.

Saya dah bekerja dgn 4 orang Menteri. Termasuk Menteri BN. Masing2 ada kelebihan. Tapi bab berjimat ni saya angkat tabik hormat kepada Menteri saya yang ini.

Jadi bila ada fitnah teruk macam ni, saya rasa sgt tidak adil. Ada yang cakap ni keratan akhbar tahun 2016. Dan ia berpandukan maklumat dalam Internet sahaja dan bukan fakta sahih daripada JPA.

Thursday, December 26, 2019

Apa yang pakat kalut bab ELAUN KRITIKAL yang di mansuhkan, nama pun elaun!!


Elaun kritikal

1) Apa cerita?

Kerajaan baru-baru ni mengumumkan yang pelantikan Pegawai kerajaan baru bermula daripada 1 Jan 2020 tidak lagi akan menerima elaun kritikal.

Tapi sebenarnya bukan hanya elaun kritikal, secara keseluruhan ada 9 elaun yang dimansuhkan terus

- Bayaran insentif angkat najis
- Bayaran insentif menaip jawi
- Elaun keraian Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan
- Elaun khas penolong pemungut hasil tanah
- Elaun operator gangguan elektrik
- Elaun penyelia bilik taip
- Elaun tilikan trigonometric observation
- Insentif profisiensi Bahasa Inggeris
- Bayaran insentif perkhidmatan kritikal

Post ni cuma nak cakap berkaitan yang perkhidmatan kritikal sahaja.

2) Apa itu elaun kritikal?

Elaun kritikal ni elaun yang diberikan kepada perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh Kerajaan, mempunyai ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatannya sukar dilakukan.

Dia bukanlah elaun yang diberikan disebabkan belajar lama, belajar susah atau kerja long hour (malahan yang ni ada bayaran OT)

3) Kenapa dimansuhkan?

Jawapan rasminya adalah ianya tidak lagi menepati syarat jawatan-jawatan ini sebagai 'kritikal'

Bermaksud 'supply' untuk mereka yang berkerja dalam bidang ini tidak lagi rendah. Sekaligus menjadikan pengisian jawatan tu tidak lagi sukar untuk dilakukan.

Wednesday, December 25, 2019

PESURUHJAYA PAS KEDAH AMBIL MAKLUMAT TEPI LONGKANG


25122019 | Rabu

PESURUHJAYA PAS KEDAH AMBIL MAKLUMAT TEPI LONGKANG

Saya terbaca kenyataan media Pesuruhjaya Pas Kedah, Ustaz Ahmad Yahya beberapa jam yang lalu membuat kecaman kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato Seri Dr Mujahid Yusof berdasar maklumat yang beliau ambil dari lapuran dan maklumat yang salah.

Ini lah contoh walaupun berada di posisi nombor satu dalam Pas Kedah, namun pemikiranya tidak melambangkan kedududukan politiknya.

Dibawah adalah kenyataan jawapan kepada kenyataan media tersebut :

Daerah PENDANG alami masalah kekurangan mesin ATM!


Assalamualaikum,

Saya sebagai warga Pendang dengan ini ingin memberi tahu kepada "orang atas" sana bahawa kami sekarang hadapi masalah mesin ATM untuk keluarkan duit.

Masalah ini berlaku rentetan dari tutupnya CIMB di Pekan Pendang. Sekarang ini warga Pendang terpaksa bergantung kepada mesin ATM di Stesen Minyak Petronas dan beberapa mesin ATM di bank berdekatan.

Paling bermasalah sekarang warga Pendang tertumpu di PETRONAS menyebabkan ia menjadi padat dan sesak.

Diharap pihak yg terlibat seperti AHLI PARLIMEN, ADUN kawasan nie tengok dan selamilah masalah rakyat Pendang ketika ini.

Warga Pendang Prihatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...