Sunday, December 29, 2019

BAWANG OH BAWANG.. APA PUNCA SEBENARNYA?

BAWANG OH BAWANG

Posting sedikit panjang

1. Dua tiga menjak ni, bawang merah naik harga dengan mendadak. Harga satu kilo bawang merah sekarang ialah RM10-RM15 berbanding RM5-RM8 sebelum ini. Yang paling terkesan ialah peniaga PKS yang jual dan pack bawang goreng, surely la merungut dan marah sebab harga naik hampir 100 kali ganda. Belum kira lagi peniaga restoran dan lain-lain yang berkaitan.

2. Pihak pembangkang pun apa lagi, dok meratib siang malam pasal isu harga bawang merah naik. Habis Menteri KPDNHEP kena sembur bersekali dengan Menteri MOA. Menteri MITI pun turut kena troll sebab melibatkan import barangan dari luar negara.

3. Pada saya, elok lah bagi pembangkang meratib. Bagi la diaorg bising dan troll Kerajaan. Sekurangnya mereka buat kerja mereka. Masa PH jadi pembangkang dulu pun, PH meratib benda sama kalau barang naik harga, kan?

Saturday, December 28, 2019

Disenaraikan antara kejayaan 30 perkara PH dah buat untuk rakyat tapi pembangkang buat² tak nampak..


ANTARA KEJAYAAN KERAJAAN DI BAWAH PH YANG BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN MENTADBIR

1. JAKIM terus diperkasakan. (PAS UMNO kata JAKIM nak dimansuh)

2. Pusat Tahfiz diperkasakan melalui Dasar Tahfiz Negara. (PAS UMNO kata kerajaan nak tutup tahfiz)

3. 5000 guru KAFA bakal diserap ke jawatan tetap. (PAS UMNO kata Islam terancam)

4. Tabung Kebajikan Guru Kafa dilancarkan berjumlah RM 2.6 juta (PAS UMNO kata Islam makin ditekan)

5. Tabung Haji berjaya menambah jumlah deposit baharu hampir RM 1 billion. (PAS UMNO kata TH dikuasai bukan Islam)

6. Kuota jemaah haji bertambah dan kouta bagi menteri dimansuhkan. (PAS UMNO kata kuota makin terancam)

7. Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM 5 juta (PAS UMNO kata Islam terus terancam)

8. Masjid RAHMAH diperkenalkan. (PAS UMNO rilek je guna masjid untuk kutuk kerajaan)

Taktik Terkini burukkan PH dengan berselindung di sebalik TANDA SOAL.. kini viral isu SUBSIDI HAJI


Tanda soal subsidi haji

1. Kali ni pakai tanda soal lagi. Sepatutnya kalau hang tak pasti dan tak tau, tak payahlah buat berita. Hang nak tanya sapa? Hang pilah tanya TH sendiri. Orang yang membuat rakyat tak tenteram tu tak dapat apa selain dosa. Apatah lagi kalau hang menyebabkan orang maki hamun sasaran hang. La ni mungkin la hang ketawa, tapi esok lusa hang diketawakan sebab pikoi bangkai dosa buat fitnah. Ingat tu hai blogger miskin.

2. Saya sebenarnya malas nak jawab sebab isu ni isu lama yang diputar semula oleh blogger Myutaranews yang agaknya kekeringan modal untuk merancak program kebencian awam terhadap YB Menteri.

3. Namun kerana dah ramai sangat hantar mesej peribadi tanya saya maka saya jawablah tentang perubahan yang wajib dilakukan TH demi kelestarian dan kestabilan dana TH. Memandangkan sebelum ni sehingga 1 Okt lepas saya bertanggungjawab tentang soalan dan jawapan di Parlimen maka saya banyak berinteraksi dengan pegawai tertinggi TH yang memaklumkan 'masalah' orang kita. Ini saya akan cerita kemudian.

Wee Ka Siong si Presiden MCA tak habis² cabar kedaulatan Islam.. Kenapa?


Apa yang kurang ajar sangat Presiden MCA nie. Semua kerja buat berkenaan KEDAULATAN ISLAM pihak dia asyik nak cabar dan pertikai sahaja.

Adakah ini disebabkan berasa bangga selepas kemenangan bergaya MCA di Tanjung Piai selepas mendapat sokongan tinggi dari UMNO & PAS. 

IKUTI LAH nasihat Dr Ridhuan Tee Abdullah 

Kerajaan PH Kedah beri RM250 sebulan kepada kaum ibu terpilih melalui program KIDA

Tahukah anda?

Kad KIDA

Kerajaan Negeri Kedah dengan Inisiatif peduli rakyat, Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang dilancarkan oleh kerajaan sejak 20 Mei lalu bakal dilengkapkan dengan pelaksanaan program 'empowerment' atau pemerkasaan kepada ahli keluarga penerimanya.

Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, program pemerkasaan itu akan memberi latihan kepada kalangan ahli keluarga pemegang kad KIDA dengan mereka akan diberi latihan mengikut bidang diminati.

"Mereka yang telah selesai menjalani proses 'profiling' akan diberi latihan dalam bidang diminati bermula November ini.

"Program ini diyakini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan usahawan muda dalam kalangan B40,"

Untuk keterangan lanjut boleh ke https://www.kidakedah.com/pengaktifan-kad

#MMFC #Kedah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...