Saturday, March 14, 2020

Kekuatan PAS bilamana ada penyokong yang taksub nak pertahankan kerja buat pimpinan mereka.

Mohd Mukhlis Mohd Sharif


Satu benda yang PAS ada yang mana-mana parti dalam Malaysia ini tak ada ialah penyokong yang taksub dan buta tuli. Buatlah apa pun, mesti lebai mereka ada dalil dan pewala akan terima bulat-bulat macam gospel. Ini yang saya sebut dalam semalam, mereka menjadikan paderi-paderi mereka sebagai tandingan untuk Allah.

Mula-mula dia kata saya fitnah Takiri sebab dia kata kuliah itu di rakam waktu bulan februari, lepas kantoi yang kuliah itu memang hari ni ( baca facebook tulis WAS LIVE 2 hours ago) , dia putar pula kata yang Menteri bukan penjawat awam. Lepas tu putar kata Menteri nak kongsi ilmu, kalau nak kongsi ilmu jadi pensyarah; belajar dengan Muein Tajuk Abadi macam mana nak jual nama Universiti lepas tu minta maaf sebab memfitnah. 

Lepas itu bila masa menteri nak buat kerja kalau asyik nak bagi kuliah? Ada tengok Teresa Kok sibuk bagi kuliah masa dia jadi menteri? Yang pasti Teresa siapa pergi cari pelaburan getah dan sawit sampai ke luar negara; kalau duk bagi kuliah; siapa nak beli getah dan sawit Malaysia wahai Razzman?

Friday, March 13, 2020

LIM GUAN ENG DIMATA TUN M.. ANTARA FITNAH & REALITI


Selepas kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran daripada percaturan politik dan pengkhianatan Mohamed Azmin Ali serta rakan-rakannya, DAP menjadi sasaran fitnah dan dakwaan tidak berasas pelbagai pihak.

DAP dikatakan kononnya menjadi penyebab PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan mentadbir Putrajaya. Pelbagai tuduhan jelek mengisi naratif yang dicipta pihak yang mahu terus menyalahkan DAP.

Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan mereka yang nampak seperti begitu arif dan fasih dengan apa yang berlaku, walhal yang lebih tahu adalah Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Jemaah Menterinya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri kerajaan PH, dalam hal ini, sekurang-kurannya adalah pihak yang lebih layak untuk memberikan pencerahan terhadap segala dakwaan dan tohmahan yang berlegar kerana Kabinet adalah di bawah kuasanya.

PAS - dari zaman PR dahulu sehingga zaman PN sekarang..??

Dari FB Ruzaihan Junit.


Kepada rakan-rakan aku yang bukan muslim, janganlah kaitkan Pas dengan Islam. Sungguh kepimpinan Pas dibarisi mereka yang gelarkan diri mereka ulama, tapi perbuatan mereka jauh dari sifat ulama.

Sesetengah hukum dalam Islam sememangnya dinamik, berubah mengikut zaman. Akan tetapi bukanlah boleh berubah sesuka hati. Ianya memerlukan penilaian bukan seorang, bukan dua orang tetapi sekumpulan besar ulama tajdid. Ulama yang khusus ilmunya, bukan setakat yang lulus jurusan bahasa Arab.

Pas telah menyalah gunakan title ulama dengan mengubah hukum mengikut kepentingan parti sedangkan Islam tidak begitu. Sekadar menyebutkan beberapa perubahan hukum oleh Pas;

1. GST haram ketika dalam Pakatan Rakyat. Kemudian dibolehkan sesudah meninggalkan PR. Dan mungkin akan berubah menjadi afdhal jika Muhyiddin mahu laksanakan.

2. Isytihar harta sesuai menurut Islam ketika dalam PR. Kemudian jadi dilarang dalam Islam ketika PH memerintah dan Pas bersama BN. Kini bersetuju pula (bermakna sudah dibolehkan) selepas Muhyiddin keluarkan arahan.

COVID-19, PANDEMIK & TANDA KIAMAT - Kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.

TANDA KIAMAT: WABAK PANDEMIK.


Lebih kurang 2 jam yang lalu, badan antarabangsa, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.

Pandemik adalah peringkat wabak yang kritikal & paling berisiko ke atas semua orang. Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara. Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia.

⚫ Ingatan Nabi.

Baginda telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.

ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ

"Kemudian berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya kambing" - hr Bukhari.

Ibnu Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia adalah penyakit taun yang mematikan. Sementara Ibnu Athir berpandangan ia adalah penyakit yang mematikan ramai orang, berlaku di banyak tempat.

Nabi menggambarkan bencana wabak di ambang berlakunya kiamat, menyebabkan nyawa manusia ibarat seperti kambing. Statistik kematian yang kian bertambah, memperlihatkan nyawa manusia seakan-akan sudah kehilangan nilai.

Sunday, March 8, 2020

MASIH INGATKAH MUHYIDDIN PADA NASIHAT DAN PENGORBANAN ANWAR?


Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...