Monday, July 6, 2020

AKHIRNYA UMNO TERSUNGKUR DI KAKI BERSATU...??


1) INI #MENARIK. Ia membuktikan apa yg saya tulis sebelum ini bahawa PN dan M(B)N akan bergelut dlm koalisi yg longgar utk kalahkan PH di PRU15 nanti.

2) Muafakat mereka sgt longgar dan "fragile" berbanding PH yg dilihat ketika ini sdg berantakan kerana seorg tua dihujg hayat politiknya. Tapi itu hanya sementara kerana ketokohan DSAI seringkali terbukti menjadi "GLUE" kepada pembangkang di saat kritikal. Dia sebenarnya seorg pendamai teruji yg sering membina jambatan bukan #K3 yg angkuh tapi berlagak jaguh.

3) Sikap PA$ yg sygkan harta dunia berbentuk jawatan atau ghanimah yg ditaburkan oleh PM Abah Yiddin menyebbkan gagasan PN diterima dan M(B)N terus terabai. Tiada lagi aktiviti dan kenyataan bersama M(B)N sejak terbina KERAjaan Melayu Islam Tebuk Atap (KERAMITA).

MySejahtera - Kawan kita mula ragu. Anda?


Berdasarkan pendedahan Scrut bahawa syarikat yang membangunkan Apps MySejahtera (yang kita scan QR Code masa nak masuk pasaraya atau mana2 tempat tu) adalah syarikat Singapura. Soalnya selamatkah data kita berada dalam base syarikat asing? 

Tetapi MKN kata ia syarikat tempatan. 

Mana satu yang betul?

Baca berita di sini: https://gemilangdaily.com/hasil-carian-mendapati-kpi-soft-yang-bangunkan-mysejahtera-memang-milik-warga-singapura/

Maka MKN mesti membuat penjelasan segera. Informasi MKN mesti dibuktikan benar dan menolak fakta sebaliknya yang ditemui pihak lain yang bebas. 

Satu perkara lagi, pihak yang kempen Buy Muslim First ketika mereka pembangkang dulu telah menjadi kerajaan. Berdasarkan penemuan Scrut, kenapa kini mereka tidak membeli Apps yang dibangunkan oleh muslim? 

Saturday, July 4, 2020

Kembali ke sekolah nak ikut SOP yang mana satu.. PENGARAH atau KEMENTERIAN?

Khamis, 2 Julai 2020 | 9.00am
Sungai Limau


1. Saya dihujani rungutan dari ramai Guru Besar/Pengetua serta waris seluruh negeri, yang menyatakan rasa kurang selesa dengan tindakan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah (JPN) yang mahukan sekolah memulakan sessi pembelajaran secara optimum dengan memaksimumkan penggunaan bilik darjah yang sediada tanpa perlu menentukan kaedah-kaedah seperti yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Mana satu nak ikut? SOP seperti yang telah digariskan MOE atau Pengarah?

3. Pengarah suruh operasi secara optimum, kalau kelas atau bilik darjah ada 35 murid, maka susun atur meja perlu boleh menempatkan 35 murid walaupun terpaksa rapat ke dinding. Sedangkan garis panduan/SOP yang ditetapkan oleh MOE adalah, memberikan ruang kepada Guru Besar/Pengetua menentukan kaedah yang paling sesuai dan patuh SOP.

Surat mintak jawatan dekat MB KEDAH..!!

alhamdulillah.. nampaknya semakin ramai dok tawar kan khidmat 
kepada MB KEDAH untuk menyumbangkan bakti kepada negeri KEDAH..
semoga tawaran depa ini bukanlah sekadar untuk megisi dan memenuhi poket
dengan elaun-elaun dari wang rakyat tetapi tawaran mereka adalah untuk
memberikan sumbangan bakti kepada negeri KEDAH tercinta...

Semoga pihak MB KEDAH mempertimbangkan permohonan mereka ini..


Warga Prihatin
KEDAH DARULAMAN

Kes Zahid: Pengarah syarikat kata cek RM447k untuk bayar gangster


Malaysiakini
Seorang pengarah syarikat berkata sekeping cek syarikat berjumlah RM447,773.42 kepada akaun pemegang amanah firma guaman Lewis & Co, digunakan untuk membayar gangster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor.

Pengarah Cergas Murni Sdn Bhd, Paul Latimer memberi keterangan dalam perbicaraan membabitkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata, cek Maybank bertarikh 29 Mac 2016 itu digunakan untuk membayar wang perlindungan kepada gangster berkenaan.

Bagaimanapun, saksi ke-73 perbicaraan kes pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah membabitkan Ahmad Zahid itu, tidak menjelaskan secara khusus gangster yang dimaksudkan.

Latimer, 79, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Harris bertanya Latimer tentang perenggan kelapan keterangan saksi itu, yang menyatakan cek berjumlah RM447,773.42 diserahkan kepada pengurup wang Omar Ali untuk “menyelesaikan masalah” semasa projek membina Jambatan ke-3 Klang, Selangor, antara tahun 2014 dan 2017.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...