Friday, June 18, 2021

TAHNIAH PN... sudah 600K isi rumah M40 sudah jatuh ke kategori B40..!!!

 

Ini yang aku katakan. Akan datang M40 akan mengecut dan B40 akan berkembang. Kalau PN memerintah dan tiada langkah drastik diambil, menjelang Jun 2022 kita mungkin tinggal T20, M20 dan B60.
Lebih parah lagi, mungkin T10, M20 dan B70. Yang M20 tu bukan mereka yang dapat kekal dalam kelompok itu. Tapi 50% adalah mereka yang jatuh dari kelompok T20. Itulah yang kau risaukan.
Dah lama dah aku sebut benda ni. Sebab tu aku pernah tulis aku sanggup lihat PH bersama UMNO asalkan PN jatuh. Kerana kerosakan yang PN bawa memang tidak terbendung. Kita semua akan kena kesannya.
 
astro awani - KLIK SINI 

PERBEZAAN ANTARA UMNO DAN PAS WALAUPON SAMA2 DALAM KERAJAAN PN, TAPI PAS MENYOKONG KEMUNGKARAN


Pemimpin2 tertinggi Umno seperti Najib, Zahid, KP Pemuda Umno dll pemimpin Umno,  ada banyak juga yang bersuara perjuangkan permasalahan rakyat ketika ini dan banyak mengkritik Muhyidin Kerajaan PN.

Kecuali MP2 UMNO yang dapat jawatan dengan Muhyidin, puak2 ini bermasalah sikit.

Hadi Awang jarang rakyat dengar sebut kos sara hidup meningkat yang membebankan rakyat sejak Muhyidin jadi PM sailang jawatan.

Hadi tak krikitik pon kesalahan, kelemahan yang tersangat lemah Muhyidin mentadbir.

PAS tak pernah sebut perlunya buka parlimen segera.

APABILA TITAH TUANKU DIREMEHKAN, BAGAIMANA PULA DENGAN SUARA RINTIHAN RAKYAT?


 Rakyat minta dia tutup kilang untuk seketika, dia kata Covid naik sebab ziarah raya. 

Lalu dia tutup masjid dan peniaga kecil tapi benarkan kilang.

Rakyat suruh dia buat Full Lockdown, dia buat Fool Lockdown.

Rakyat kata kerajaan gagal kawal Covid, dia kata kerajaan berjaya sebab kes hanya 4,900 sehari dan bukan 13,000.

Rakyat tuntut moratorium pinjaman automatik, dia jawab kerajaan tak kawal bank.

Rakyat minta i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0, dia kata KWSP bukan bank.

Thursday, June 17, 2021

JIKA DI THAILAND LANGGAR ARAHAN RAJA AKAN DI HUKUM.. DI MALAYSIA..??


Di Thailand, Raja dia keluarkan Dikri atau mohor yang mengandung perintah. Jika perintah itu di engkar oleh siapa yang kena perintah.. Akan di tangkap dan di penjara tanpa bicara. Thailand juga mengamalkan Monarki Perlembagaan.

2. Di Malaysia yang selalu bangga dengan nama Raja Berperlembagaan. Bila keputusan dibuat dengan kenyataan Penyimpan Mohor Raja-Raja yang bermaksud di keluarkan Dikri atau mohor Raja ia itu perintah.

3. Menjadi pelik Dikri itu di pertikaian. Melalui orang-orang Perdana Menteri dari Speaker Dewan Rakyat hingga para Menteri atau ringkas anggota Parti yang bergabung di Perikatan Nasional.

Tuesday, June 15, 2021

ANWAR BERIKAN CARA DAN KAEDAH NAK ATASI MASALAH PANDEMIK DAN EKONOMI NEGARA..


 Strategi Keluar Dari Pandemik

1) Mentor saya pernah sebut pada saya yang "when you come to me with a problem, you better have a solution ready". Benda ini yang saya pegang dari dulu yang mengajar saya untuk berfikir secara kritikal sebelum bertanya. Sebab itu bila saya menulis atau mengkritik, saya sudah ada penyelesaian terhadap apa yang saya kritik. Jadi sebab saya kritikal, saya tak kisah kalau orang hendak kritik saya balik; it works both ways, baru dari situ kita boleh bezakan idea mana yang bagus.

2) Saya baru tonton strategi Keluar Dari Pandamik oleh Anwar Ibrahim dan saya sendiri amat berpuas hati dengan penjelasan beliau. Cara yang dipakai dan laras bahasa nampak macam yang memberi penerangan itu tahu dan pakar dalam bidang dia (subject matter expert). Sebab itu Anwar bawa sekali Dr Wan Hasni untuk membantu beliau memberi penerangan untuk cover mana-mana yang kurang. 

3) Strategi Anwar untuk keluar dari pandamik sangat jelas. Satu, kenal pasti masalah yang sedia ada, kedua; merancang rawatan untuk masalah tadi dan ketiga; rancangan masa hadapan (masa panjang) selepas keluar dari masalah tadi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...