Monday, September 13, 2021

BROUGHT IN DEAD.. Apakah kita pakat bertawakkal saja..??

 


Kes kematian akibat Covid-19 di Kedah yang dilaporkan pada 12 September 2021 berjumlah 36 kes, 29 daripadanya atau 80.5 peratus adalah dikategorikan sebagai 'brought in dead' atau kematian di luar hospital.
 
Trend kematian di luar hospital atau BID di negeri ini semakin membimbangkan terutama selepas kemunculan varian baru yang dikatakan tidak mempunyai sebarang gejala. Varian baru ini telah mula dikesan dan merebak di Kedah sejak awal Julai lalu.
 
Namun sehingga kini belum ada tanda-tanda sebarang usaha gigih dilakukan oleh pemerintah negeri untuk mengekang penularannya selain masih bergantung kepada strategi sekatan pergerakan dan menunggu kadar vaksinasi lengkap meningkat dengan sendirinya. 
 
Maksudnya kita pakat bertawakkal saja laa..
 
~grand imam vip~
 

Sunday, September 12, 2021

INDONESIA DAH BERJAYA LANDAIKAN KES KEPADA 5 RIBU KES.. ADA APA DENGAN V4KSIN?


1- Hari ini, Indonesia sudah catatkan Kes Positif Covid-19 diantara 5-6 Ribu kes Sehari berbanding 40-60 ribu kes sehari 2 bulan lepas.. Sedangkan Indonesia tidak melaksanakan Full Lockdown.. Malaysia yang melaksanakan Lockdown terlama, dah bermacam jenis Lockdown dan Program Pemulihan dilaksanakan, masih terkial kial mencari jalan keluar dari Terowong.. 

2- Tahu atau tidak, Vaksinasi di Indonesia baru capai 24%.. dah yang sudah lengkapkan dos kedua hanya baru 14%.. Maklumlah Populasi Indonesia hampir 10 kali ganda Malaysia sebanyak 270 juta Rakyat.. Sedangkan Malaysia sudah melepasi 68% yang mana rakyatnya hanya 32 juta penduduk..

3- Indonesia berjaya landaikan kes dia tanpa menutup Ekonomi dan buat kerja Bodoh seperti Malaysia, Itu sebab aku sejak awal menulis bagaimana Jokowi memperlihatkan kebijaksanaan, Bila mengatakan " Kebijakan pemerintah Itu penting dalam Memahami sifat Virus(Wabak) yang sering berubah, Dan tindakan juga mesti berubah dalam mengimbangi kesan Kesihatan dan Ekonomi.. 

Sunday, September 5, 2021

ANTARA PERLEKEH ULAMA PAS DAN ULAMA JAHAT..!!

 



No Anwar, No DAP... sampai bila dan kenapa..?


 No Anwar, No DAP.

Ok fine. Pilihan masing-masing. Tapi apa punca yang tak mahu sangat dengan DS Anwar? Sebagai rakyat, apa yang DS Anwar dah buat kepada korang?

Kalau tanya kepada macai UMNO, Cai Bunga dan Walaun, takkan ada seorang pun yang boleh beri jawapan yang jelas kenapa, secara peribadi, mereka benci DS Anwar.

Semuanya sentimen kebencian yang meresap dalam jiwa mereka itu datangnya dari pemimpin mereka. Bukan yang lahir dari hati mereka sendiri.

Tuesday, August 31, 2021

APABILA MERDEKA TV AKAN TAYANG CERITA KOMUNIS, SIAPA YANG JAJAH NEGARA SEBENARNYA NIE?


 Makin ramai yang persoalkan tv kerap tayangkan filem lawan komunis bila tiba bulan kemerdekaan sedangkan Malaysia tak pernah dijajah komunis.

Aku pernah tulis dulu. Orang Melayu tak pernah lawan penjajah. Even Jepun pun penentangan tak begitu kuat. Yang jadi tali barut pun ada.

Penentangan orang Melayu terhadap komunis pun atas doktrin British yang Komunis akan hapuskan agama selain faktor ramai ahli komunis tu Cina. Takut Tanah Melayu kena rampas dek orang Cina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...