Wednesday, January 5, 2022

TUNM oh TUNM.. Pi balik atau Pi mampus?


 MENJAWAB MAHATHIR: SATU PERSATU
Pi balik atau Pi mampus?

Mahathir kata:
Dr. Mahathir bin Mohamad membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.

Saya kata:
Mahathir mahu bekerjasama dengan Anwar atau Anwar mahu bekerjasama dengan Mahathir? Siapa yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Mahathir pergi berjumpa Anwar di penjara atau Anwar keluar dari penjara pergi menyembah Mahathir? Ketika Anwar berusaha untuk mengambil-alih alih semula kerajaan dari Perikatan Nasional, cuba mengumpul majoriti baharu, apakah pernah Anwar berpaling dan merayu semula kepada Mahathir dan barisan Pejuangnya?

Mahathir kata:
Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya.

Saya kata:
Mahathir bukan buat tawaran untuk mengukuhkan semula Pakatan Harapan tetapi meminta Pakatan Harapan kembali menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri. Kalau saya pun, saya akan tolak bulat-bulat selepas melihat Mahathir bermain dan memperlekehkan janji yang telah dibuat sebelum itu. Lebih jahat Mahathir sanggup kehilangan jawatannya, asal sahaja dia berjaya menidakkan janji menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri selepasnya.

MISTERI : RAHSIA PETAI & MENTERI AGAMA UST DERIH..!


 

Monday, January 3, 2022

Menteri Kewangan kondem rakyat yang suruh benarkan keluar i-citra..!


 

Tauliah Ditarik Balik - Nak perli Tuanku Sultan kah?


 [ 'ibrah & perjuangan ]

Politik vs Politik Kepartian

Semalam 1 January 2022.

1. Hari pertama JAIS tarik balik Tauliah mengajar di masjid surau Selangor apabila beberapa penceramah terkenal dikaitkan politik, atau diterima banyak aduan mereka jadikan medan kuliah masjid surau sebagai medan kempen politik kepartian yg begitu ketara dan melampau. Ramai ustaz tertentu dan juak politik kepanasan. Marah, tak puashati.




2. Umum rakyat / jamaah yg meng'imarahkan masjid surau menyambut gembira keputusan JAIS ini, walaupun ada pro & con nya. Yg baik bagi mereka adalah kuliah ilmu di masjid surau akan bebas dari ceramah politik kepartian yg membangkitkan perpecahan. Ahli Kariah akan lebih selesa dan bersepakat meng'imarahkan rumah Allah tanpa dipaksa mendengar ceramah kebencian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...