Monday, January 10, 2022

TNB.. Meniaga dengan rakyat, buat untung dari hasil rakyat.. itupun nak naikkan lagi tarif elektrik..!


 Tahukah anda tarif baru elektrik akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bahasa mudahnya, bil elektrik akan naik.




Sedangkan 2021 TNB umum untung bersih lebih RM1 bilion.

Diulang, untung bersih!

πŸ™ŒπŸΌπŸ‘πŸ½

Saturday, January 8, 2022

Tun M, jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong2 dan keluarga kamu!


Oleh: Zunar.

Tun Mahathir,

Pada tahun 1998, kamu mengheret ketua-ketua polis, para hakim dan Peguam Negara untuk merekayasa sebuah fitnah seksual yang jijik bertujuan menyumbatkan Anwar dalam penjara. Ia adalah satu kospirasi peringkat tinggi bagi menghalang Anwar menjadi PM.

Ia adalah manifestasi ketakutan kamu terhadap sikap Anwar memerangi rasuah, manakala dikeliling kamu ialah para koruptor dan penjarah wang rakyat tingkat tinggi.  

Keengganan Anwar sebagai menteri kewangan untuk meluluskan wang negara bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anak kamu, Mokhzani yang mengalami kerugian berbilion ringgit menyebabkan kemurkaan kamu. Kamu marah benar bila Anwar meminta sebuah firma audit bebas, PWC untuk menyiasat Perwaja yang kerugian sekitar RM12 billion. Kenapa? Kerana ia diketuai oleh kroni kamu. Ia adalah sebuah contoh dari senarai panjang.

Jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong-cukong dan keluarga kamu.

Kes AZAM BAKI nie rakyat marhaen boleh soalkan kenapa kerajaan dan LPPR buat bodoh aja!


 semakin banyak kali AZAM BAKI buka mulut semakin banyak persoalan yg keluar..

Dan lihatlah apa yang dikeluarkan oleh LPPR

Dan anda lihatlah sebahagian netizen mempersoalkan apa yg dikeluarkan oleh LPPR..

Friday, January 7, 2022

AZAM BAKI KIAN TERBELIT DI SEMUA SUDUT...!


 AZAM BAKI KIAN TERBELIT DI SEMUA SUDUT, DEMI SPRM, LETAK JAWATAN LANGKAH TERPUJINYA 

Hanya sehari selepas mengadakan sidang media bagi membebaskan dirinya yang sedang terperangkap dalam satu lubang, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki akhirnya terperangkap ke dalam lebih banyak lubang lagi.

Bagi tujuan menepis dakwaan, sekaligus membersihkan diri kerana memiliki sejumlah besar saham dalam syarikat korporat dengan mengatakan akaun pembelian sahamnya telah digunakan oleh adiknya, beliau kini bakal berdepan kemungkinan melakukan banyak lagi kesalahan yang lain.

Sementara penjelasannya bahawa akaunnya telah digunakan adiknya begitu diragui dan sukar dipercayai, Azam seterusnya terdedah pula kepada kesalahan melanggar perintah am perkhidmatan awam, peraturan Suruhanjaya Sekuriti atau SC serta kedudukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM yang telah membersihkan namanya dengan didakwa melangkaui batas peranan yang sewajibnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...