Monday, February 28, 2022

MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK


 MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK 

1. Saya ada terbaca kenyataan PAS Kawasan Permatang Pauh yang disiarkan oleh lidah rasmi PAS Harakah bertajuk “YB Pmtg Pasir buktikan diri boneka DAP” di pautan..

 https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/24/yb-pmtg-pasir-buktikan-diri-boneka-dap/ 

berhubungg kenyataan saya berkaitan isu kontroversi penjagaan anak melibatkan Pn Loh Siew Hong. Saya menegaskan bahawa kenyataan oleh PAS tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.

2. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kenyataan saya pada 16 Februari lalu adalah bagi memberikan pandangan undang-undang hari ini bahawa penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun memerlukan kebenaran kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa. Oleh itu, penukaran satu pihak oleh ibu atau bapa (unilateral conversion) tidak dibenarkan dan boleh dibatalkan oleh mahkamah. Di mana salahnya kenyataan tersebut? 

Saturday, February 19, 2022

Cerita Seram - BN PN buat undang-undang negara macam bapak mereka yang punya..!


 Cerita seram di hari minggu
JIKA TIDAK WARAS JGN BACA

Saya tak tahu la cerita ini benar2 seram atau kelakar seram. Tapi memang tak boleh tidur malam punya cerita sb di Uganda pun tak berlaku macam ini.

Kes 1: Muhyiddin kata sewaktu beliau menjadi PM, Zahid telah bertemu dgnnya membawa fail bertimbun timbun. Rupanya fail mahkamah Zahid. Zahid minta tolong dkt Muhyiddin sb katanya dia tak bersalah….

😂😂😂 Kalau tak bersalah kau berjawablah dgn Hakim bukannya dgn PM. Ini kes mahkamah bukan kes jawatan Menteri… tapi itulah tanahair ku.

Kes 2: Dibalas oleh Mohd Razlan dari UMNO, sewaktu Muhyiddin dilucutkan jawatan sebagai TPM, Muhyiddin menangis menghubungi Zahid agar dirinya tidak ditangkap kerana pecah amanah. 

😂😂😂 Pemimpin2 ini buat undang2 negara ini macam negara ini bapa mereka punya. Boleh berunding sesama mereka. Seram beb…

Sunday, February 13, 2022

Skema Jawapan Untuk Golongan Dalam PH Yang Mahu Salahkan Anwar..!


 PRN Johor nanti...

Kalau PH enggan kerjasama dengan Muda dan PH tewas, DS Anwar akan dipersalahkan kerana tak mahu terima Muda.

Kalau PH kerjasama dengan Muda dan PH kalah, DS Anwar akan dipersalahkan juga kerana kerja sama dengan pengkhianat.

Kalau PH kerjasama dengan Muda dan menang, Muda akan dipuji sebagai faktor kemenangan PH. DS Anwar orang tak sebut.

PRN JOHOR - BN PN BERCERAI, PH BERGADUH PKR KEKIRI DAP AMANAH KEKANAN!


PRN JOHOR.. APA SUDAH JADI DENGAN BN DAN PN.. KENAPA DUN DIBUBARKAN.. BN MAHU APA SEBENARNYA... MANAKALA PH PULA KENAPA BERPECAH.. PKR KEKIRI AMANAH DAP KEKANAN.. DAN KENAPA BERSAMA MUDA..

DENGARKANLAH PENJELASAN SAHABAT KITA INI...
 

Friday, February 11, 2022

AKHIRNYA FORMULA MINYAK RAFIZI BERJAYA BAGI KENIKMATAN PADA RAKYAT SEKARANG INI..


 Harga minyak mentah setong sekarang paling tinggi sejak 2017 - dah cecah USD93 setong.

Tapi harga petrol RON95 kekal RM2.05.

Zaman Najib Razak Mac 2017, bila minyak mentah sekitar USD50+ setong, harga petrol RON95 dah RM2.30 seliter dan dinaikkan tiap-tiap minggu.

Minyak dunia sekarang sebenarnya dah naik ~2x ganda dari 2017, tapi RON95 lebih murah dari harga RON95 masa minyak mentah murah zaman Najib dulu.

Sebabnya kita lawan untuk kembalikan formula subsidi yang Najib hapuskan dan ahli politik selepas 2018 tahu rakyat akan hukum ahli politik sekiranya terlalu megah hapus subsidi untuk rakyat biasa demi projek mewah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...