Wednesday, May 4, 2022

NASIHAT UNTUK USTAQ YANG SEBUT 'PELAQ' DALAM KULIAH..!


 [Nasihat Saya Kepada Saudaraku Ustaz Husam]

Saya mendengar video terbaru Ustaz Husam tentang kononnya beliau difitnah. Beliau siap berdoa dan letakkan hadis tentang doa orang yang dizalimi.

Jika diamati dalam video awal beliau, sememangnya beliau tegaskan bahawa raya 3 Mei 2022 ikut ahli falak. Manakala raya 2 Mei 2022 ikut ahli pel*q.

Dalam video terbaru beliau kata beliau difitnah. Difitnah celah mana? Jika ada yang fitnah pun, siapa yang kata raya 2 Mei 2022 ikut ahli pel*q itulah yang fitnah bagi saya. Itu jelas fitnah kerana ahli falak dah kata raya sememangnya 2 Mei 2022 setelah cerapan dibuat.

VIDEO

Sunday, May 1, 2022

MARC VALES : PEMBELIAN IMPORT ATAS REPUTASI , TAKTIKAL ATAU TANGKAP MUAT?


 MARC VALES : PEMBELIAN IMPORT ATAS REPUTASI , TAKTIKAL ATAU TANGKAP MUAT?

Liga Super dah masuk ke perlawanan yang ke 6 didapati keputusan yang pasukan KDAFC capai tidaklah begitu memberangsangkan walaupun kedudukan carta liga kita berada di pasukan kelompok atas. 

Tahun ni kita dapat saksikan banyak perkara berlaku bagi pasukan KDAFC antaranya salah satunya ialah isu pertahanan pasukan yang dilihat agak kurang baik dimana pasukan KDAFC telah mencatatkan jumlah bolos yang agak tinggi bagi 2 perlawanan sahaja.

Isu pertahanan & midfield bertahan pasukan bukan untuk tahun ini saja jadi masalah musim sebelum ini pun perkara ini masih berulang. Musim ni difahamkan pasukan KDAFC telah membuat perubahan drastik banyak pemain-pemain baru telah masuk dan sudah pastinya pemain import semua bertukar baru.

Thursday, April 28, 2022

ADA PIMPINAN PH YANG SEMAKIN HILANG ARAH TUJU PERJUANGAN..!


 PH dah belajar belum dgn situasi yg berlaku di Melaka & Johor? Puas dah nganga buka katup mulut ? Akhirnya rayuan pembangkang minta serapkan ahli adun dlm kerajaan yg punyai kuota jawatan pelbagai di tolak mentah.


Ni nak habaq...padanlah muka!


Apa yg rakan karya tak cakap dulu semasa PH berjaya memerintah pd 2018? Berulang kali kata lantikan jawatan tu beri kpd ahli dalaman, bukan dok pi jemput lawan masuk dalam. Nak ketelusan itu biarlah kena tepat pd caranya. 


Ratusan ahli Jasa dok piket, panggil Gobind Singh Deo huloq ayaq mata kata anak bini nak makan, di serapkan pula ke SKMM. Belen di serap ke organisasi lain. 

Wednesday, April 6, 2022

LIGA SUPER : TEAM ANWAR vs TEAM NAJIB


 Oleh Iswardy Morni

Saya ni nak bagi analogi kompleks nanti ramai tak faham. Maka saya bawa kisah pemiihan dalam PKR ni seperti satu pasukan bola.

Saya bayangkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai penjaga gawang (goalkeeper) yang memastikan musuh tidak score dan menyekat pemain sendiri score goal sendiri. Beliau berjaya melakukan perkara itu selama tempoh ini.

Anwar Ibrahim saya bayangkan sebagai striker yang menendang masuk bola ke pintu gawang musuh.

Pasukan ini kukuh sebelum ini. Namun, kini sudah mula malap setelah banyak ahli pasukan lari setelah dapat offer lebih tinggi dari kelab kelab lain.

Dari sini kita kena sedar. Tidak kira betapa hebatnya striker, winger atau defender, "jantung" kepada satu pasukan bola sepak hebat yang menghubungkan semua posisi ini ialah seorang MIDFIELDER. Seorang midfielder yang HEBAT akan berperanan mengucar kacir pihak lawan dan juga dapat menyusun strategi hantaran untuk disudahi oleh striker sama ada secara direct atau melalui winger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...