Monday, September 19, 2022

BN PN GAGAL URUSKAN NEGARA HINGGA KINI ALIH-ALIH RATIB PH YANG GAGAL..


 ALIH-ALIH

Mahiaddin Yassin yang merupakan pengerusi Majlis Pemulihan Negara lantikan Ismail Sabri berkata jika Ismail Sabri terus gagal pulihkan ekonomi lebih baik adakan segera pilihanraya agar rakyat dapat memilih sebuah kerajaan baru yang lebih cekap.

Ismail Sabri yang merupakan Perdana Menteri yang melantik Mahiaddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara pula menjawab jika dia dilihat gagal pulihkan ekonomi maka Mahiaddin juga turut menyumbang kegagalan itu kerana Mahiaddin ialah pengerusi Majlis Pemulihan Negara malah ada di antara anggota Jemaah Menteri Ismail Sabri adalah pemimpin parti Mahiaddin.

Thursday, September 15, 2022

BERCELARU TULISAN HJ HADI....MANA DALIL, FAKTA DAN DATA..?


 NAK TOLAK PH PUN.. BAGI LAH DALIL ADA KAITAN.. BERCELARU TULISAN HJ HADI..

Tadi ada kawan bagi artikel harakahdaily tulisan Haji Hadi.. Tajuk dia PAS tolak PH.. Takpe lah Tolak.. Nak tengok jugak Hujjah dia.. Bila baca bersimpang siur sesat tulisan Haji hadi.. ayat Quran yg dia petik takda kaitan dengan Politik pun.. sampaikan ayat janji setia dengan Nabi..Kejadian alam pun mauk sebagai Hujjah... 

Politik adalah Politik.. Takda kaitan dengan urusan Aqidah, Janji setia.. Atau kaitan dengan Surah Ibrahim tentang Iman, Pegangan 2 Kalimah Syahadah dengan Politik.. Politik ini urusan Ijtihadi.. Bukan I'etiqad.. Kita bukan Syiah.. Politik, Konsep Imamah dijadikan urusan Iman.. Patut ada Ustazah kat Terengganu sorang hat mengaji kat Rusila anggap perlantikan PM baru ada kaitan nak lawan Kuffar dan org Munafiq.. Bila Tok Guru pun sesat kefahaman Beragama..Apalagi anak murid dan pentaksub..

Wednesday, September 14, 2022

ADA 15 MP UMNO SETUJU SOKONG ANWAR JADI PM TAPI BELIAU TOLAK!!



 

TH JUAL ASET - DAH 2X DIDAPATI FITNAH USTAZ PAS MASIH SEMBUNYI DAN MEMBISU..,


 SEMBUNYI

Setakat hari ini rasanya sudah dua (2) keputusan Mahkamah yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah PH yang DAP adalah Menteri Kewangan tidak menjual aset Tabung Haji kepada bukan Islam seperti yang ditohmah puak PAS dan Umno.

Sebelum ini Mahkamah di Kelantan putuskan menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Jeming Hassan.

Hari ini Mahkamah Sesyen Shah Alam juga menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Dr. Mujahid berkaitan isu yang sama.

Mahkamah memutuskan bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada bukan Islam seperti yang dimainkan oleh Dasuki justeru menolak tuntutan fitnah beliau. 

Dr Mujahid Yusof Rawa Menang Kes Saman Fitnah Ulama Pas Ust. Dusuki Rani.


 Dr Mujahid Yusof Rawa Menang Kes Saman Fitnah Ulama Pas Ust. Dusuki Rani.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini telah menolak Saman Fitnah yang difailkan oleh Ust Dusuki Rani terhadap Dato Seri Dr Mujahid Yusof berhubung dengan dakwaan isu penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam.

Mahkamah juga mengarahkan Ust Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000.00 kepada Dato Seri Dr Mujahid.

Saman Fitnah ini difailkan rentetan daripada twitter Dato Seri Dr Mujahid pada 22/11/2020:

“Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa…berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri…hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya…Allahu Mustaan”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...