Friday, February 23, 2018

BETULKAH DALAM AMANAH TAK ADA ULAMA?

1. Aku dipanggil ustaz sebaik saja aku bekerja dgn sebuah agensi agama kerajaan. Semua kakitangan agensi itu dipanggil ustaz oleh orang ramai termasuk kakitangan rencam dan perkeranian.

2. Jujurnya, aku tidak pernah meminta apatah lagi rasa kecil hati kalau aku tak dipanggil ustaz. Cuma, dalam kuliah dan dlm pergaulan, disebabkan aku tidak ada title datuk dan belum menunaikan fardu haji, orang gunakan panggilan hormat ustaz kepada aku.

3. Yalah, kalau ada datuk akan dipanggil datuk dan kalau dah berhaji akan dipanggil haji. Orang yg mesra dgn aku boleh saja panggil encik tapi mungkin mereka rasa panggilan itu agak kurang selesa, mereka pun panggil ustaz.

4. Ada orang panggil aku abang, pak cik, bos atau syaikh. Aku tak ada masalah apa-apa, cuma panggilan pak cik agak merimaskan sebab aku masih rasa aku muda walaupun anak aku seusia dgn orang yg panggil pak cik itu.

5. Aku juga tak pernah rasa bahkan aku paling tidak mahu aku dikenali sebagai ulama, sebab aku sedar siapa diri aku. Ilmu aku ciput, penguasaan bahasa arab aku lekeh dan keupayaan menggabungjalin pelbagai disiplin ilmu Islam utk mengistinbat hukum langsung aku tak tahu.


6. Bukan saja aku seorang terasa begitu, bahkan aku dapati ramai kawan-kawan aku dalam Amanah, walaupun mereka pada pandangan aku ada ilmu, mereka tidak mahu menonjol diri sebagai orang alim apatah lagi digelar dan disanjung sebagai ulama.

7. Bahkan jika dikata, enta tu ulama dan alim, mereka cepat-cepat menafikan kerana mereka sedar siapa diri mereka walaupun dalam kalangan mereka ada yg memiliki sarjana dan PhD dlm pengajian Islam serta menulis sekian banyak buku ilmiah.

8. Walaupun mereka tak suka dikenali sebagai orang alim atau ulama, tetapi tugas mendidik masyarakat dlm kehidupan beragama sebagai lanjutan kpd tugas para ulama terdahulu terus dilakukan. Tumpuan mereka ialah melakukan kerja bukan meraih gelaran dan title.

9. Sebab itu orang kata dalam Amanah tidak ada ulama. Sebenarnya bukan tidak ada, cuma mereka tidak suka mereka dikenali dan disanjung sebagai ulama walaupun mereka alim dan melakukan tugas-tugas ulama. Mereka ulama dalam kerja dan amal bukan dalam title dan penampilan.

10. Ust Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamsuddin, Dr Mujahid Yusof, Ust Hasanuddin, Dr Hasan Baharom, Ust Ridzwan, Ustaz Rizal, Ust Fahmi, Ust Rosli, Ust Che Ibrahim, Dr Fauzi, Ust Ali, Ust Uda Kasim, Ust Shuhaimi, Ust Azrul Hakim, Ust Zulhelmi, Ust Loqman, Ust Miqdad, Ust Haris...

11. Nak saya sebut lagi? Rasanya mencukupi sebagai contoh. Sebahagian yg sebut itu lepasan Mesir, Jordan, Syria dan seantero dunia. Cuma, seperti yg saya sebut pada awal, mereka bukan jenis orang yg canang di sana-sini, aku ulama, aku pakar hadith, aku ustaz dan aku bla bla bla...!

12. Itu belum termasuk mereka yg senantiasa memberi input kepada Amanah dlm bidang pemikiran politik Islam tetapi tidak menonjol bahkan tidak menjadi ahli Amanah dan menyumbang di belakang tabir. Bilangan tokoh sebegini sangat ramai dan sangat berjasa kepada Amanah.

13. Mereka bukan jenis orang yg berserban, berkuliah berdentum-dentam tapi kosong isi, tidak duduk dlm dewan ulama sebab Amanah tidak ada dan tidak perlukan dewan itu. Mereka bukan syok dan ma'syuk dipanggil dan dilambung-lambung sebagai ulama.

14. Berbeza dengan Pas. Pas ada dewan ulama drpd peringkat pusat sampai ke kawasan. Di peringkat pusat, saya akurlah sebahagian besarnya memang orang alim spt Dr Johari Mat, Ust Hashim Jasin, Ust Ahmad Ali, Dr Zawawi Ahmad dan ramai lagi. Mereka memang wajar dikenali sebagai ulama.

15. Tetapi di peringkat negeri dan kawasan, pengisi jawatan dewan ulama entah siapa-siapa. Walaupun tidak fasih bahasa Arab, tidak tahu baca kitab Arab, baca hadith baris lintang-pukang, tidak belajar pun Qawaid Fiqhiyyah, tak pernah menadah pun al-Baiquniyyah, tidak khatam pun Mughni al-Muhtaz malah Fathul Bari dikata kitab fiqh, dia dikenali sebagai ulama.

16. Jika orang sebegitu dikenali sebagai ulama, maka memang ramai benarlah ulama dalam Pas. Pernah dulu, Ketua Dewan Ulama Pas Perlis (al-marhum, semoga Allah mengampuninya) berkata dlm ucapannya, "Kita ni, sapa yg pandai kata wa'alaikumus salam, dan in sya Allah, alhamdulillah... kira ulama lah...!"

17. Begitulah realitinya. Jadi apabila kami dikata lawan ulama dalam Pas, sebenarnya kami hanya lawan lebai yg perasan diri mereka ulama. Hakikatnya, kami tak lawan ulama seperti Ibnu Hajar, Ibnu Qaiyim, Ibnu Kathir, al-Baidawi, asy-Sya'rani, Imam al-Haramain, as-Suyuti, al-Bukhari, Muslim, al-Baihaqi, al-Hakim, al-Jassas, al-Jahiz, ar-Ramli dan...!

18. Bahkan kalau lawan ulama sebenar dalam Pas pun, itu bukan suatu kesalahan. Mereka politikus dan apabila mereka terlibat dgn politik, mereka mesti bersedia ditentang dari sudut politik juga hujah ilmiyyah. Mereka bukan maksum, bahkan mereka manusia yg punya nafsu dan keinginan seperti orang lain juga.

19. Pas adalah parti politik bukan agama, pemimpin Pas adalah manusia bukan malaikat atau nabi, perlembagaan Pas adalah buku biasa bukan al-Quran. Lawan Pas bukan haram, bahkan makruh karahah tanzih pun tidak.


*FB Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...