Sunday, February 25, 2018

Mungkin Cuba sahaja akan terima indeks rasuah bikinan SPRM

MALAYSIA DATELINE


Berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang berkata SPRM akan mengemukakan rancangannya sendiri bagi mentukan indeks rasuah, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata mungkin negara Cuba sahaja yang akan menerimanya.

“Mungkin negara Cuba sahaja yang akan menerima indeks rasuah bikinan SPRM ini,” kata beliau.

Dalam kenyataan medianya kelamrin Lim Lip Eng memberikan analogi mengenai penerimaan Malaysia terhadap indeks persepsi rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia baru-baru ini.

“Seorang pelajar yang degil gagal dalam peperiksaan bertaraf antarabangsa tahun ini dengan keputusan yang paling teruk sepanjang tempoh lima tahun lalu.

“Bukan sahaja dia menolak keputusan itu kerana katanya dia telah belajar dengan gigih, dia turut memecat lembaga peperiksaan antarabangsa itu dan menggantikannya dengan lembaganya sendiri.

“Pada peperiksaan tahun hadapan, dan tahun-tahun seterusnya, dia akan menduduki peperiksaan dan memeriksa kertas jawapannya sendiri. Justeru menjamin keputusan cemerlang dan berada di puncak ranking dunia,” kata beliau.

Kata beliau, ilustrasi di atas menggambarkan bagaimana mereka yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas agensi anti-rasuah negara telah bertindak balas terhadap indeks persepsi rasuah (CPI) Transparency International terkini yang meletakkan Malaysia setaraf Cuba dari aspek rasuah.

Jelas beliau lagi, ketua SPRM, Dzulkifli Ahmad khabarnya terperanjat dengan indeks CPI itu kerana katanya indeks itu tidak berpijak di bumi nyata.

“Adakah beliau mengandaikan indeks CPI ini sesuatu yang ‘palsu’?” soal peguam DAP itu.

Kata beliau, menteri yang bertanggungjawab ke atas isu rasuah ialah Paul Low namun beliau tidak diiktiraf oleh Dzulkifli, yang kebetulan adalah mantan presiden Transparency International Malaysia, menyifatkan prestasi CPI yang paling teruk ini adalah ekoran tindakan penguatkuasaan yang agresif di pihak SPRM sepanjang tahun lalu.

“Kenyataan Low seolah-olah memberi gambaran bahawa murid sekolah yang rajin berusaha pastinya akan gagal dalam peperiksaan.

“Jika Paul benar, mungkin SPRM sepatutnya menghindarkan diri daripada tangkapan berprofil tinggi pada masa akan datang bagi mencapai kedudukan yang lebih baik dalam indeks CPI tahun depan,” katanya.

Lip Eng turut menyarankan supaya Low meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet dan juga senator yang dilantik kerana beliau telah mempersembahkan prestasi CPI paling buruk buat negara dalam tempoh lima tahun lalu sejak beliau dilantik ke ‘jabatan integriti’ Perdana Menteri di Putrajaya lima tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...