KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mendedahkan ada di antara ahli politik di negeri ini disyaki terlibat ldengan rasuah.
Pengarahnya, Datuk Moh Samauddin Yusof berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan pemantauan terhadap individu yang terbabit.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut individu yang dimaksudkan itu mewakili mana-mana parti politik.
“Kita ada terima laporan orang politik terlibat rasuah. SPRM sedang siasat dan buat pemantauan,” katanya ketika di temui di pejabatnya hari ini.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, sepanjang tahun lalu juga pihaknya menerima 201 maklumat berkaitan rasuah di negeri ini.
Katanya, sembilan tangkapan telah dibuat melibatkan pegawai dan kakitangan awam serta seorang individu biasa.
No comments:
Post a Comment