Wednesday, February 28, 2018

Sekiranya 1MDB memang menguntungkan, buat apa nak tutup?


ANWAR bongkar kepincangan dalam 1MDB sejak 2010. Ketika itu, 1MDB dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA).

Dalam usaha nak 'damage control', UMNO penjarakan ANWAR pada tahun 2015. Ramai pemimpin kemudiannya turut serta menyambung usaha membongkar skandal 1MDB. Bermula dengan YB Rafizi Ramli & YB Tony Pua, disusuli Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Semakin ramai turut serta, semakin ramai membuka mata.

Pelbagai alasan mengarut digunakan oleh UMNO/BN bagi mempertahankan 1MDB. Kononnya 1MDB menaja umat Islam menunaikan Haji, kononnya 1MDB nak beli semula IPP supaya kuasa elektrik boleh dijana dengan kadar yang lebih rendah, kononnya aset 1MDB melebihi hutang, kononnya 1MDB menguntungkan. Semuanya bullsh*t.

Akhirnya perbendaharaan isytihar 1MDB bakal ditutup.

Persoalannya: Sekiranya 1MDB memang menguntungkan, buat apa nak tutup? Orang gila mana dalam dunia ini nak tutup syarikat yang sedang mengaut keuntungan?

LINK BERITAHU NAK TUTUP : KLIK SINI

#BebasAnwar #BebasRakyat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...