Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul yang dikemukakan pembangkang supaya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberi penjelasan dalam sidang dewan rakyat, berkaitan keengganan kerajaan Malaysia menuntut kapal layar ‘The Equanimity’yang dirampas pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari lalu.
Dengan rampasan kapal mewah yang bernilai RM1bilion yang dipercayai dibeli menggunakan wang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai suatu pengabaian terang-terangan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Gooi Hsiao Leung (Alor Setar-PKR) melahirkan rasa kecewanya apabila Pandikar Amin menolak usul tersebut walaupun ia berkepentingan awam.
“Saya kecewa speaker tendang usul ini. Alasan yang diberikan tadi adalah tidak ‘munasabah’ sedangkan ini isu awam yang sangat berkempentingan kepada rakyat yang sepatutnya dibahaskan di Parlimen.
“Apa gunanya Parlimen hari ini sebagai kuasa eksekutif tetapi mereka tidak mengamalkannya. Pandikar tidak mahu ambil tahu langsung tentang kes ini,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Parlimen hari ini.
Beliau mengemukakan usul di bawah peraturan mesyuarat ke 18 di dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam akan berlansung selama 20 hari hingga 5 April depan.
Kata beliau lagi, penolakan usul tersebut jelas mengabaikan tugas penjawat awam dan tanggungjawab seorang peguam negara.
“Seluruh dunia tahu mengenai kes 1MDB kerana dilaporkan meluas sekali dengan siasatan dengan membabitkan beberapa negara diperingkat antarabangsa kerana penyelewengan wang yang berlaku.
“Saya telah usulkan agar perdana menteri datang ke Parlimen untuk jawab kepada dewan yang mulia ini, apakah tindakan dan arahan yang akan diberi kepada peguam negara untuk menuntut balik harta, aset dan sitaan kerajaan dari luar negara khususnya kapal Equanimity dan aset lain yang akan turut disita agar ia dipulangkan kembali ke negara kita kerana ia kepunyaan rakyat,” ujarnya.
Justeru katanya Najib tidak boleh mengelak daripada tidak mahu menjawab isu yang dibangkitkan rakyat Malaysia dan dunia amnya.
“Saya percaya kekuatan undang-undang dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura ini melalui siasatan yang dilakukan di negara berkenaan akhirnya akan sampai kepada perdana menteri tidak lama lagi untuk beliau menjawab isu 1MDB yang telah lama berakar umbi sejak 2014 hingga sekarang.
“Persoaalannya mengapa perdana menteri masih lagi tidak mengarahkan peguam negara bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia untuk menyelesaikan skandal 1MDB ini.
“Cara terbaik terangkanlah di Parlimen,” ujarnya.
Pada 1 Mac Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipetik berkata, kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low yang dirampas pihak berkuasa Indonesia.
Pihak berkuasa Indonesia telah merampas kapal layar mewah bernilai RM1 bilion yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dibeli oleh Low menggunakan wang yang didakwa diseleweng daripada1MDB.
Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dinamakan DoJ sebagai dalang utama yang menyeleweng berbilion dolar wang milik syarikat pelaburan itu.
Kapal yang berlabuh di perairan dekat Pulau Bali itu, boleh memuatkan 26 penumpang dan 33 krew. Ia turut memuatkan landasan helikopter.
DoJ telah memulakan siasatan jenayah ke atas dakwaan penyalahgunaan dana daripada 1MDB dan pada September telah dibenarkan untuk menangguhkan saman sivil yang difailkannya sejak dua tahun lepas bagi merampas hartanah dan aset lain bernilai lebih AS$1bilion (RM4.3 bilion).
Dalam kes saman sivil tersebut, jabatan berkenaan mendakwa, lebih AS$4.5 bilion dana milik 1MDB dipindahkan oleh pegawai tertinggi syarikat pelaburan tersebut bersama-sama rakan subahatnya pada 2009 hingga 2015.
Pada Jun, DoJ memfailkan lagi saman untuk merampas AS$540 juta aset, termasuk Equanimity dan hak filem Dumb and Dumber To, yang dihasilkan Red Gradnite, sebuah rumah produksi yang turut dimiliki anak tiri Najib, Riza Aziz.

No comments:
Post a Comment