JITRA - Hasrat Pakatan Harapan mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dianggap tidak masuk akal.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz ketika mengulas kenyataan dikemukakan pengurusan kanan Bank Dunia mengenai isu berkenaan menjelaskan, GST adalah satu sistem percukaian yang tidak boleh dibuat main.
“Ia adalah cukai yang mengambil kira contohnya, RM44.034 bilion itu merangkumi berapa peratus daripada pendapatan negara yang perlu kita dapatkan untuk dibelanja semula, sama ada belanja membangun atau mengurus.
“Jadi kalau mereka kata nak hapuskan GST, kita kena tanya balik, dari mana sumber mereka akan ambil untuk menampung kembali janji-janji PRU mereka itu,” katanya pada Program Tanggungjawab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini, semalam.
Menurutnya, mentadbir negara bukan semudah yang disangka.
“Nak hapuskan GST bukan sesuatu yang konkrit sebab mereka (pembangkang) sendiri tak ada alternatif.
“Ini sebenarnya mainan yang sekadar nak sedapkan telinga rakyat, kita tak boleh tabur janji manis yang kita tak boleh laksanakan, itu maknanya tidak bertanggungjawab.
“Bukan kita sahaja yang faham kenyataan pembangkang ini tak betul, pakar ekonomi tempatan termasuk Bank Dunia pun dah jelaskan, manifesto ini tak boleh dilaksanakan,” katanya.
No comments:
Post a Comment