Thursday, March 1, 2018

Wisma Tok Guru: Bantahan Haripah ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu


Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam menolak bantahan awal oleh balu Allahyarham Datuk Rosli Ibarahim, Haripah Dolah berkaitan tuntutan pusaka termasuk tanah Wisma Tok Guru.

“Haripah memohon mahkamah menolak tuntutan pusaka oleh adik beradik arwah Datuk Rosli Ibrahim kerana harta-harta berkenaan adalah namanya dan bukan nama arwah,” kata penguam plaintif, Hisham Fauzi.

Mahkamah katanya, membuat keputusan pada perbicaraan hari ini menolak bantahan awal isteri arwah terhadap saman yang difailkan.

“Prosiding hari ini berkenaan permohonan bantahan awal defendan terhadap tuntutan plaintif.


“Setelah mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah menolak bantahan awal defendan atas alasan kes ini perlu melalui perbicaraan penuh kerana wujudnya fakta dan isu yang perlu diputuskan melalui pembuktian dan keterangan saksi-saksi,” katanya.

Perbicaraan dijalankan dihadapan Yang Arif Dato Abu bakar bin Abdullah Kutty.

Plaintif, Bakori Ibrahim, Mohamad Ibrahim dan Hartini Ibrahim di wakili Firdaus & partners, manakal defendan Haripah bt Dollah dan .An nur Amaleen bt Ahmad Rusli diwakili Norshuhaida & co.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan penuh dan penyertaan saksi-saksi pada 27 Mac depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...