Friday, April 27, 2018

'Calon HARAPAN K'tan ramai doktor kerana negara sakit'

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan (HARAPAN) Husam Musa berkata sejumlah doktor tersenarai sebagai calon HARAPAN Kelantan kerana menurutnya "negara sedang sakit".

Husam berkata demikian sebagai mengulas pencalonan enam doktor perubatan yang akan bertanding sebagai calon HARAPAN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Kita mempunyai calon dari kalangan doktor perubatan seramai enam orang. Doktor paling ramai sekali, kerana negara kita sedang sakit.

"Sakit dari segi ekonomi, kewangan, politik. Kelantan pun sakit, kita memerlukan doktor," katanya ketika berucap di majlis pengisytiharan calon HARAPAN Kelantan di Kota Bharu, malam ini.

Dalam pengumuman itu, Husam disahkan akan mencabar Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di parlimen Kota Bharu.

Pengumuman itu sekali gus bakal menyaksikan saingan hebat sekali gus kerusi paling menjadi tumpuan di negeri itu yang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Calon Fikhran Hamshi Mohd Fatmi dari BN sebelum ini dilaporkan akan bertanding di kerusi berkenaan.

Mengulas lanjut, Husam berkata calon HARAPAN yang diumumkan juga boleh diibaratkan sebagai 'hidangan menyelerakan'.

Ini kerana, tambah Husam, calon-calon mereka disusun untuk menjadi 'hidangan yang menyelerakan' dan lengkap untuk rakyat Kelantan.

"Berbanding dengan calon parti tertentu yang mengumumkan calon mereka yang sebahagiannya telah diketahui oleh rakyat pretasi mereka.

"Kita membawa satu tema perubahan, oleh sebab itu calon-calon kita bukan sahaja berwawasan, berwibawa, dan berkelayakan.

"Tetapi lebih penting daripada itu mereka mampu melaksanakan tugas untuk mentadbir negeri Kelantan dengan lebih baik dan menjayakan perubahan di peringkat negara," katanya.

Naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu turut menyindir PAS yang menurutnya tidak serius memberi tentangan kepada BN.

"HARAPAN masuk (PRU14) bukan jadi pengacau kepada PAS tetapi bersedia ambil alih dan mentadbir dengan lebih baik.

"AMANAH walaupun parti baru dalam HARAPAN tetapi kita mempunyai senarai orang berkelayakan, mereka yang mendahului dalam menyahut perjuangan," katanya.

Berikut merupakan senarai calon HARAPAN Kelantan mengikut kawasan:

Kawasan Parlimen‭ ‬



P.019‭ ‬Tumpat - Datuk Nordin Salleh

P.020‭ ‬Pengkalan Chepa - Mohamad Bin Ibrahim

P.021‭ ‬Kota Bharu - Husam Musa

P.022‭ ‬Pasir Mas - Che Ujang Bin Che Daud

P.023‭ ‬Rantau Panjang - Dr‭ ‬Wan Shah Jihan Bin Wan Din

P.024‭ ‬Kubang Kerian - Datuk Dr. ‬Abdul Halim Bin Yusof

P.025‭ ‬Bachok - Zulkifli Zakaria

P.026‭ ‬Ketereh - Dr Mohd Radzijidin

P.027‭ ‬Tanah Merah - Dr‭ ‬Mohamad Fauzi Bin Zakaria

P.028‭ ‬Pasir Puteh - Datuk Kamaruddin Md Noor

P.029‭ ‬Machang - Datuk Sazmi Miah

P.030‭ ‬Jeli - Azran Deraman

P.031‭ ‬Kuala Krai - Dr Mohd Yazid Bin Abdullah

P.032‭ ‬Gua Musang - Mohd Nor Hussin



Kawasan Dewan Undangan Negeri

N.01‭ ‬Pengkalan Kubur - Datuk Wan Rosoi Hj Mat Rasik

N.02‭ ‬Kelaboran - Nik Faizah Bt Nik Othman

N.03‭ ‬Pasir Pekan - Wan Johariwan Omar

N.04‭ ‬Wakaf Bharu - Mohd Khir Zahri

N.05‭ ‬Kijang - Nasruddin Abdullah

N.06‭ ‬Chempaka - Mohammad Omar

N.07‭ ‬Panchor - Zulhazmi Hassan

N.08‭ ‬Tanjong Mas - Dr Hafidzah Mustakim

N.09‭ ‬Kota Lama - Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman

N.10‭ ‬Bunut Payong - Sanusi Hj Othman

N.11‭ ‬Tendong - Dr Wan Mohd Zulkhairi Wan Mad Zain

N.12‭ ‬Pengkalan Pasir - Sharani Bin Mohd Naim

N.13‭ ‬Chetok - Ali Abdu Rahman Bin Hasan

N.14‭ ‬Meranti - Mohd Romizu Mohd Ali

N.15‭ ‬Gual Periok - Mohd Ridzuan Bin Muhamad

N.16‭ ‬Apam Putra -Mohd Hisyamuddin Ghazali

N.17‭ ‬Salor - Husam Musa

N.18‭ ‬Pasir Tumboh - Mohd Noor Mat Yajid

N.19‭ ‬Demit - Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah

N.20‭ ‬Tawang - Mohammad Azihan Bin Che Seman

N.21‭ ‬Perupuk - Datuk Ismail Ghani

N.22‭ ‬Jelawat - Mohd Fahmi Zakaria

N.23‭ ‬Melor - Ab Aziz Bin Ab Kadir

N.24‭ ‬Kadok - Che Ibrahim Mohammad

N.25‭ ‬Kok Lanas - Dr Mohd Hanafi Ismail

N.26‭ ‬Bukit Panau - Hisham Bin Fauzi

N.27‭ ‬Gual Ipoh - Mohd Soba Bin Hussin

N.28‭ ‬Kemahang - Bahari Mohamad Nor

N.29‭ ‬Selising - Ismail Bin Muhammad

N.30‭ ‬Limbongan - Zarir Bin Yaakob

N.31 Semerak - Wan Marzudiwan Omar

N.32‭ ‬Gaal - Ab Rahman Yaacob

N.33‭ ‬Pulai Chondong - Ab Halim@Kamaruddin Hj Ab Kadir

N.34‭ ‬Temangan - Mohd Ridzuan Bin Alias

N.35‭ ‬Kemuning - Ab Kadir Othman

N.36‭ ‬Bukit Bunga - Asran Alias

N.37‭ ‬Air Lanas - Dr Aminuddin Yaacob

N.38‭ ‬Kuala Balah - Dr Mohd Hafidz Rizal Amran

N.39‭ ‬Mengkebang - Wan Mohammad Azran Ahmad

N.40‭ ‬Guchil - Mohd Roslan Putih

N.41‭ ‬Manek Urai - Mohamed Dahan Bin Mat Jali

N.42‭ ‬Dabong - Wan Ahamad Fadzil Bin Wan Omar

N.43‭ ‬Nenggiri - Othman Yusoff

N.44‭ ‬Paloh - Noraini Husain

N.45‭ ‬Galas - Nasir Dollah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...