Saturday, April 28, 2018
Hadi pembohong apabila menyatakan Tun M dan Anwar halang pentadbiran Islam
Baca akhbar tadi, TG Haji Hadi dalam ceramahnya kata, Tun Mahathir dan Ds Anwar antara yang menghalang usaha pentadbiran Islam.. sebelum ini ramai dari Ustaz dan Ulama PAS mempertikaikan Pakatan Harapan.. kata depa, mana dia usaha Pakatan Harapan mahu memperkasakan Syariat Islam...
Sebelum kita menjawab, ingin kita bertanya, tidak kah ada rasa malu bagi mereka yang bertanya ? apa lagi soalan itu ditujukan kepada Tun Mahathir dan Ds Anwar.. Mengapa perlu persoalkan mereka.. mereka tak perlukan slogan retorika Agama di dalam Manifesto.. mereka tidak perlukan Manifesto untuk memperlihatkan cita cita mereka melaksanakan Syariah, Hakikat nya mereka sudahpun melaksanakan Syariah, penerapan nilai2 Islam di dalam Pentadbiran dan Pemerintahan mereka..
Apakah Syariah itu semata mata memotong tangan pencuri, atau semata mata sebatan keatas penzina ? bukan kah Syariah itu begitu luas takrifannya.. ia menyentuh seluruh aspek dan kehidupan kita.. jika Hudud itu saja yang kita faham akan maksud Syariah.. Negara 95% Muslim, banyak dari Negara Arab pun masih belum mampu melaksanakan Hudud.. hatta Negara Turki yang bepresiden kan Erdogan, Mesir yang suatu ketika Berpresiden kan Morsi tidak meletakkan agenda perlaksanaan Hudud sebagai agenda utama pemerintahan..
bukan kah dalam Pentadbiran Ds Tun Mahathir dan Ds Anwar, segala kehendak dan kewajipan muslim yang dituntut dalam Syariah mereka laksanakan ? tak kira dalam perkara menyentuh soal Solat,Zakat dan Haji.. Begitu Juga dalam hal melibatkan Ekonomi, Kebajikan dan Pendidikan.. Di zaman Pemerintahan Tun Mahathir dan Anwar, Jangan cerita lah berapa puluh ribu buah Masjid yang dibina, apakah itu satu bentuk penentangan kepada Islam.. ?
Dalam hal Ehwal Zakat pula.. Pengurusan Institusi Zakat di Malaysia antara yang terbaik di Dunia, malah lebih baik dari negara negara Islam yang lain.. berapa kali Akta dan Undang2 dipinda bagi memperkasakan institusi Zakat.. Bagi mereka yang membayar zakat, mereka diberi pelepasan Cukai pendapatan, ketika itu Institusi Kerajaan, GLC Kerajaan dan Syarikat tersenarai di Bursa Saham, sektor Perbankan juga sudah mula membayar Zakat.. bukan kah itu satu contoh Bagaimana Syariah Diperkasakan ?
Dalam hal melibatkan urusan Haji pula, Bukan kah beberapa kali Akta dan Undang2 Dipinda, Tahun 1995 Akta 535 diperkenalkan bagi meluaskan peranan Tabung Haji..diperkasakan Institusi Tabung Haji..malah pengurusannya lebih baik dari Negara Negara Arab yang lain.. dan akhirnya pengurusan Haji Malaysia antara yang terbaik dan Diiktiraf Dunia.. tidak kah itu Satu bentuk pemerkasaan Syariah ? bukan kah ia berlaku dibawah pentadbiran Tun Mahathir dan Ds Anwar.. ?
Begitu juga dalam hal ekonomi.. Sistem Pajak Gadai Islam, perBankkann Islam, Kaunter Saham Patuh Syariah..Pinjaman tanpa faedah, Terbitan Bon patuh Syariah.. dalam segala hal melibatkan ekonomi ini, bukan kah ia mula diperkasakan di zaman Tun Mahathir dan Ds Anwar.. bukan kah ia satu bentuk pemerkasaan Syariah ?
Bagaimana pula dalam soal pendidikan, Ketika Ds Anwar menjadi Menteri pendidikan, penerapan nilai nilai Islam sudah mula berlaku..Pelajar yang dulunya tidak bertudung, makin ramai yang dah mula bertudung.. kewujudan Pusat pusat Tahfiz Modern, Sekolah Sains agama,.bukan kah ia satu tuntutan dalam Syariah.. bukan kah di zaman Tun Mahathir juga, ramai melahirkan anak anak melayu yang berjaya, malah ada yang jadi Doktor Pakar hari ini , termasuk Pakar jantung dikalangan orang Melayu adalah hasil dari dasar pendidikan di zaman Tun Mahathir, Bukan kah ia satu tuntutan besar dalam Syariah.. ?
Antara jasa besar Ds Anwar, dan ia sendiri diakui oleh Sheikh Yusuf Qaradawi dalam surat terbuka nya, menyentuh soal jasa dan idea DS Anwar membina Universiti Islam Antarabangsa.. ia jelas sepertimana yang ditulis di dalam web Qaradawi.net. kata Yusuf Qaradawi
وتعاونت مع أنور إبراهيم في إقامة الجامعة الإسلامية العالمية، التي تقوم على الجمع بين علوم الوحي، والعلوم الكونية والإنسانية....
Saya bersama-sama Anwar Ibrahim saling bekerjasama dalam membangunkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang mana tertegak atas dasar integrasi ilmu wahyu, sains dan kemanusiaan...
Banyak lagi pujian Yusuf Qaradawi terhadap Ds Anwar Ibrahim.. Ya, Betul.. Banyak lagi ruang untuk kita memperkasakan lagi Syariah dalam kehidupan kita, Tetapi tidak lah perlu TG Haji Hadi memperkecilkan jasa Tun Mahathir dan Ds Anwar ketika mereka di tampok kuasa.. apa lagi dengan mengfitnah mereka menghalang pentadbiran Islam di Malaysia..
Hakikatnya Jasa mereka memperkasakan Syariah Islam jauh lebih besar dari TG Hj Hadi sendiri.. dan bagaimana pula jika mereka pula bertanya, apa pula jasa Tg Hj Hadi dalam memperkasakan Syariah ? apakah Amanat Haji hadi itu satu bentuk pemerkasaan Syariah, atau menyuburkan budaya Kafir mengkafir dikalangan Ummat Islam satu bentuk pemerkasaan Syariah..
Perlaksanaan Hudud dan RUU 355, adalah perkara Ijtihadi.. Proses Taqnin itu juga perkara Ijtihadi, RUU 355 pernah dipinda di zaman Tun Mahathir, dan biasa ditentang Oleh Tok Guru Nik Aziz di parlimen.. Institusi Mahkamah Syariah itu juga tidak ada bezanya dengan Institusi Zakat dan Tabung Haji.. kita boleh berbeza pandangan dan cara terbaik dalam perlaksanaan.. berbeza pandangan dan cara perlaksanaan bukan lah satu bentuk penentangan terhadap Islam.. Jangan kan DAP, Muslim juga berhak menolak Ijtihad Hj Hadi dalam soal perlaksanaan RUU 355..
Ummat Islam selama ini dipesongkan dengan pandangan Syariah itu semata mata Hudud.. jika diikutkan urutan dalam Kitab Fiqh dan Hadis pun bab Jinayah itu adalah urutan bab yang Terakhir.. ia tanggungjawab Pemerintah..untuk melaksanakannya, perlukan kepada kuasa pemerintahan..Sedangkan melaksanakan kebajikan dan Keadilan itu juga satu tuntutan besar dalam Syariah.. kita hanya berbeza dalam hal keutamaan dalam perlaksanaan..
Jika hanya itu satu satunya dalil dengan tidak melaksanakan Hudud sebagai usaha menentang Islam.. apakah Hamas di Palestine, Ennahdah di Tunisia, suatu ketika Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hatta Erdogan di Turki hari ini tidak mengutamakan perlaksanan Hudud, tidak melaksanakan Hudud dalam Keadaan Mereka berkuasa, Apakah mereka itu juga penentang Islam ?
Ahmad Muslim Badawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Haji Penipu Ibni Penyamun
ReplyDelete