Saturday, April 7, 2018

Pengerusi SPR : 'Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen'


Kempen PRU ke-14 akan datang bakal menyaksikan "pertembungan dua biru" antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata hanya parti yang bertanding dibenarkan menaikkan bendera ketika tempoh kempen.

Semalam, HARAPAN mengesahkan calon daripada semua empat parti komponennya akan menggunakan logo PKR pada PRU akan datang.
Pilihan Editor
Akta antiberita palsu serangan besar-besaran Najib

"Jika mereka (calon) bertanding atas nama PKR, maka (bendera) PKR (sahaja boleh digunakan)," kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media hari ini.

Namun beliau berkata bidang kuasa SPR berhubung salah laku pilihan raya - termasuk menurunkan bendera atau bahan kempen yang tidak sesuai - hanya bermula selepas hari penamaan calon.

"Sebaik saja kita tahu siapa calon dan parti mana yang bertanding (di suatu kawasan), barulah kita mengambil tindakan terhadap mana-mana parti yang tidak bertanding di kawasan itu," katanya lagi.

Sementara semua calon BN menggunakan logo dacing dalam setiap pilihan raya, percubaan HARAPAN untuk mendaftar sebagai gabungan rasmi telah ditolak.

Ditambah pula dengan pembubaran sementara terhadap BERSATU, Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan semua calon daripada gabungan itu akan menggunakan logo biru muda PKR pada PRU ke-14 nanti.

1 comment:

  1. Tunggulah hari penamaan calon untuk buat pengumuman, selepas tarikh penamaan, awak adalah sedikit kuasa.

    Juga jangan lupa kuasa pasang bendera tertakluk kepada kuasa PBT.

    Sekarang ni siapapun nak pacak bendera kepala bapak apa masalah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...