Untuk menilai suatu RUU atau akta itu selaras atau tidak dengan Islam, kita hendaklah melihat kepada kandungan undang undang tersebut, bukannya tajuk kepada RUU berkenaan.
Menyebarkan berita tidak benar sememangnya bercanggah dengan Islam, tetapi adakah tafsiran berita palsu yang menjadi semangat kepada RUU tersebut berasaskan palsu mengikut Islam atau hanya palsu di sisi pemerintah atau parti penungkatnya?
Di sudut aspek lain pula, pemakaian undang undang anti berita palsu ini hingga kepada kesalahan yang dilakukan di luar negara dan oleh bukan negara adalah sesuatu yang luarbiasa di segi undang undang dan bercanggah dengan Islam.
Islam sendiri menghadkan kuasa hakim hanya setakat wilayahnya sahaja, bagi kesalahan zina sebagai contoh, jika perbuatan zina tersebut dilakukan diluar negara, walaupun oleh warganegara sendiri, apalagi oleh bukan warganegara, maka ianya tidak boleh dianggap satu kesalahan di segi undang undang Malaysia walaupun di segi hukum syarak ianya tetap berdosa.
Cukuplah kita terpedaya dengan RUU 355 yang dikatakan untuk perkasakan mahkamah syariah kerana Akta tersebut berkaitan mahkamah syariah, sedangkan pindaan hukuman yang dicadangkan (sebat 100 rotan, denda RM100,000 dan penjara 30 tahun) tidak berasaskan konsep hukuman/uqabah dalam Islam.
Che Ibrahim
No comments:
Post a Comment