Peguam, Syahredzan Johan, ini adalah kerana mahkamah sebelum ini telah memutuskan bahawa seseorang hanya hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya sekiranya pihak berkenaan di denda tidak kurang daripada RM2,000.
“Keadaan ini telah ditafsirkan sebagai pihak berkenaan hanya hilang kelayakan sekiranya didenda lebih daripada RM2,000 atau RM2,000.01,” katanya kepada Sinar Harian.
Sewaktu proses penamaan calon hari ini, Tian Chua gagal untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu selepas pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain membatalkan kertas pencalonannya.
Pembatalan itu dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac lalu yang mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya atas tuduhan menghina kehormatan seorang anggota polis, dan dikurangkan hukuman denda kepada RM2,000
Selain itu, Syahredzan berkata, sebelum ini Speaker Dewan Rakyat juga telah memutuskan bahawa Tian Chua masih kekal sebagai ahli Parlimen.
“Jadi persoalannya, mengapa Returning Officer tersebut membuat keputusan yang bertentangan dengan Mahkamah dan Speaker?”soalnya.
Tambah Syahredzan, pihaknya berpendapat bahawa Tian Chua seharusnya mencabar keputusan pengurus pilihan raya tersebut yang dilihat tidak tepat dalam isu terbabit.
No comments:
Post a Comment