Monday, April 23, 2018

Sudah bertahun BN janji nak bina HOSPITAL PENDANG, mai PRU14 janji lagi..!!

Kerja pembinaan hospital Pendang bermula 7 Mei

 Kerja pembinaan hospital Pendang bermula 7 Mei
PENDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerja pembinaan hospital Pendang bakal bermula pada 7 Mei nanti.

Najib berkata, keputusan ini bukanlah agenda politik BN bagi menggaburi mata rakyat Pendang.

Katanya, ini adalah satu sumbangan kepada rakyat Pendang yang sudah lama menanti kemudahan sebuah hospital.

"Saya bersyukur kerana berpeluang melancarkan projek hospital ini kerana sudah lama dinanti rakyat Pendang.

"Saya tak nak datang Pendang dengan tangan kosong dan ini adalah buah tangan buat rakyat Pendang," katanya.

Menurutnya, beliau tidak mahu melancarkan projek ini selagi pelantikan kontraktor belum dilakukan.

"Saya takut orang tak percaya, saya takut orang kata ini agenda politik.. namun kini kontraktor sudah dilantik dan kerja pembinaan akan dimulakan pada 7 Mei nanti.


"Jadi orang Pendang boleh tengok dengan biji mata sendiri.. kalau tak boleh tengok kita bagi cermin mata," ujarnya sambil berseloroh.

Projek hospital Pendang ini hangat diperkatakan sejak proses pengambilan tanah pada tahun 1989 yang disasarkan dibina segera di bawah RMK10 namun telah tertangguh beberapa kali atas sebab tertentu.

Kawasan hospital seluas 16 hektar itu akan dibangunkan secara berperingkat dan pada peringkat awal pembangunan akan dijalankan dikawasan seluas empat hektar.

Bangunan setinggi empat tingkat itu dijangka mengambil masa dua tahun enam bulan untuk disiapkan iaitu jangkaan pada November 2021.

Pembinaan Hospital Pendang juga memudahkan penduduk Pendang menerima rawatan dan tidak lagi perlu menyusuri perjalanan sejauh 30 kilometer untuk sampai ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...