Saturday, May 5, 2018
AMANAH akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dakwa ada rakaman tersebut
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Tuan Haji Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwanya mempunyai rakaman skandalnya dengan seorang wanita.
AMANAH pula akan mengambil tindakan sama terhadap tiga individu yang terlibat dalam sidang media itu semalam kerana menyamar sebagai anggota mereka, menurut timbalan setiausaha agung parti itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Ahmad Kerdee berkata semakan dalam pangkalan data keanggotaan mereka mendapati nama individu yang mengetuai sidang media semalam, Rizal Bakar, tiada dalam pangkalan data keanggotaan mereka.
“Kami juga telah menyemak dengan AMANAH Kuala Kedah dan tiada seorang pun mengenali individu tersebut,” katanya.
Rizal, yang hadir bersama dua lagi lelaki, semalam memperkenalkan diri sebagai anggota AMANAH Kuala Kedah dan mengaku sebagai pengkagum Mohamad meminta penjelasan sama ada pemimpin itu mempunyai skandal dengan seorang wanita.
Beliau menunjukkan tangkap layar perbualan Whatsapp antara “Mohamad Sabu” dan seorang wanita serta rakaman suara perbualan mereka.
Dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga, Rizal mendakwa mempunyai rakaman video tetapi hanya akan mendedahkan selepas 36 jam (Ahad ini).
Sementara itu, berkaitan dakwaan skandal itu, Ahmad Kerdee berkata tuduhan sebegitu memang lazim setiap kali menjelang pilihan raya umum.
“Sebelum ini beberapa ahli politik lain juga telah menjadi politik kotor seperti ini,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment