Mohd Firdaus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, di Wisma Darul Aman, hari ini.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Sehubungan itu, berlaku sedikit rombakan portfolio melibatkan sembilan exco yang dilantik sebelum ini.
Mohd Firdaus ketika ditemui berkata, usia bukan halangan untuk beliau mencurah bakti kepada negeri ini dan akan memanfaatkan pengalaman dimiliki untuk membangunkan Kedah.
“Saya sebenarnya tidak menjangkakan dipilih sebagai Exco Kedah, kerana ada beranggapan masih ada pilihan lain yang lebih layak memandangkan usia saya. Namun saya yakin Menteri Besar tahu apa yang terbaik dalam merencanakan pembangunan negeri,” katanya.
Menurutnya, beliau akan memberi komitmen terbaik berdasarkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), serta aspek pelancongan dan perniagaan.
“Usia bukan halangan atau alasan melainkan kita yakin mampu lakukan amanah dengan bijak dalam mengurus permasalahan,” katanya.
No comments:
Post a Comment