Tuesday, August 28, 2018

Gantikan BRIM dengan bantuan asal kerajaan yang telah diwujudkan sekian lama untuk rakyat

Penjelasan tentang BRIM.


1. Pertama perlulah rakyat faham kenapa pada awalnya BRIM diujudkan.

a. Untuk memancing undi lebih 3 juta rakyat.
b. Apabila GST telah diadakan.
c. Harga barang naik mendadak krn GST.
d. Mengambil hati pengundi Melayu yg majoriti mendpt BRIM.
e. Bagi memanipulasi kan wang GST.
f. Mentup kelemahan kerajaan BN
g. Kejatuhan mata wang negara secara mendadak.
h. Mengambil alih tugas JKM, Zakat, Baitulmal dan lain-lain agensi bantuan kerajaan yang asalnya adalah tugas agensi tersebut utk memberi bantuan, namun menggunakan BRIM utk mempopularkan BN.



2. Apa menafaatnya BRIM dikurangkan beransur-ansur dan dihapuskan serta digantikan kpd bantuan yang lebih telus dan wajar.

a. Kerajaan PH akan lebih memberi tumpuan kpd kelompok miskin tegar diluar bandar dan didalam bandar.

b. Kelompok warga tua, ibu tunggal dan OKU akan lebih diberi perhatian dari segi bantuan.

c. Memberi lebih ruang pekerjaan dan kenaikkan gaji maksima kpd rakyat agar kelompok ini dapat mula berdikari.

d. Sebenarnya tanpa BRIM, agensi kerajaan yg memberi bantuan dan NGO dapat menyalurkan lebih bantuan kpd golongan sasaran. Dimana sekarang pukul rata BRIM setiap bulan hanya RM100 yg diberi kpd setiap individu. Walhal golongan ini kemungkinan besar akn mendapat lebih bantuan dari agensi kerajaan dan NGO.

Kesimpulannya apa sahaja yg kerajaan perlu laku kan dengan memberi bantuan kpd rakyat adalah dgn memastikan program tersebut dpt menjadikan rakyat berdiri diatas kaki sendiri dan tidak bergantung pada untung nasib semata-mata.

Islam juga mengajar umatnya mencari rezki dan bukan menunggu rezki sampai ke mulut

Cerdit: Roziyanti Rahman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...