Tuesday, October 9, 2018

Berita Skuad Bola Sepak Kedah 2019 - Penaja, Jurulatih, Pemain,Status Akhyar..!!

CATATAN SIDANG MEDIA KFA 8 OKTOBER


Setelah selesai Mesyuarat JK Eksekutif KFA ke-2 petang tadi, berikut adalah nota utama sidang media:

1. ISU KEWANGAN
KFA terus berusaha dapatkan tajaan, selain dari penajaan yang ada, akan memastikan perbelanjaan berhemah. Berlaku wang penajaan tidak direkodkan diterima oleh KFA melibatkan nilai jutaan ringgit. Aspek perbelanjaan akan dinilai semula supaya tidak berlaku konflik kepentingan.

2. PENGURUSAN KONTRAK
Khususnya berkaitan pemain import, jumlah pampasan agak tinggi dan bagi memastikan rundingan kontrak tidak berat sebelah KFA akan melantik jawatan sepenuh masa Pegawai Undang-Undang bagi melihat isu ini.

3. ISU TIKET
Cadangan dari mesyuarat untuk menilai kembali sama ada untuk KFA atau Perbadanan Stadium Negeri Kedah yang akan mengendalikan penjualan tiket musim depan. Satu kajian akan diperhalusi dan keputusan akan dibuat sebelum bermula musim depan.

4. PERJUMPAAN DENGAN KELAB PENYOKONG
Bagi memaklumkan halatuju KFA musim hadapan, mendengar cadangan yang dikemukakan dan jalin kerjasama erat dan berharap dapat bergabung dibawah satu gabungan. Isu viral baru-baru ini, Mesyuarat memutuskan untuk menerima permohonan maaf Azrul Rizla, dan laporan Polis akan ditarik balik. YAB Presiden KFA amat berharap supaya penyokong lebih berhemah dalam menyampaikan sesuatu jenaka kerana ada perkara sensitif yang tidak boleh dipermainkan.

5. BARISAN KEJURULATIHAN
Victor Andrag dilantik sebagai Penolong Ketua Jurulatih berdasarkan rekod cemerlang mengemudi pasukan pembangunan. Manakala Aidil Sharin Sahak dari Home United FC dilantik sebagai Ketua Jurulatih berdasarkan pengalaman, kemampuan untuk mencari pemain import untuk Kedah, mandat diberikan sepenuhnya oleh JK Eksekutif KFA untuk memilih pemain kepada Aidil. Setakat ini hanya 5 pemain sahaja yang masih berkontrak sehingga 2019 manakala selebihnya tamat hingga hujung November.

Sesi Soal Jawab:

Q1. Kontrak bersama Aidil Sharin Sahak?
A. Kontrak hampir selesai dalam rundingan terakhir, apabila beliau sampai KFA akan umum.

Q2. Tugas barisan kejurulatihan yang ada sekarang?
A. Pertimbangkan yang mana berkenaan untuk dilantik semula pada pasukan yang sesuai jika perlu.

Q3. Tindakan mengenai isu kewangan KFA?
A. Bukti oleh penaja bayaran telah dibuat namun musykil wang tidak direkod ke KFA. KFA akan mintak nasihat SPRM, KFA juga ada JK Integriti wakil dari SPRM sendiri iaiatu Timbalan Pengarah Penguatkuasa SPRM Kedah iaitu Pengerusi JK Intergriti dan Timbalannya dari PDRM. Tindakan seterusnya bergantung kepada nasihat JK Integriti.

Q4. Jawatan Pengurus Pasukan?
A. KFA akan melantik Pengurus Pasukan sepenuh masa dan membuka jika ada sesiapa yang layak untuk menghantar CV kepada KFA. Proses permohonan jawatan Pengurus Pasukan dibuka bermula hari ini sehingga 8 November.

Q5. Isu Penajaan?
A. Masih dalam proses perbincangan dengan ECK, masih berminat tetapi belum muktamadkan perbincangan dan masih dibuka pada semua pihak. DI jersi pasukan ada 8 slot penaja jadi tidak hanya penajaan besar namun turut membuka ruang penajaan kecil. KFA perlu yakinkan penaja dalam memastikan musim hadapan berbeza. KFA turut proaktif mencari penajaan.

Q6. Isu kontrak Akhyar?
A. Secara rasmi Akhyar masih terikat dengan KFA selama setahun lagi, KFA akan bincang dengan Akhyar perancangan beliau. Tidak akan menghalang untuk kebaikan kerjaya beliau, seperti ke kelab Thailand, meningkatkan mutu permainan negara. Kalau dengan kelab di Malaysia lebih baik bersama KFA, apapun pengurusan akan berbincang dengan Akhyar.

LINK - FB KFA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...