Saturday, November 24, 2018

Agus - Dengan 5 orang menteri dari Amanah, sekadar 40% sahaja prestasi mereka!

DENGAN LIMA MENTERI, MAMPUKAH AMANAH BERTAHAN SETELAH PRU-15?


Menteri Amanah lima orang. Saya beri purata prestasi mereka 40%, dengan DS Dr Dzulkifley terbaik antara lima. Terbaik kerana beliau menjawab di parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan.

Seorang menteri Amanah, semasa menjawab soalan di Dewan, suka mengulang perkataan “saya sekarang menteri. Tak cukup peruntukan, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan.” Soalan asal dari MP Pembangkang berbelit-belit dijawabnya. Program kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa. Berterusan retorik.


Seorang menteri lagi, suka bercakap. Semua hal hendak dijawabnya, pantang wartawan tanya. Sebab itulah jawapan selalu tersasul sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Polisi baharu tidak ada. Klise sahaja.

Sebab terjadi begini kerana menteri tidak cekap dan pegawai serta penasihatnya pun sama. Maka, beginilah jadinya.

Tiga lagi menteri saya belum mahu komen.

Jika begini sikap menteri Amanah, jika PM nantinya DSAI, saya harap ganti sahajalah menteri sebegini. Saya fikir dahulunya menteri Umno sahaja yang terperangkap dengan gejala sindrom penafian, tetapi gejala ‘syok sendiri’ ini berjangkit juga kepada pemimpin Amanah.

Amanah jika mahu terus survive, perlu bertapak kukuh di Kelantan dan Terengganu. Malangnya, saya perhatikan Amanah di dua negeri ini seperti hidup segan mati tak mahu. Jika begini senarionya, selepas PRU-15 nanti, semakin hilanglah Amanah dari radar peta politik negara.

Selamat berehat di hujung minggu.

Muhammad Agus Yusof

2 comments:

  1. en agus tak mahu komen ke prestasi wakil wakil rakyat kami di teganu ni. almaklumlah budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan.

    en agus kalau komen guna air lior, pok mat kat kedai kopi di losong tu lagi hebat..siap dengan ide ide membina sekali

    ReplyDelete
  2. OK la tu. Balun kiri kanan. Tegur bukan bermakna tak Elok. Depa pun masih Ada bayang2 pembangkang.. Lagi 2 3 tahun OK la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...