Thursday, November 1, 2018

Royalti Kelantan Sedikit Catitan Sejarah untuk rujukan TMB KELANTAN yang salah fakta

Royalti Kelantan Sedikit Catitan Sejarah

2003: Tun letak jawatan PM

2004: Pengeluaran pertama petroleum Kelantan, rujuk Jabatan Perangkaan Malaysia.

2009: Kerajaan Kelantan (Dato Husam Musa) dedahkan Kelantan ada hasil Petroleum, pendedahan Jabatan Perangkaan Negara semasa pembentangan di EPU. Arwah TG Nik Aziz MB Kelantan bentuk Jk Khas Tuntutan Royalti Kelantan.

2009: Gabungan Profesional Tuntut Royalti Kelantan (GEGAR), Gabungan Ngo Kelantan yang diketuai Prof Dato Dr Abdul Halim Yusof, Cg Halim, saya sebagai Setiausaha bersama saf Ajk2 Gabungan Ngo asaskan.



2010: YBM Tengku Razaleigh Hamzah berceramah di Stadium Sultan Muhammad IV atas tiket GEGAR, laungan "Royalti Hak Kelantan", arwah Tok Guru Nik Aziz doakan Kelantan diberikan Royalti dan Allah Swt balas kezaliman pimpinan Kerajaan Pusat

2012: Ngo "R" dibentuk, saya bersama Mohd Fauzi Mohd Azmi, Ayie Proper, Pendeta Aduka Taruna, Jeming Hassan, Wan dan shbt2 Aktivis sebagai platform baru untuk Anak Muda beraksi.

2013: Kelantan dibayar Wang Ehsan, Perjanjian Kelantan - Kerajaan Pusat dirahsiakan, tapi dikatakan bayaran RM50 juta kepada Maik, dan RM50 juta kepada JPP.

MB dan Exco Kanan yang uruskan tuntutan Royalti tidak dilantik, tuntutan menjadi lesu apabila majoriti Aktivis R di ambil tindakan "balas dendam" dan dilabel pro pimpinan tertentu.

2018: Pakatan Harapan Malaysia dan Kelantan masukan pemberian Royalti 20% jika memerintah Malaysia.

Dato Husam Musa istihar Kelantan akan diberikan Royalti, PM Tun Mahathir mengesahkan dalam Mesyuarat Kewangan dihadiri semua MB/KM.

Semalam MB Kelantan dan MB Terengganu mengadap PM untuk minta Royalti.

Sahabat2 Aktivis Royalti berberapa orang sudah meninggal, termasuk meninggal semasa urusan tuntutan Royalti selepas balik dari Parlimen. Al Fatihah untuk semua Aktivis.

Alhamdulillah perjuangan kami masuk tahun ke 10 membuahkan hasil demi negeri tercinta.

Sepanjang kami terlibat, berapa kerat sahaja Exco, Adun, Ahli Parlimen Kelantan yang mampu dan boleh bercakap pasal Royalti?

Sekarang baru mereka timbul. Ahli Politikus tiada kualiti langsung. Nak membaca pun malas untuk tuntut hasil bumi sendiri, paling teruk Timbalan MB Kelantan sekarang bercakap tentang fakta Royalti pun salah.

Syam Ghaz
#Royalti Kelantan
#Royalti Malaysia

2 comments:

  1. Namanya Mohd Amar. Apa yang keluar dari mulutnya kena pikir dulu. Bleh pakai ker tidak.. hahaha

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Amar cakap... Otak kat lutut, Mulut ikut lubabg jobo

    Simply Dimwit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...