Tuesday, March 26, 2019
Salahuddin soal Hadi: Siapa pemimpin PH itu?
PARLIMEN | Presiden PAS Abdul Hadi Awang perlu mengumumkan nama "pemimpin dalam PH" yang berkata Amanah alat kepada DAP, gesa Salahuddin Ayub.
"Saya ambil tanggungjawab terhadap isu ini dan tidak mahu ia berterusan PAS berbohong kepada rakyat.
"Haji Hadi siapakah pemimpin Amanah itu?
"Saya harap dapat dilakukan segera untuk elak fitnah dan nama tidak baik kepada PAS," kata Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata MP Marang perlu bersedia untuk membuktikan dakwaannya apatah lagi Hadi cukup berani membuat kenyataan itu.
Sekiranya Hadi dapat membuktikan tuduhannya, maka kata Salahuddin, beliau dan partinya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesahkan kebenaran hal itu.
"Kalau betul? Saya mahu ia dibuktikan terlebih dahulu, siapa nama pemimpin itu? Saya dan parti akan ambil langkah-langkah tertentu termasuk kaji atau lihat kebenaran kesahihah berita itu," katanya lagi.
Presiden PAS berkata semalam bahawa DAP tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan mengekang pengaruh PAS kerana agenda parti itu adalah untuk menyekat kemaraan Islam di negara ini.
Kata Hadi lagi, Amanah sebenarnya diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS pada PRU-14.
"(Memandangkan) PKR bukan parti Islam, lalu mereka berusaha menubuhkan Amanah. Bukan untuk mempertahankan atau memperjuangkan Islam tetapi alat DAP untuk hadang pengaruh PAS.
"Ini bukan saya kata. Pemimpin dalam PH sendiri kata tapi saya tak nak sebut siapa nama dia.
"Pemimpin ini akui sendiri bahawa Amanah ini parti alat semata-mata," katanya dilaporkan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ketereh di Kelantan malam tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah berapa kali mamat presideng parti ehem-ehem lebong hah?
ReplyDeleteDah banyak kali!!! hinggakan mamat tu sanggup kluokan fatwa: Wajib lebong demi maslahat parti.
Kini mamat tu lebong lagi dan ianya dah tak jadi hal baginya utk lebong lagi!!
Lebong untuk agama xpa......bebanding baik dengan musuh Islam/DAP
DeleteDap lagi yg kena....
DeleteLebai ni ingat org skng mcm ayam...bole laga2.
ReplyDeleteKalo zaman dulu bole kaki sabong ayam..laga kembu
ReplyDeleteLebai sekarang lebai gila harta dan duit.. Bohongvdi wajibkan dlm pas.. Kata haji hadi.
ReplyDeleteSi hj busuk hati tu main hantam saja... Menipu dan fitnah mkanan harian dia... Kes pil kuda pon mcm tu gak.. Skrg pon ckp dh melalut... Bila dh jd barua amno apa pon dh tk berdosa lagi...menipu & pitnah dah jd halal... Takdir !!!
ReplyDelete