Saturday, June 1, 2019

Tok Guru, Siapa sebenarnya "Syaitan Bisu yang Pengecut"?

Oleh Ahmad Sayuti Bashiron

1. Kelmarin Tok Guru Presiden Pas itu menulis lagi, berjela, mendesak siapa pun sahaja yg dah masuk party itu "wajiblah kekal selamanya" dalam party itu, wajib yakin, wajib walak/taat apa jua keputusan pimpinan party, jangan pertikai apa pun keputusan yg dibuat.

2. Pelbagai ayat, hadith dikumpul demi mengatakan haramnya keluar party itu, yg disebutnya sbg khianat, dan bakal menerima azab Allah.

3. Akhirnya sekali di hujung karangan itu, Tok Guru politik itu hukumkan siapa sahaja yg keluar party itu sebagai "syaitan bisu yg pengecut"...;

"..mereka yang telah meninggalkan perjuangan Islam tanpa pedulikan wala’ dan taat kepada jemaah menjadi syaitan-syaitan bisu yang pengecut terhadap musuh dan berani terhadap Islam".


Tok Guru & dendam kesumat politiknya

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157111939769876

4. Hakikatnya walau dah masuk tahun ke-4 ramai pimpinan utama dan ahli party Tok Guru itu meninggalkan party lama itu, dan sebahagiannya menubuhkan Amanah sejak 2015, nampaknya Tok Guru politik itu masih kekal menyimpan dendam kesumat, ammarah membara dalam hati tanpa henti terhadap Amanah & Pakatan Harapan.

5. Semua masih ingat, di awal teguran pada kepimpinan party sejak pengkhianatan Tok Guru cuba-cuba bersama Umno dalam gelap digagalkan di awal 2008 hinggalah 2014, Tok Guru politik itu pernah berkata;

(a) Party itu akan dibersihkan Tuhan bila mereka yg kotor itu telah lari keluar party. Katanya itu adalah process pembersihan yg Allah lakukan. Cabarnya silalah keluar tubuhkan party baru, dan janganjadi nyamuk yg buat bising (menegur dan mengkritik) Pas!

(b) Tak lama selepas itu, tatkala ramai pula meninggalkan party itu dan tubuhkan Amanah, marahnya sudah dihala ke perkara lain pula, dan bertindak mengugut barang siapa yg sudah keluar Pas dan masuk Amanah itu WAJIB lah masuk semula ke Pas, atau mereka akan dihapuskan.

6. Sejak itulah Tok Guru itu tak henti-henti menggunakan pelbagai nama dan perumpaan binatang sebagai jolokan pada mereka yg tidak bersetuju dgn tindakan Tok Guru politik tersebut.

Saya, rakyat tertanya...

Apa yg Tok Guru mahukan sebenarnya?

7. Dalam Tok Guru mencemuh, maki, label dgn pelbagai nama binatang pada bekas kepimpinan & ahli yg Tok Guru anggap musuh Islam itu, tak pernah pun sekali Tok Guru ber-musahasabah pada diri sendiri dan pada setiap kata atau tindakan yg Tok Guru lakukan selama itu?

8. Lupakah Tok Guru bahawa pengkhianatan sebenar & paling besar dalam sejarah organisasi politik Tok Guru itu berlaku klimaknya pada 5 Jun 2015 apabila Tok Guru sendiri keluarkan arahan paling veto pada Muktamar party di Kuala selangor itu untuk paksa party itu wajib tinggalkan Pakatan Rakyat tanpa sedikit pun Tok Guru mahu akur atau mendengar pandangan majority Muktamar yg membantah veto Tok Guru pada hari itu.

Apakah itu bukan pengkhianatan namanya Tok Guru?

9. Tak malukah Tok Guru, selama ini Tok Guru berkata tak pernah dalam sejarah mana-mana gerakan Islam dunia yg berlaku khianat pada perjanjian. Tapi akhirnya sejak 2015 itu Tok Guru sendirilah yg menunggang party itu untuk mulakan satu FITNAH terbesar apabila sanggup berbohong dan mungkiri pelbagai janji bertulis pada ahli dan penyokong party dan Pakatan Harapan yg sudah lama termetrai.

10. Dan sipa sangka rupanya Tok Guru ajak tinggalkan Pakatan Rakyat itu untuk Tok Guru bercumbuan bersama Umno atas perjuangan bangsa * agama yg mereka umpankan Tok Guru selama ini.

11. Walhal Tok Guru langsung sedikit pun tak berani (pengecut) untuk bentangkan apa jua hujjah atau fakta untuk menyokong tindakan khianat Tok Guru itu...

12. Tok Guru pasti ingat, Ramadhan 4 tahun sudah, dalam program terakhir party itu yg saya hadiri di Shah Alam, saya bangkit bertanya Tok Guru, "...apakah sebenarnya sebab yg Tok Guru sanggup putuskan secara veto hubungan dgn DAP / PRmasa itu tanpa mahu patuh langsung pada keputusan syura masa itu?"

13. Tok Guru menyepi. Dah 4 tahun masih tak berani melontarkan apa jua jawapan atau hujjah berfakta untuk soalan itu. Apa yg Tok Guru sebut hanyalah "putus sebab DAP anti Islam dan tolak hudud...". Maka ahli wajib walak & taat sahaja.

Itukah saja hujjah seorang Tok Guru politik?

Tok Guru tak berani untu berhujjah balas, atau rasa kecut utk berhujjah?

Tidakkah Tok Guru berasa atas segala cerca, makian dan hukuman zalim yg Tok Guru lontarkan selama ini, sebenarnya semua itu dah pulang kena pada batang tubuh Tok Guru sendiri KAFFARAHNYA...?

w'alam.

p/s - sebenarnya Ramadhan ini adalah bulan untuk melatih mengawal nafsu ammarah kita...

Selamat beribadah malam 27..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...