Monday, July 22, 2019

Wan Ji jadi banduan disebabkan kes zaman dalam jawatan dewan Ulama PAS Selangor!

Serangan kelompok Khawarij kedalam Masjid keatas Wanji jelas didalangi pemimpin PAS.. baca jer Status di Page dan FB Kepimpinan Pemuda PAS Melaka.. Jelas mereka yang merancang serangan dalam Masjid tu..PAS hari ini lebih jahat dari UMNO.. kita minta mereka ini didakwa..

Apa yang depa marah sangat dengan Wanji ? Depa terjerit jerit Wanji ni Banduan, Hina Raja Raja Melayu.. Tak Layak bagi Kuliah..Meh aku nak bagi tahu orang PAS.. Aku tak lah setuju semua tindakan Wanji tu, tapi kesalahan Wanji itu dilakukan sebelum 2013..seawal 2011.. masa laporan tahun 2014, Pemberita masih meletakkan jawatan Wanji tu sebagai Exco Dewan Ulama PAS Selangor..



Cuma aku nak bagi tahu.. Semua Kesalahan yg didakwa itu, Dilakukan ketika Wanji berada dalam kepimpinan PAS, Ketika Wanji di dakwa..Wanji adalah AJK ata Exco Dewan Ulama PAS Selangor.. Memang benar ada perkara yang kita tak setuju dengan Wanji, tapi itu cerita lama.. Ketika dia dalam Kepimpinan Ulama PAS.. mungkin ramai yang tak tahu, Dulu Wanji dalam Kepimpinan dewan Ulama PAS..

Tetapi Alhamdulillah setelah Wanji tinggalkan PAS, takda lagi kata kata Menghina seperti itu dilakukan Wanji.. Aku faham..masa tu Wanji masih berdarah muda..Masa tu pulak PAS masih menghalalkan tindakan Biadap keatas Raja Raja..

Aku Ingat lagi.. masa tu kemarahan Ahli PAS Memuncak Kepada Istana dari peristiwa rampasan kuasa di Perak tahun 2009.. masa Muktamar di Selangor pun terbawa bawa laungan bubarkan Dun Perak..Tindakan penyokong PAS berbaring depa Istana Kuala Kangsar.. Bertindak biadap Demo Depan Istana.. baling batu di kenderaan Sultan sehingga ahli ahli mereka ditangkap akibat dari tindakan hasutan Ulama PAS seperti Azli Taliban..

Masa tu Apa Azli Taliban, Ulama PAS tak kata... masa rampasan kuasa Perak.. Azli Taliban kata sanggup Nyawa jadi taruhan, sampai sanggup solat depa Ibu Pejabat DAP depa SUK Perak.. masa Tu Azli Taliban maki hamun Mufti Perak, depa panggil Mufti Perak sebagai Haram Sani.. Mufti Perak makan duit Judi..Dui Babi..Duit Arak..

Masa tu..PAS bukan saja halalkan lawan Sultan dan Raja.. Tapi halalkan maki hamun Mufti.. Itu lah PAS.. Dia boleh jadi penentang Raja dan Mufti..Boleh Bakar kereta Mufti..Hina Mufti.. bila orang lain kritik Mufti mereka akan berlakon bangkit mempertahankan Mufti dan Institusi Agama.. Depa hanya ikut selera Politik Depa.. mcm dalil depa sokong dan lawan UMNO..

Tindakan dan ketelanjuran Wanji itu bersifat Peribadi.. Tetapi PAS mempunya Sejarah lebih teruk memerangi YDP Agong dalam kes Almaunah..Ahli Almaunah hampir semua nya ahli PAS..malah Moktar Senik antara yang ditahan dalam peristiwa Almaunah..Ahli Almaunah dihukum mati..tapi Mokhtar senik hanya di ISA kan..

Dalam kes Demo depan Istana Perak, boleh kata hampir semua yang ditahan dan didakwa adalah ahli PAS..dari hasutan Ulama PAS..

PAS bukan sekadar pernah menghina Sultan.. Hatta Pernah menentang Perlembagaan yang didalamnya menjadikan Raja Raja sebagai ketua Agama Islam.. Perlembagaan Negara pernah dikatakan sebagai Undang2 Penjajah.. Perlembagaan Kapir malah Haji Hadi pernah berkata melawan puak puak ni, mati depa adalah Mati Syahid..

Dari pada Amanat ini lah berlaku Kapir mengkapir.. dan akhirnya berlaku peristiwa dan Pemberontakan di memali kerana mereka mempercayai,melawan Kerajaan.. Membunuh Anggota Polis sebagai Mati Syahid...

Jadi jauhilah Kelompok Khawarij dan Extremis Agama..

Eh kalau kita nak cerita Penginaan pemimpin UMNO kapada Raja Raja Melayu, lagi banyak.. tapi biasalah..UMNO semua suci sekarang.. sekurang kurangnya Wanji tak pernah tabal Sultan baru seperti rakan tawwun depa sekarang.. :)

Ipomali

1 comment:

  1. Eh Takpe. Pas buat ape pun Takpe... Dah password pintu syurga ade Kat dia org. Nanti lebai pas pegi kowtim la dgn malaikat. Malaikat pun sanggup ambik IC org Yg ponteng mengundi utk pangkah pas dulu. Sebab tu Dia org menang besar Kat kelantan dgn terengganu. Negeri terkaya Kat Malaysia... Jgn ungkit ape keburukkan dia org... Nanti Dia org tak bagi masuk syurga nanti. TaK Pasal aje.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...