Monday, September 23, 2019

Isu Kg Baru kamu tak payah spin lah duhai Najib.. Ini bezanya cara BN & PH..!


Ramai Yang Share video Ucapan Ds Anwar mempertahankan Penduduk Kampung Bharu.. Yang Penyangak Najib pun share sama,Depa spin cerita seebenar,..

memang benar suatu ketika dulu bukan Ds Anwar saja, Tetapi Salehuddin Ayub ,Mahfuz antara jawatankuasa yang mempertahankan hak Penduduk Kg Bharu.. bukan hanya PKR..PAS hatta DAP mempertahankan Penduduk Kg Bharu...

Apa yang dibantah pada ketika itu ? Iaitu Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu 2010 (RUU PPKB 2010), Rang Undang2 ini dipinda Menteri Wilayah ketika itu Raja Nong Chik untuk menubuhkan perbadanan menguruskan Kampung Bharu.. dan Kerajaan akan ada hak dan kuasa keatas pembangunan Kampung Bharu..



Pindaan ini cuba dibuat tanpa mengambil maklum pandangan penduduk dan Pemegang hak penduduk Kampung Bharu(Lembaga Pentadbiran MAS) sepertimana yg dilakukan Kerajaan hari ini..

Nasiblaha ada Ds Anwar dan Pakatan Rakyat, Kalau tidak Kampung Bharu akan senasib dengan Tanah Penjara Pudu, Dan Lapangan Terbang Tentera Udara Sg Besi yang digadai kepada China semata mata untuk membayar balik pinjaman 1MDB..

Jika Pindaan awal nya diluluskan, Hak Penduduk dalam Lembaga Pentadbiran MAS (Malay Aggricultural Settlement) akan terhapus.. manakala Akta Pengambilan Tanah 1960
akan dikuatkuasa kan.. Apa Maknanya ?Kerajaan boleh mengambil mana mana Tanah orang Kampung,Tak perlu Beli sekali pun..Kerajaan boleh rampas untuk buat Pembangunan...Ketika itu Kerajaan hanya tawarkan RM 300 bagi SQF.. Lihat bagaimana bagunan warisan seperti Penjara Pudu pun habis rata.. jangankan Kampung Bharu..

Selepas Pindaaan itu berjaya dibentangkan, Sebenarnya Kerajaan hari ini ada kuasa tanpa persetujuan Penduduk pun untuk ambil alih tanah, Boleh saja bermula pada skala yang kecil.. Tapi begitu terbukanya Kerajaan, Mereka mahu bantu keseluruhan penduduk, Bukan hanya bertujuan membantu Pemaju beli tanah Melayu seperti tanah TRC dan Sg Besi....

mereka secara terbuka berbincang dan mendengar pandangan penduduk.. Penduduk sendiri boleh berikan cadangan balas.. tapi ada org sibuk berpolitik maki hamun dalam Majlis sebaik itu..Malah Menteri Janji untuk mewartakan Pindaan mengekalkan Tanah ini Hak orang Melayu..hanya Melayu yang boleh beli dan memiliki hartanah di Kg Bharu.. setelah depa dapat Duit, Depa diberi keutamaan dan akan ditawarkan semula membeli semua hartanah..

Bagi aku Perancangan ini cukup baik kecuali Penduduk masih hidup dalam Penafian, dari 100 Hektar keluasan Tanah, dalam Perancangan Kerajaan memperuntukkan dari jumlah itu 24 ekar untuk mengekalkan warisan dan wajah sejarah Kampung Baru..

Bagi aku Kerajaan tidak memaksa, Boleh Terima.. dan boleh Tolak.. Nak terus tinggal dalam Kedhaifan, Tak mahukan Kemajuan Ekonomi.. tak mahu Wujudnya Penempatan Melayu terbesar di tengah Bandar KL.. Silakan.. Boleh Jadi esok nanti Indon ngan bangla dari Pasar Chow Kit bersebelahan yang akan berkuasa tanah Kampung Bharu.. sekarang pun dah nampak.. :)

Ipohmali

1 comment:

  1. "Bagi aku Kerajaan tidak memaksa, Boleh Terima.. dan boleh Tolak.. Nak terus tinggal dalam Kedhaifan, Tak mahukan Kemajuan Ekonomi.. tak mahu Wujudnya Penempatan Melayu terbesar di tengah Bandar KL.. Silakan.. Boleh Jadi esok nanti Indon ngan bangla dari Pasar Chow Kit bersebelahan yang akan berkuasa tanah Kampung Bharu.. sekarang pun dah nampak"
    Kalau tengok suasana pada ketika dailog hari itu.....lebih baik kerajaan batalkan saja rancangan dan lupakan terus. Biar Kampung Baru berkembang sendiri maju mundur seperti seadanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...