Terharu, bersyukur, bersemangat, keliru dan ben,ci adalah antara perasaan yang menerpa fikiran dan dada orang Melayu bila melihat tingkah laku pemimpin Melayu khususnya bila dalam keadaan terdesak.
Setelah berpuluh-puluh tahun bermusuh, akhirnya UMNO dan PAS boleh berbaik dan berjuang atas matlamat yang sama.
Bertahun-tahun berseteru, berjuta kata nista dilempar kepada satu sama lain, boleh lenyap begitu sahaja hanya atas sebab masing-masing setuju ada musuh lebih besar yang harus dimusnahkan.
Dengan kata lain, permusuhan dan perbezaan sesama UMNO dan PAS boleh ditangguhkan dahulu.
Hasilnya 'berbaiklah' dua parti terbesar orang Melayu ini dan menandatangani Piagam Perpaduan Ummah dan pelancaran Muafakat Nasional adalah permulaan kepada 'persahabatan' yang begitu dirindui oleh umat Melayu.
Ianya lama tertangguh kerana pemimpin Melayu baik dalam UMNO mahupun PAS terlalu ego selama ini.
Mereka terlalu mementingkan diri hingga sanggup membuat anak derhaka kepada ibu-bapa, adik-beradik memutuskan ikatan kekeluargaan, suami melafazkan cerai kepada isteri, sahabat putuskan keakraban puluhan tahun dan berbagai lagi atas sebab pemimpin parti yang mereka dukungi melancarkan perang kepada lawan politiknya.
Kepada mereka yang masih hidup mungkin boleh mempertautkan kembali ikatan yang terlerai dahulu tetapi kepada mereka yang sudah pergi buat selamanya, pasti kita bersimpati dengan apa yang mereka lalui.
Manakala pada 6.10.2019 akan diadakan satu lagi himpunan orang Melayu yang dipanggil Kongres Maruah Melayu.
Maka diserulah seluruh umat Melayu untuk bersama-sama bersoladiriti mempertahankan maruah Melayu.
Kali ini ia diterajui oleh satu lagi parti orang Melayu iaitu PPBM dan sekutunya yang berteraskan orang Melayu. Satu lagi usaha yang digerakkan oleh parti politik.
PPBM adalah parti yang diterajui oleh bekas pemimpin UMNO yang mana mereka ini dahulu adalah pemimpin-pemimpin besar UMNO.
Ketika masih bersama UMNO dahulu, mereka mengajar orang Melayu agar jangan sesekali mempercayai parti lawan dan ucapan mereka penuh dengan kata nista dan api kebencian.
Saban hari mereka cincang musuh hingga lumat tetapi kini mereka tidur sebantal dengan 'musuh' itu.
Tidak semena-mena mereka mengajak orang Melayu berhimpun untuk mempertahan maruah Melayu sedangkan mereka 'bermesra' dengan 'musuh' orang Melayu itu. Apapun itulah politik kata mereka dan politikus coffee house di hotel 5 bintang atau warung kopi di pekan kecil mahupun hujung kampung.
Wahai pemimpin Melayu baik dalam UMNO, PAS, PPBM, PKR dan Amanah, siapakah sebenarnya yang memecah belahkan orang Melayu dari muafakat dan siapakah sebenarnya yang menghancurkan maruah Melayu?
Jika kalian jujur pasti kalian akui bahawa kalianlah yang memusnahkan muafakat dan menangguh-nangguhkan muafakat orang Melayu selama ini kerana politik sempit kepartian kalian.
Begitu juga dengan maruah Melayu, kalau kalian benar- benar jujur bahawasanya kalianlah yang menghancurkan maruah Melayu.
Kalianlah yang telah menyalahgunakan kuasa hingga negara ini hampir 'mati' dengan nilai murni.
Kuasa yang ada ditangan kalian dahulu kalian gunakan untuk mengumpul kekayaan luar biasa buat diri, anak-anak, saudara-mara dan kroni-kroni kalian.
Hak rakyat biasa yang miskin dan hidup susah kalian buat ala kadar sahaja.
Sesungguhnya seluruh rakyat negara ini boleh hidup berjaya dan selesa jika kalian ikhlas, jujur, dan amanah iaitu berintegriti terpuji ketika mentadbir negara.
Malangnya kalian khianat, kekayaan hanya berlegar-legar di tangan kalian sahaja, jawatan politik kalian jadikan tiket 'merompak' hak orang lain khususnya orang miskin yang lemah dan hinggake hari ini orang Melayu tidak pernah gagal dari terus mempercayai kalian kekal terjerumus di lembah kehinaan.
Sedang kalian wahai pemimpin yang korup terus hidup senang lenang. Sesungguhnya kalianlah sehina-hina orang Melayu dan penghancur maruah Melayu.
Kalian tidak layak bercakap orang Melayu malas jika kalian kaya melalui persen yang kali terima dari taukeh-taukeh tamak dan bernafsu gila.
Hari ini apabila kalian terdesak, maka kalian cari Melayu yang kalian kata malas untuk bersatu membela maruah bangsa.
Mudah sahaja untuk mengembalikan maruah bangsa iaitu kembali kepada ajaran agama dan pulangkan semua kekayaan yang kalian kumpul secara tidak sah dan tidak adil kepada negara.
Gunakan wang itu untuk mengupayakan orang Melayu dan semua rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa dan agama.
Beri setiap anak-anak orang miskin dalam negara ini pendidikan terbaik, pasti dalam tempoh 20 ke 30 tahun dia mampu mengeluarkan keluarganya dari lembah kemiskinan, insyaallah.
Persoalannya adakah kalian sanggup memulangkannya?
Disamping itu uruslah ekonomi negara sebaiknya dan pastikan rakyat Malaysia mendapat hak asas mereka iaitu rumah tempat tinggal, khidmat kesihatan, peluang pekerjaan dan keselamatan yang baik.
Sukar sangatkah untuk membina rumah kos rendah (PPR) yang membolehkan rakyat kelas bawahan mampu membeli rumah tersebut? Jika sukar, itu bermakna kalian sebenarnya kerajaan yang gagal.
Janganlah kalian ikut nafsu gila taukeh-taukeh yang membina rumah berharga berjuta ringgit dan bila tidak laku mereka merengek kepada kalian minta dibantu dan kalian dengan bangga mahu menjual rumah-rumah itu kepada orang asing.
'Kecerdikan' apakah yang kalian cuba tunjukkan hingga sanggup menjual aset-aset di tanah strategik kepada orang asing.
Dari satu sudut lain pula, harapan yang rakyat berikan kepada kalian dengan memilih kerajaan baru kalian 'musnahkan' dengan kehodohan nafsu kalian untuk menyamaratakan semua perkara.
Perlembangaan bagaikan helaian kertas yang tidak berguna untuk dirujuk, dihormati dan diikuti.
Resah gelisah rakyat tanpa mengira kaum melihat gelagat menteri-menteri kalian yang 'terlalu bijak' tidak kalian pedulikan.
Tidak semena-mena kalian menyeru orang Melayu bangkit membela maruah Melayu.
Pasti Melayu yang tulus akan bersama tetapi apapun kesudahannya akan bangsa bernama Melayu ini, kalian wahai pemimpin Melayu harus jujur, ikhlas dan amanah dalam tindakan kalian.
Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat dengan percaturan politik sempit kalian.
Bangunkan Malaysia dengan penuh kesungguhan dan kejujuran.
Upayakan setiap rakyat dan anak-anak yang lahir di bumi Malaysia ini khususnya mereka yang datang dari keluarga miskin tanpa mengira bangsa mampu untuk mendapat pendidikan terbaik, memajukan diri dan akhirnya berjaya.
Jika kalian ikhlas pasti rakyat bukan sahaja Melayu tetapi semuanya iaitu Cina, India, Sabah dan Sarawak akan bersama dalam perjuangan kalian.
Mudah-mudahan kalian berlapang dada menerima teguran ini.
Prof. Dr. Haim Hilman
Betul kata Dr tapi perlu diingat golongan pemimpin Melayu lah selama ini yang jual segala hak dan harta milik Melayu. Golongan inilah yang menipu serta menghayalkan orang-orang Melayu dengan retorik laungan 'hidup Melayu' sedangkan mereka berlumba-lumba menjual dan mengadakan hak dan harta milik Melayu. Kalau dilihat dan diperhatikan, golongan ini tanpa segan silu menunjukkan harta-benda mereka dari hasil jualan dan gadaian hak-hak orang Melayu. Kalau kita menyelak semula kes-kes penjualan tanah-tanah milik Melayu semua melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Sampaikan rezab-rezab Melayu pun mereka jual dan tidak berganti malahan saham-saham Melayu semuanya dibolot oleh pemimpin dan anak beranak mereka. Bila perlukan duit maka semuanya mereka jual dan gaaikan. Inilah kenyataan sebenar keadaan Melayu sekarang. Sebagai contoh kes 1MDB, seorang pemimpin Melayu yang kononnya melaungkan 'hidup Melayu' sanggup bersubahat dengan seorang anak cina untuk membolot hak-hak dan harta orang Melayu tapi malangnya masih ramai yang sanggup ditipu dan menjadi balaci semata-mata dihayalkan dengan retorik 'hidup Melayu'. Sedarlah Melayu tidak hidup hanya sekadar dengan laungan tetapi Melayu hidup dengan prinsip dan bermaruah.
ReplyDeleteMadey kayerkan kroni dan anak branak...
DeleteAnak2 madey tokey besau kerana Daddy kasi..
Madey ada maruah ker?...madey lindongi Jemin semburit dan perasuah seperti rafidah aziz...
ReplyDeleteSebelum ini Melayu memiliki ekuiti lebih 27% di Malaysia tapi selepas 2011 pemilikan ekuiti Melayu hanya tinggal 16%. Kemana hilangnya lebih 11%?
ReplyDeleteDah kena jual..
Delete