Baru baru ni Tuan Ibrahim kata, Lim Guan eng patut ditukar kerana prestasi kurang baik.. walhal dari laporan Audit tahun kewangan 2019, Kementerian kewangan dapat sijil bersih.. Malah dipuji dari penjimatan Pengurusan ada Lebihan.. walaupun dibebankan dengan hutang Kerajaan lama.. Hutang baru sebahagian besarnya menampung hutang lama..Pengurusan Kewangan Negara baik.. Ini laporan Audit..
hari ini tak pasal pasal, Laporan Audit Tegur kewangan Terengganu kerana dikatakan tidak Stabil.. Katanya Laporan Pendapatan hasil menurun.. baki Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2018 telah menurun sejumlah RM9.08 juta menjadi RM154.67 juta pada tahun 2018 berbanding RM163.75 juta pada 2017..
Dalam Belanjawan Terengganu hari ini pulak, MB membentangkan Belanjawan Defisit 10%.. Sedangkan Lim Guan Eng yang penuh dengan tanggungan hutang pun.. hanya defisit 3.7 %... hasil bertambah.. Terengganu Belanjawan dia RM 1.83 Billion.. Sedangkan anggaran Hasil hanya RM 1.63 Billion..
Bayangkan dari RM 1.832 Billion Belanjawan, hasil negeri yg dikutip dari cukai hanya RM 66 juta.. Sedangkan Belanja mengurus melibatkan emolumen,Gaji kakitangan awam RM 277 juta.. Sedangkan terimaan bukan hasil(Royalti) RM 1.43 Billion.. Bayangkan kalau takda hasil Royalti, hanya harap kutipan cukai..Terengganu akan bankrap.. Bayar gaji kakitangan awam pun tak mampu.. Negeri takda hasil, tapi kakitangan awam 12 Ribu orang..
Takpe lah.. Kita pun faham, Terengganu takda apa, Takkan Jual Keropok lekor, Keropok losong nak disuruh bayar Cukai.. Takkan Nelayan nak suruh bayar Cukai, nasiblah ada Resort milik Vincent Tan.. maknanya takda lah Teknokrat sangat..
Takpa kita faham, Terengganu bukan negeri maju, Tapi Jangan lah Berlagak Pandai, berlagak suci seperti Presiden Depa, Sembang deras, Orang ni tak betul..Orang ni tak layak..sama mcm Tuan Ibrahim, dia kritik Lim Guan Eng.. Lim Guan Eng hilang hasil GST 40 Billion pun dia dapat tampung balik hasil walaupun masih belum cukup baik..
Tu sebabnya.. nak kritik pun, Cermin lah diri dulu.. Pulau Pinang tu, Satu sen Royalti pun tak dapat, satu batang balak pun takda.. tapi dapat selesaikan hutang,Tambah hasil negeri ,rezab Tunai bertambah.... Itu baru boleh dikata Teknokrat..
Malah negeri Kecil seperti Melaka Pimpinan Adly Zahari pun boleh dikatakan Teknokrat, Sebab berjaya kurangkan hutang dan ada lebihan dalam Belanjawan.. biarpun tanpa hasil balak dan Royalti.. Teknokrat tu bukan jadi bahan sembang dalam ceramah.. tapi bukti pemerintahan.. :)
Ipohmali
No comments:
Post a Comment