Monday, December 2, 2019

EXPO TATTOO - Terbuka bukan sampai mencabar budaya

TERBUKA BUKAN SAMPAI MENCABAR BUDAYA.

Sehari dua ini heboh di media sosial berkaitan penganjuran festival tatoo yg telah di adakan di ibu negara. Festival ini bukan sahaja telah menarik minat pengusaha dan peminat totoo dalam dan luar negara malahan natizen di alam maya juga amat terkejut dengan penganjuran yang di adakan ini di mana kita sedia maklum budaya tatoo ini bukan lah budaya yg sesuai dan menepati kehendak sebenar warganya apatah lagi majoritinya beragama islam.

Saya tidak menafikan berkaitan aspek menarik pelancong luar tetapi jangan kerana keuntungan yang sedikit akan merosakkan dan menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.


Saya terpanggil untuk meminta penjelasan kementerian pelancongan berkaitan isu ini dan semesti saya membantah keras penganjuran program sebegini yang jelas bertentangan dengan budaya adat malahan ajaran agama islam sendiri.Berdasarkan papan iklan yang tersebar pihak kementerian pelancongan terlibat dalam penganjuran acara ini.

Saya mendesak pihak kementerian pelancongan  menarik dan membatalkan sebarang program sebegini yang boleh mencetuskn rasa tidak aman dan selesa dikalangan warga.Bukan setakat itu sahaja saya mendesak pihak kementerian perlu memoho maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa mendatang. Kejadian ini bukan sahaja satu penghinaan kepada negara yg mana Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi memalukan bangsa Malaysia itu sendiri.

Kita terbuka jangan sampai tidak menjaga adat dan susila bangsa dan agama di negara ini.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...