Friday, January 3, 2020
Kenapa masa BN memerintah tak banyak isu? Bagus sangat ke BN?
Sebenarnya masa BN dah banyak berlaku ketidak stabilan. Antara contoh ialah isu pembekuan pengambilan penjawat awam. Begitu juga kenaikan banyak harga barangan. Jangankan kata bawang, tisu tandas pun naik harga zaman BN.
Kalau nak cerita janji BN yang tak ditepati, memang panjanglah senarainya. Kalau tak, takkanlah keluar 'slogan JANJI DICAPATI'. Belum kira projek terbengkalai yang cuma tinggal papan tanda sahaja.
Tapi apa juga yang berlaku di zaman BN, ianya tidak se-havoc sebagaimana sekarang, ketika PH memerintah. Kenapa ya? Adakah kerana BN pandai mentadbir?
Bukan... Bukan kerana BN bagus. Tapi kerana pembangkang ketika itu, yang menjadi kerajaan sekarang ini, bersikap rasional.
Memang pembangkang ada menaikkan isu yang disebutkan. Tapi tujuannya adalah untuk membetulkan kerajaan. Berbeza dengan pembangkang sekarang.
Pembangkang sekarang tidak rasional dan bolehlah digelar sebagai dungu. Mereka menaikkan isu bukan untuk menegur kerajaan tetapi untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.
Pembangkang dahulu matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat. Pembangkang sekarang pula matlamatnya untuk mendapatkan kuasa. Rakyat sejahtera atau tidak, itu bukan concern mereka.
Sebab itu sekarang ini kita lihat bila ada sahaja isu, ia akan menjadi besar. Pembangkang akan cuba bangkitkan segala macam sentimen, daripada bangsa ke agama, untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Walau pun sekadar isu yang remeh.
Segala isu ini bukan petanda kelemahan pentadbiran PH. Kalau ada kelemahan PH pun, dari segi penyampaian maklumat. Tapi segala isu ini adalah bukti bahawa pembangkang kita benak dan berhati hitam serta jahat. Bahkan tidak ada sifat dan rasa bertanggungjawab terhadap kestabilan negara.
Anda yang selalu terpengaruh dengan dakyah pembangkang, tanya diri anda sendiri. Adakah anda sanggup benarkan puak ini mentadbir negara? Apakah akan terjadi kepada negara jika diuruskan oleh puak yang penting diri dan haloba pada kuasa ini?
Fikirkan masa depan negara, masa depan anak cucu cicit kita. Mahukah kita wariskan negara yang musnah kepada mereka? Bolehkah mereka yang tidak punyai rasa tanggungjawab kepada negara seperti pembangkang hari ini pertahankan kemakmuran negara?
Jika sayangkan negara kita, wajib tolak dakyah pembangkang. Usah layan isu remeh. Itu akan jadi penanda aras buat mereka yang isu bodoh yang mereka utarakan tidak ditelan oleh rakyat.
Setelah itu berlaku, diharap mereka akan ubah teknik dan mulai menjadi rasional. Selagi rakyat melayan isu remeh dan bodoh yang mereka naikkan, selagi itu mereka tidak akan sedar, semakin naik lemak dan akhirnya, masa depan generasi kita yang terancam.
Fikirkan...
Copy paste
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukan BN bagus. Tapi perasan Bagus je. Bunyi hampir Sama Tapi tak serupa. Kalau najib sembang bab Janji. Sape bleh wakilkan Aku Campak duit syiling 20sen Kat Muka Dia. Kalau kena Mungkin mengingat kan Dia sesuatu...
ReplyDeleteBN bukan bagus tapi PH lagi teruk. Kalau ikut skala 1-10, BN 4 tapi PH 15. Terlebih 5 overshoot skala.
Delete