Monday, January 6, 2020
Pencetus isu air zam-zam dikesan..!!
PU Lokman pulak ke nk jadi popular.. Tiba-tiba ambil keratan akhbar tahun 2017 untuk keruhkan keadaan yg kini sudahpun panas dengan pelbagai isu fitnah perkauman dan agama... Tidak cukup lagikah dengan fitnah yg sudah melata sehingga kamu nk tambahkan lagi...
Larangan penjualan air Zam-zam ni dikeluarkan akibat khuatir ianya dimanipulasikan oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab... pada tahun 2015 air yg berlabel zam-zam tapi apabila disiasat ternyata diambil daripada pili jamban...
Sebenarnya pihak kerajaan Saudi pun mengharamkan penjualan air zam zam.. Air Zam zam hanyalah dibenarkan untuk dibawa pulang sebanyak 5 Liter shja bg setiap jemaah namun penjualannya di Malaysia kelihatan macam melebihi daripada yg telah dibenarkan...
Apabila air zam zam dijual secara terbuka di negara kita, ianya ada beberapa kemungkinan,
1. Air zam zam tersebut diseludup secara haram dari Mekah.
2. Air zam zam palsu atau yang telah dicampurkan.
3. Air zam zam yang sepatutnya dimiliki oleh jemaah haji/umrah, namun air tersebut tidak sampai ke pemiliknya dan dijual secara salah oleh pihak tertentu.
Oleh itu larangan menjual air zam zam adalah wajar untuk mengelak air tersebut dimenipulasikan oleh pihak tertentu dengan mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dan memperdayakan masyarakat atas nama air zam zam.
Adapun arak...dari dulu sampai sekarang penjualannya dibuat oleh org bukan islam kepada org bukan islam... nk diqiaskan kepada air zamzam ianya tidak tepat bahkan kelihatan bahlol wal bangang...😛
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=250643895908383&id=100028883231860
Note ; apabila sedar status tu salah terus buat permohonan maaf tapi tak lama delate terus.. Mungkin tak tahan telinga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment