Saturday, January 11, 2020

Utama Tanglung dari Jawi .. Apakah TG Nik Aziz Muliakan Gereja dari Masjid.. ?


Utama Tanglung dari Jawi .. Apakah TG Nik Aziz Muliakan Gereja dari Masjid.. ?

Aku memuji tindakan pantas Timbalan Perdana Menteri yang turun ke Sekolah di Puchong bagi menzahirkan rasa simpati tindakan menurunkan tanglung dan Hiasan sempena tahun baru Cina yang dianggap sebagai simbol Agama oleh kelompok Ashabiyah dan Khawarij..

Sebelum ini, TG Nik Aziz pernah lakukan perkara yang Sama.. Di Kota Bharu bila TG Nik Aziz melihat The Fatima Catholic Church diturunkan lambang Salib... TG Nik Aziz menghantar pegawai khasnya menawarkan bantuan kewangan jika salib itu dirosakkan akibat serangan..

Ketika heboh cerita Gereja diserang di Kuala Lumpur.. Almarhum TG Nik Aziz turun dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur melawat 3 Gereja semata mata melahirkan rasa simpati atas kerosakan akibat serangan, antara gereja yang dilawat Tg Nik Aziz.. Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier..



Jadi apakah TG Nik Aziz lebih utamakan Gereja dari Masjid...? Tidak.., TG Nik Aziz telah sampaikan satu mesej yang baik kepada semua penganut kristian dan masyarakat bukan Islam.. Inilah salah satu uslub dakwah..dakwah bil hal.. satu gambaran akhlak pemimpin Islam , sikap TG Nik Aziz itu pernah dilakukan Saidina Umar..

Baca tajuk Harakah depa tanya, Apakah Tanglung di ta'ati, Tapi Jawi di Khianati ? Siapa pulak yg khianat Jawi ? Pemimpin dan Kabinet ok saja tentang tulisan Jawi.. Takkan depa nak melakonkan watak hero macam PAS dan UMNO... walhal yang bantah Jawi secara terang terangan tu MCA.. yang Khianat Jawi dan menghapuskan tulisan jawi itu UMNO.. bukan DAP.. Bukan pemimpin PH..

Biarpun ada tanggapan, agak pelik sampai beberapa Menteri turun bagi Sokongan kepada sekolah dan mempertahankan hiasan tu.. Sebenarnya dari sudut Politik.. ia satu mesej yang baik kepada Dong Zong dan MCA.. hatta kepada sebahagian pemimpin DAP dan masyarakat bukan Islam...

mereka Menteri PH buktikan mereka tidak Ashabiyah seperti Dong Zong dan MCA... mereka sedia mempertahankan simbol kebudayaan Cina walaupun dianggap sebagai ancaman Agama oleh kelompok ashabiyah melayu.., Sepatutnya mereka menghargai kebudayaan dan tulisan Melayu seperti Jawi..


Biarpun kelompok Pembangkang memerli menteri PH.. Tapi itu lah pembangkang.. Menteri buat apa pun serba tak kena..yg layak buat semua tu hanya Hj Hadi dan Ulama depa.. Kalau menteri Amanah pergi Gereja depa panggil Khalid samad dengan gelaran Khalid Gereja.. kalau Haji Hadi pergi Gereja depa kata inilah dakwah dan keadilan dalam Islam..

Sebenarnya mesej para menteri itu sampai melalui siaran akhbar Cina hari ni.. Itu yang dilakukan Almarhum Tok Guru Nik Aziz terhadap gereja.. Bukan bermakna TG Nik Aziz lebih ta'ati Gereja dari masjid... Pada Pembangkang, Kalau ada kelompok Ashabiyah seperti Dong Zong.. Kita pun kena jadi lebih Ashabiyah dari depa....walhal kita sebagai muslim kena tunjukkan Akhlak yg lebih baik..

Cara menteri bersama semalam..bersatu hati..Aku memuji tindakan TPM dan jemaah menteri .. Inilah gambaran Malaysia baru.. dan diharap penyelesaian yg sama dalam isu jawi.. Marilah kita tinggalkan seruan Ashabiyah.. Bagi aku Dr Wan Azizah ada bakat jadi Menteri Pendidikan.. Sememangnya dia adalah wanita yang berakhlak dan berpendidikan.. :)

Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...